Kenali Akademi AKMAL (Shah Alam)
Maahad Tahfiz AKMAL Shah Alam di bawah Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) ditubuhkan sejak tahun 2017 dengan fokus utama melahirkan Huffaz melalui sistem hafazan berstruktur, mensasarkan khatam Al-Quran dalam tempoh setahun atau kurang, insyaAllah.
AKMAL membawa satu misi besar iaitu melahirkan 3,000 orang Huffaz setiap tahun menjelang 2027, yang bukan sahaja kukuh dalam hafazan Al-Quran, malah bersedia menyambung kecemerlangan dalam bidang akademik, profesional dan kepimpinan.






















Ketika ini, lebih 150 orang pelajar AKMAL Shah Alam menuntut ilmu di beberapa bangunan sewaan di kawasan perumahan Seksyen 27, Shah Alam. Walaupun pembelajaran dapat diteruskan, kemudahan sedia ada adalah tidak kondusif, dengan ruang kelas dan asrama yang terhad serta fasiliti yang tidak memenuhi keperluan sebuah institusi pendidikan Tahfiz yang mapan.
Tanpa bangunan sendiri, AKMAL berdepan kesukaran untuk mendapatkan pendaftaran penuh pihak berautoriti agama, berisiko dari sudut perundangan, sangat terhad menerima permintaan kemasukan pelajar yang sangat tinggi, serta menanggung kos operasi yang tinggi. Keadaan ini memberi kesan langsung kepada prestasi pembelajaran dan kelangsungan pendidikan para pelajar.










Syukur Alhamdulillah
Satu tanah wakaf seluas hampir setengah ekar telah diwakafkan dan kelulusan rasmi pembinaan telah diperoleh melalui saluran Perbadanan Wakaf Selangor. Solusi terbaik ialah membina bangunan tetap AKMAL Shah Alam di atas tanah wakaf ini bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif, operasi yang sah, fasiliti lengkap serta pengurusan kos yang lebih stabil untuk jangka panjang.


Berita Baik Untuk semua PengINFAQ !


