Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL membuka peluang kepada Rakyat Malaysia Untuk menjadi penaja Program anak angkat kepada pelajar-pelajar Muallaf dari pendalam Sabah dan Sarawak dan pelajar dari golongan anak yatim yang terpilih.
ketika ini, HQ AKMAL telah menerima 6 orang pelajar pendalaman dari kawasan minority Islam dari Sabah dan Sarawak. Usaha dengan kerjasama NGO Dakwah dan kebajikan Yayasan Amal Malaysia ini telah melalui proses pemilihan yang ketat dengan mengambil kira dari segi kesan jangkamasa panjang perkembangan islam masyarakat setempat.
Pemilihan ketat dibuat bagi memastikan agar Anak angkat yang dipilih itu benar-benar layak serta mempunyai minat yang tinggi untuk menghafal Al-Quran, seorang pelajar yang benar-benar mampu mencapai misi menjadi seorang Hafiz dan bakal menjadi seorang daie pendakwah yang boleh membimbing masyarakat serta mengembangkan Islam di sana pada masa akan datang. Jika anda berminat untuk menyertai program “Anak Angkat” ini, sila daftarkan borang penajaan dibawah untuk di hubungi.