AKMAL HARIAN

Akademi AKMAL adalah sebuah Akademi Tahfiz Al-Quran yang membantu masyarakat bagi mencapai cita-cita besar untuk melahirkan anak-anak yang Hafiz & Hafizah Al-Quran dalam tempoh setahun.

Modul Tahfiz Akademi AKMAL dicipta untuk merealisasikan impian besar para pelajar dalam memburu Hafiz dalam tempoh Setahun.  Tidak seperti kebiasaan Pusat Tahfiz, di Akademi AKMAL kami menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, Kajian pelajar secara Bersasar dan kaedah pengurusan psikologi bagi mencapai target dan Misi besar ini. 

FASA UPGRADE DAN BAIKPULIH KAMI DI AKMAL BUKIT BERUNTUNG HANYA MEMERLUKAN KOS KURANG DARI RM50 RIBU RINGGIT.

Lokasi Tempat: Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL BUKIT BERUNTUNG)

Akademi AKMAL berada lokasi, No 1 | No 3 | No 30 | No 40 | No 16 , Jalan Anggerik 2D/2 Prima Bukit Beruntung 48300, Rawang, Selangor.

Misi Kami untuk membuka 70 cawangan di seluruh Malaysia menjelang tahun 2025, dan menganggarkan untuk melahirkan 3000 Huffaz Al-Quran setiap tahun insyAllah…

PENGENALAN AKADEMI AKMAL

Team Pengasas Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah. Boleh Hubungi kami Untuk Sebarang penjelasan.

| Hj Hussin Ismail 0199511860 | Ust Saifullah 0173557809 | Ust Fakhrul 0193958358 |

tahfizsetahun

Akademi Al-Quran Amalillah telah di asaskan oleh Tn Hj Hussin Ismail serta 9 ahli keluarganya pada tahun 2017. Berbekalkan pengalaman 9 beradik yang berjaya hafiz 30 juzuk di usia muda, Serta kajian yang panjang oleh pakar sistem hafalan. maka lahirlah satu sistem hafalan Al-Quran kaedah setahun yang bersistematik dengan kadar kejayaan 70% Alhamdulillah..

Pada Tahun 2018, Akademi AKMAL berjaya melahirkan 30 orang Huffaz yang berjaya hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun. Pada tahun 2019 pula Akademi AKMAL melangkah dengan lebih jauh dengan melahir 115 orang  pelajar yang berjaya mencapai sasaran hafiz 30 juzuk Al-Quran…

Alhamdulillah… syukur atas kejayaan ini.. kini Akademi AKMAL mula mendapat tempat di hati pencinta Al-Quran. permintaan untuk berdaftar semakin tinggi sehinggakan pihak Akademi AKMAL terpaksa menolak banyak permohonan kerana mempunyai ruang biliik asrama yang sempit dan terhad.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." Hadis Riwayat Muslim (1631)

Komen Ustaz Ariffin Deraman Tentang Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL)

Jom kita bersama-sama berusaha untuk melahirkan seramai mungkin generasi Al-Quran penyambung perjuangan Rasulullah di masa akan datang.
Harta benda yang kita ada, bukan lagi menjadi milik kita selapas nyawa bercerai badan, tetapi menjadi milik kita buat selama-lamanya walaupun selepas kematian andai kita infakkan. Saham Pahala Waqaf dan Infaq kekal sampai ke hari Kiamat.. InsyAllah

Jadilah Sebahagian dari penyumbang Akademi AKMAL. Salurkan Infaq Anda ke Akaun tertera

Kini Akademi AKMAL semakin mendapat tempat dihati masyarakat. Masyarakat Islam hari ini tidak perlu lagi pilih kasih untuk menghantar anak-anak menjadi seorang Hafiz  Al-Quran, kerana dengan kaedah setahun ini, semua anak-anak anda layak untuk menjadi Hafiz 30 Juzuk Al-Quran walau apapun bidang yang bakal mereka ceburi di masa akan datang.

UMMAT HEBAT DENGAN AL-QURAN

Prof. Dr Anwar Ahmad
Rektor TATIUC

Akademi AKMAL mempunyai keunikannya yang tersendiri, kaedah dan system yang dibina amat tersusun dan bersitamatik. saya harap ramai yang bersama-sama membantu dan menyumbangkan infaq agar pusat Akademi ini berkembang dengan lebih pesat lagi.

IR Wan Azhar Sulaiman
Engineer

Alhamdulillah… Akademi AKMAL adalah sebuah Pusat Tahfiz yang pada saya mempunyai plan pengurusan dan matlamat yang jelas bagi melihat perubahan besar pada sistem pendidikan negara.. Usaha ini Harus di sokong sepenuhnya oleh kita semua.

Abdul Hadi
Designer & Kontraktor

melihat sambutan dan perkembangan yang pesat.. saya yakin Akademi AKMAL akan berjaya menyiapkan bangunannya dalam masa terdekat serta boleh membuka lebih banyak lagi peluang di negeri-negeri lain… ayuh kita sama-sama membantu AKMAL  menjayakkan Generasi Huffaz ini.

Sila Hantarkan Dana Infaq ke Akaun bank yang tertera dibawah. Akaun bank Akademi Al-Quran Amalillah

whatsapp/call kami jika ada sebarang persoalan maklumat tersebut ke 0173557809

Hafiz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh 8 Bulan

Alhamdulillah… dengan kaedah yang berkesan serta modul yang unik dan bersistematik, kami yakin bakal melahirkan seramai mungkin penghafal Al-Quran yang berjaya mengubah corak pendidikan negara setiap tahun. Video ini diambil sempena majlis khatam Quran pelajar kami yang berjaya Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 8 bulan.

Rakan Usaha Pembangunan

Majlis Graduasi Akademi Al-Quran Amalillah -AKMAL Kali Pertama Mendapat Galakan luar biasa Dari YB Menteri Besar Terengganu

Majlis Graduasi Haflah Takrimi Huffaz 2019

"Suatu keajaiban telah berlaku keatas anak saya, saya pun tidak sangka yang di mampu untuk menghabiskan hafalan 30 juzuk Al Quran dalam tempoh 9 bulan dan 10 Hari.. saya benar-benar bersyukur dan berharap AKMAL akan terus maju serta menjadi Tahfiz pilihan rakyat Malaysia suatu hari nanti.
Ust Abu Bakar- Bapa Nusaibah
Guru Darul Quran
"Alhamdulillah saya rasa bersyukur pada Allah, kerana anak saya berjaya khatamkan hafazan 30 juzuk Al Quran bulan ini. Saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak AKMA. Saya harap semua boleh beri sokongan dan membantu utk dikembangkan lagi teknik hafazan ini ke seluruh Malaysia insyAllah..
Ust Wan Faizul -Bapa Dhia
Penjawat Awam
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh pengurusan AKMAL kerana berjaya melahirkan huffaz dalam tempoh tak sampai setahun, dan kakda mengharapkan kepada semua anak-anak yang hafiz, terutamanya anak kakda sendiri supaya memelihara Al Quran dan murajaah seumur hidup insyAllah".
YB Zuraida - Ireez Iman
Ahli Dewan Negeri

Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) adalah sebuah Akademi yang mempunyai modul khas Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam TEMPOH SETAHUN (365 hari). modul istimewa ini bagi membantu anda dan anak-anak anda mencapai cita-cita besar sebagai Hafiz & Hafizah Al-Quran dengan cepat tampa mengorbankan masa yang terlalu lama untuk hafiz. berkongsepkan FAST TRACK TAHFIZ, ia Tidak seperti kebiasaan Pusat Tahfiz lain, di Akademi AKMAL kami mempunyai kaedah yg menarik dengan menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian dan kaedah menguruskan Psikologi bagi mencapai target besar ini insyAllah..

HUBUNGI KAMI DI TALIAN

CIKGU HUSSIN ISMAIL:0199511860 IMAM MUDA FAKHRUL : 0193958358 ust saifullah : 0173557809

Tekan Logo Link dibawah untuk melihat pautan akhbar tentang Akademi AKMAL