Modul Tahfiz Akademi AKMAL dicipta untuk merealisasikan impian besar para pelajar dalam memburu Hafiz dalam tempoh Setahun. Tidak seperti kebiasaan Pusat Tahfiz, di Akademi AKMAL kami menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, Kajian pelajar secara Bersasar dan kaedah pengurusan psikologi bagi mencapai target dan Misi besar ini. AKMAL juga meletakkan misi besar bagi melahirkan 3000 Huffaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun atau kurang insyAllah
Usrah Al-izzah keluarga Hj Hussin ismail telah membuat keputusan untuk memulakan pembukaan sebuah Madrasah tahfiz yang dinamakan sebagai Madrasah Darul izzah. kertas kerja telah dibuat dan dibahaskan konsep tahfiz yang ingin dibangunkan.
tetapi nama awal yang ingin didirikan itu mempunyai masalah untuk didaftarkan, maka bertukar kepada idea menggunakan nama yang disukai oleh Hj Hussin, Ust fakhrul mencadangkan supaya menggunakan nama AMALILLAH, yang bermaksud beramal kerana Allah. bertepatan dengan asas kenapa ia ditubuhkan.
apabila nama sudah dipersetujui, kami mula mencari konsep yang ingin dilaksanakan. kajian mula dibuat, apa USP yang ingin diketengahkan.
Pada masa itu Allah memberikan kami ilham, kami dihubungi oleh Prof Iqbal Khan, seorang ketua jabatan dari University of the Punjab Lahore Pakistan yang juga kenalan lama Hj Hussin dan pernah menguruskan Ust Saifullah menghafal Al-Quran disana pada tahun 1991. katanya dia telah membuat kajian selama 3 tahun tentang sistem baru tahfiz. kajian itu juga telah diuji selama setahun.
Kaedah sistem hafazan Al-Quran setahun, apa yang menarik, konsep tahfiz ini benar-benar berbeza dengan kebiasaan pusat tahfiz di Pakistan yang skebiasaannya menggunakan sistem rotan dan paksaan kepada sistem tahfiz yang membina emosi dan motivasi pelajar untuk berjaya. Team AKMAL dihantar kesana untuk belajar memahami konsep yang dijalankan.
Berbekalkan pengalaman 9 orang adik beradik Usrah Al-Izzah yang setiap satunya mempunyai pengalaman menghafal Al-QURAN, Sistem AKMAL dicipta.
sistem AKMAL ini bakal menyelesaikan masalah pelajar tahfiz yang kebiasaanya mengambil masa antara 3 ke 10 tahun untuk berjaya hafiz Al-Quran. dan memberi kesan buruk kepada masa depan peleajar yang tertinggal dalam pelajaran.
berbekalkan misi melahirkan huffaz dalam tempoh “Setahun” ,idea ini mula dilontarkan, berbekalkan nama baik Hj Hussin dalam bidang pendidikan ummah, dan nama Ust fakhrul, kami menerima permohonan pelajar pertama, 15 orang pelajar di Shah Alam dan 18 orang di Terengganu. Malangnya kami menghadapi cabaran besar, idea baru ini membuatkan kami sukar mendapat guru yang sanggup menggalas tugas ini. Alhamdulillah setelah beberapa lama mencari, barulah kami mendapat guru, 3 di Terengganu dan 3 di shah Alam. Ust Yusuf sebagai mudir AKMAL Terengganu, dua orang guru Ustazah Aida dan Ustazah Sabila. Di Shah alam pula dimulakan oleh Ust Imad dan Ust Arfan, kemudia didatangi Ust Muaz sebagai Mudir AKMAL Shah Alam.
Pada Tahun 2018, Akademi AKMAL berjaya melahirkan 30 orang Huffaz yang berjaya hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun. bermula dengan kejayaan Adik Engku Sofia Engku Saharumniza yang berjaya menamatakan hafazannya dalam tempoh 5 bulan 10 hari di AKMAL HQ Terengganu dan Adik Muhammad Khaer Farish dalam tempoh 8 bulan 6 hari di AKMAL Shah Alam.
Alhamdulillah… syukur atas kejayaan ini.. kini Akademi AKMAL mula mendapat tempat di hati pencinta Al-Quran. permintaan untuk berdaftar semakin tinggi sehinggakan pihak Akademi AKMAL terpaksa menolak banyak permohonan kerana mempunyai ruang biliik asrama yang sempit dan terhad.
Alhamdulillah… dengan kaedah yang berkesan serta modul yang unik dan bersistematik, kami yakin bakal melahirkan seramai mungkin penghafal Al-Quran yang berjaya mengubah corak pendidikan negara setiap tahun. Video ini diambil sempena majlis khatam Quran pelajar kami yang berjaya Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 8 bulan.
Pada Tahun 2018, Akademi AKMAL telah membuka cawangan baru di Bukit beruntung selangor setelah gagal untuk membuka cawangan di wilayah utara, 3 lokasi di cadangkan, Sg Petani, Pendang, Changkat Jering dan Kuala Kangsar. waktu itu AKMAL diuji dengan 2 cabaran besar, pertama diuji dengan perletakan jawatan segerombolan guru-guru tahfiz AKMAL. Dalam keadaan permintaan yang terlalu tinggi dari para huffaz. Alhamdulillah cabaran itu begitu menguji pihak AKMAL untuk menuntut ilmu pengurusan dan kepimpinan dengan lebih mendalam lagi.
cabaran ini menjadi lebih parah lagi apabila negara menghadapi krisis kesihatan covid-19, semua insitusi pendidikan dirahkan tutup, tidak terkecuali dengan AKMAL. Ketika itu sistem online mula diaktif kan. AKMAL sedar cabaran yang berlaku itu ada hikmahnya, AKMAL mula menyusun gerak kerja yang lebih agresif bagi memastikan proses pengajian pelajar tidak terganggu, malah mampu mencapai target yang telah ditetapkan.
Dalam ujian ada juga cabaran yang datang. dalam tempoh itu juga AKMAL ditawarkan untuk berkolaborasi dengan Brainy Bunch bagi membantu BB menjalankan salah satu program yang disebut sebagai Dream tahfiz program. Melihat cabaran dan peluang yang ada, Team AKMAL mula mencari mentor yang mampu membimbing AKMAL. pada Oktober 2020 AKMAL mula belajar bermentorkan Richwork.
Akademi Al-Quran Amalillah telah di asaskan oleh Tn Hj Hussin Ismail serta 9 ahli keluarganya pada tahun 2017. Berbekalkan pengalaman 9 beradik yang berjaya hafiz 30 juzuk di usia muda, Serta kajian yang panjang oleh pakar sistem hafalan. maka lahirlah satu sistem hafalan Al-Quran kaedah setahun yang bersistematik dengan kadar kejayaan 70% Alhamdulillah..
Akademi AKMAL mempunyai keunikannya yang tersendiri, kaedah dan system yang dibina amat tersusun dan bersitamatik. saya harap ramai yang bersama-sama membantu dan menyumbangkan infaq agar pusat Akademi ini berkembang dengan lebih pesat lagi.
Alhamdulillah… Akademi AKMAL adalah sebuah Pusat Tahfiz yang pada saya mempunyai plan pengurusan dan matlamat yang jelas bagi melihat perubahan besar pada sistem pendidikan negara.. Usaha ini Harus di sokong sepenuhnya oleh kita semua.
melihat sambutan dan perkembangan yang pesat.. saya yakin Akademi AKMAL akan berjaya menyiapkan bangunannya dalam masa terdekat serta boleh membuka lebih banyak lagi peluang di negeri-negeri lain… ayuh kita sama-sama membantu AKMAL menjayakkan Generasi Huffaz ini.
pengasas Akademi Al-Quran Amalillah. merayu semua sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia bagi menjayakan usaha besar ini. Tampa sokongan dan dokongan anda, usaha besar ini tidak akan mampu berkembang dan berdaya saing.
Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) adalah sebuah Akademi yang mempunyai modul khas Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam TEMPOH SETAHUN (365 hari). modul istimewa ini bagi membantu anda dan anak-anak anda mencapai cita-cita besar sebagai Hafiz & Hafizah Al-Quran dengan cepat tampa mengorbankan masa yang terlalu lama untuk hafiz. berkongsepkan FAST TRACK TAHFIZ, ia Tidak seperti kebiasaan Pusat Tahfiz lain, di Akademi AKMAL kami mempunyai kaedah yg menarik dengan menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian dan kaedah menguruskan Psikologi bagi mencapai target besar ini insyAllah..
Tekan Logo Link dibawah untuk melihat pautan akhbar tentang Akademi AKMAL
Isi Nama dan Emel anda di bawah dan tekan butang LANGGAN SEKARANG