SERTAI TEAM MURABBI HUFFAZ AKADEMI AL-QURAN AMALILLAH (AKMAL)

Akademi Al Quran Amalillah (AKMAL) adalah sebuah Akademi Tahfiz Al-Quran yang membantu masyarakat bagi mencapai cita-cita besar untuk melahirkan anak-anak yang Hafiz & Hafizah Al Quran Dalam Tempoh Setahun.

Modul Akademi AKMAL dicipta untuk mencapai misi memburu Hafiz. Tidak seperti kebiasaan Pusat Tahfiz, di Akademi AKMAL kami menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, Kajian pelajar secara Bersasar dan kaedah pengurusan psikologi bagi mencapai target dan Misi besar ini.

Sabda Rasulullah : “Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah mereka yang menghafal Al-Quran dan mengajarkannya”.

Misi Akademi AKMAL ingin melahirkan 3000 Huffaz Setahun menjelang tahun 2025

Bagi mendokong misi besar ini, kami memerlukan satu Team Murabbi atau guru Tahfiz yang berjiwa besar dan bermotivasi tinggi sebagai jentera penting bagi mendidik serta mentarbiah para pelajar. 

Walaupun “Hafiz Setahun” bukanlah satu usaha yang mustahail, Tetapi ia pastinya memerlukan semangat yang tinggi, kesungguhan, keyakinan serta komitmen yang tinggi dari para MURABBI. Komitmen untuk membantu para pelajar mencapai misi hafiz dalam tempoh setahun InsyAllah.. Komitmen MURABBI menjadi asas utama kejayaan sistem ini.

Tahfiz AKMAL di TV Al-Hijrah

LOKASI AKADEMI AKMAL YANG MASIH MEMERLUKAN GURU BAGI SESI 2022

✳AKMAL HQ Bukit Payung Terengganu – Buka

✳AKMAL  Shah Alam Selangor – Buka

✳ AKMAL Bukit Beruntung Selangor – Buka

✳ AKMAL KLIA Banting Selangor – Buka

✳ AKMAL Ayer Hitam Johor – Buka

Gaji yang ditawarkan RM15OO Sebulan

Kelebihan-kelebihan
1- RM 1,7++ termasuk KWSP & SOCSO.
2- kenaikan gaji AUTOMATIK setiap tahun.
3- mengajar  8-10 orang SAHAJA sekelas.
4- Bonus pencapaian pelajar Khatam Quran.
5- Makan di Madrasah sewaktu bertugas
6- penginapan di sediakan bagi yang BUJANG ( tertakluk syarat ).
7- kelas berhawa dingin.
8- Bonus pencapaian pelajar .
 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN TEAM MURABBI TAHFIZ AKADEMI AKMAL

DAFTAR SEBAGAI MURABBI AL-QURAN AKMAL
SESI 2022-2023

    PENDAFTARAN ANDA TELAH DITERIMA. TERIMA KASIH!

    Hantar Resume Anda!! Klik butang dibawah