Borang Pendaftaran Penaja

PELUANG MENAJA “ANAK ANGKAT” DI KALANGAN ANAK YATIM & ANAK MUALLAF DARI PENDALAMAN SABAH DAN SARAWAK

Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL membuka peluang kepada Rakyat Malaysia Untuk menjadi penaja Program anak angkat kepada pelajar-pelajar Muallaf dari pendalam Sabah dan Sarawak. Buat masa ini, HQ AKMAL Terengganu telah menerima 5 orang pelajar dengan kerjasama NGO Dakwah dan kebajikan Yayasan Amal Malaysia bagi melalui proses pemilihan yang ketat dari segi kesan jangkamasa panjang perkembangan islam masyarakat setempat dan bagi memastikan agar Anak angkat yang dipilih itu benar-benar layak serta mempunyai minat yang tinggi untuk menghafal Kalamullah,  pemilihan dibuat bagi memilih pelajar yang benar-benar mampu mencapai misi menjadi seorang Hafiz dan bakal menjadi seorang pendakwah bagi mengembangkan Islam dalam masyarakat di pendalaman pada masa akan datang. Jika ada rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai program “Anak Angkat” ini, sila daftarkan borang penajaan dibawah.

BORANG PENDAFTARAN PENAJA