Kenali Akademi AKMAL (Shah Alam)

 

Maahad Tahfiz AKMAL Shah Alam di bawah Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) ditubuhkan sejak tahun 2017 dengan fokus utama melahirkan Huffaz melalui sistem hafazan berstruktur, mensasarkan khatam Al-Quran dalam tempoh setahun atau kurang, insyaAllah.

AKMAL membawa satu misi besar iaitu melahirkan 3,000 orang Huffaz setiap tahun menjelang 2027, yang bukan sahaja kukuh dalam hafazan Al-Quran, malah bersedia menyambung kecemerlangan dalam bidang akademik, profesional dan kepimpinan.


Ketika ini, lebih 150 orang pelajar AKMAL Shah Alam menuntut ilmu di beberapa bangunan sewaan di kawasan perumahan Seksyen 27, Shah Alam. Walaupun pembelajaran dapat diteruskan, kemudahan sedia ada adalah tidak kondusif, dengan ruang kelas dan asrama yang terhad serta fasiliti yang tidak memenuhi keperluan sebuah institusi pendidikan Tahfiz yang mapan.

 

Tanpa bangunan sendiri, AKMAL berdepan kesukaran untuk mendapatkan pendaftaran penuh pihak berautoriti agama, berisiko dari sudut perundangan, sangat terhad menerima permintaan  kemasukan pelajar yang sangat tinggi, serta menanggung kos operasi yang tinggi. Keadaan ini memberi kesan langsung kepada prestasi pembelajaran dan kelangsungan pendidikan para pelajar.

Syukur Alhamdulillah

Satu tanah wakaf seluas hampir setengah ekar telah diwakafkan dan kelulusan rasmi pembinaan telah diperoleh melalui saluran Perbadanan Wakaf Selangor. Solusi terbaik ialah membina bangunan tetap AKMAL Shah Alam di atas tanah wakaf ini bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif, operasi yang sah, fasiliti lengkap serta pengurusan kos yang lebih stabil untuk jangka panjang.

Berita Baik Untuk semua PengINFAQ !

Hari Lagi Ramadhan
0
Dana Diperlukan
RM 0 Juta
Kutipan Terkini
RM 0 .96

Pembinaan hanya akan dimulakan selepas dana mencapai 50% (RM3 juta) daripada sasaran RM6 juta, selaras dengan ketetapan Perbadanan Wakaf Selangor.

nak infaq?

Segeralah dalam perkara kebaikan . .”

Bangunan Akademi AL-quran Amalillah (AKMAL) Shah Alam

Pembinaan kompleks ini mematuhi keperluan undang-undang dan piawaian yang ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan keselamatan pelajar dan menjamin kelestarian kompleks yang sedang dibina.

Alhamdulillah mendapat kelulusan dari Perbadanan Wakaf Selangor untuk menjalankan kutipan infaq dan wakaf bagi pembangunan Akademi Al-quran Amalillah (AKMAL) Shah Alam

"Infaq Bukan Tentang Harta . ."

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi” (Ali-Imran: 92)

jom infaq

Segeralah dalam perkara kebaikan . .”

scan qr code

Boleh terus scan QR Code tertera untuk Infaq bagi pembangunan AKMAL Shah Alam

Jariah Berpanjangan

Segala amal kebaikan yang lakukan oleh para penghafal Al-quran, menjadi pahala berpanjangan buat kita.

Sumbangan kita membantu dalam melahirkan lebih ramai para pejuang Al-quran

Sebarkan

Sebarkan kebaikan
Moga kita semua menjadi Asbab
kebaikan berpanjangan