Sebagai pengurus sekolah, Mudir berperanan menyusun dan mengurus sumber-sumber yang ada di sekolah agar berjalan dengan betul dan teratur. Sebagai pentadbir, Mudir berperanan
menyampaikan polisi dan dasar-dasar AKMAL dan memastikan ianya disampaikan dan dilaksanakan. Manakala sebagai pemimpin pula, Mudir mempunyai bidang kuasa dalam lingkungannya untuk mempengaruhi orang lain. Mudir perlulah bijak dan mahir melaksanakan tugas-tugasnya berdasarkan POSCORB –iaitu Planning, Organizing, Staffing, Coordinating, Reporting dan Budgeting.
Mudir bukan sekadar menjadi seorang guru semata-mata malah menjadi pentadbir yang menafsirkan setiap tindakan selari dengan misi dan visi AKMAL untuk menjadi :-
MENTADBIR PENGURUSAN SEKOLAH
5. MUDIR SEBAGAI SEORANG GURU
PERINCIAN TUGASAN MUDIR AKMAL
Nota: Merujuk kepada perkara diatas,bidang tugas ini akan berubah dari masa ke semasa bergantung kepada penilaian dan penyesuaian bagi mencapai misi dan visi AKMAL oleh pihak pengurusan tertinggi AKMAL.
1. Menguruskan kemasukan penghuni-penghuni asrama.
2. Menyediakan Jadual Harian Asrama dan menentukan penghuni-penghuni
mematuhinya.
3. Bertanggungjawab atas disiplin asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhi
peraturan-peraturan asrama.
4. Bertanggungjawab atas kelakuan penghuni-penghuni.
5. Mengawas keluar masuk penghuni-penghuni pada masa cuti, hujung minggu dan pada
masa tertentu seperti bermalam di luar.
6. Merancang dan mengawas kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani,
jasmani dan sosial yang sihat di kalangan penghuni-penghuni.
7. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni-penghuni
yang sakit.
8. Mengawas kebersihan diri penghuni dan seluruh bangunan dan kawasan asrama.
9. Menjalankan latihan api (fire drill) sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu penggal
bagi penghuni asrama dengan bantuan Mudir.
10. Mengawas keselamatan diri dan barang-barang penghuni.
11. Bertanggungjawab atas keselamatan bangunan dan alatan asrama dan mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak
atasan
12. Mengawas penggunaan air dan elektrik oleh penghuni-penghuni supaya tidak
melebihi had yang telah ditentukan.
13. Mengawas keluar masuk pelawat-pelawat dan menentukan tidak ada pelawat-pelawat
yang tidak diingini datang ke asrama.
14. Menyediakan laporan harian asrama untuk dikemukakan kepada Pengetua pada tiaptiap hujung minggu. Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan, Pengetua hendaklah
dihubungi dengan serta merta. (Di asrama yang mempunyai Ketua Warden, tugas ini
hendaklah dijalankan oleh beliau).
15. Menyelia kebersihan dewan makan dan bangunan asrama.
16. Bertanggungjawab tentang kebersihan, keceriaan dan persekitaran kawasan asrama.
17. Menentukan alatan asrama sentiasa baik dan selamat.
18. Mempastikan kesihatan penghuni sentiasa baik dan melaporkan kepada
Pengetua/ Guru Besar jika terdapat kes-kes yang bahaya.
19. Menyediakan rekod murid-murid sakit.
20. Bertanggungjawab bersama tentang keselamatan di asrama.
21. Lain-lain tugas yang diarah oleh Pengetua/ Guru Besar.
1. Memberi perhatian pada kebersihan dan disiplin pelajar-pelajar.
2. Memeriksa keadaan bilik/dorm supaya berada dalam keadaan bersih dan kemas pada
setiap masa.
3. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dengan kerjasama Mudir atau pegawai tadbir.
4. Menentukan semua pelajar pergi ke surau untuk solat berjemaah.
5. Makan bersama pelajar di dewan makan untuk menilai mutu makanan serta
mengawasi peraturan di dewan makan pada setiap waktu makan.
6. Memastikan lampu kamar dipadam pada jam 9.30 malam dan kamar berada dalam
keadaan tenteram.
7. Mengambil tindakan sesuai apabila timbul sesuatu masalah seperti disiplin,
kemalangan, keselamatan, kebakaran dan lain-lain.
8. Membuat pemeriksaan kamar pada hari Ahad mulai jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi.
9. Menghantar laporan tugas warden setiap hari bertugas kepada Tuan Pengetua.
10. Melaporkan segala masalah disiplin kepada atau Pengetua.
11. Menerima dan menjalankan arahan daripada Tuan Pengetua dari semasa ke semasa.
1. Pemeriksaan asrama akan dijalankan pada setiap hari Sabtu mulai jam 7.30 pagi
hingga 9.00 pagi (selepas gotong-royong).
2. Semua warden wajib hadir bertugas memeriksa asrama setiap hari Sabtu.
3. Perkara-perkara yang perlu dilihat semasa pemeriksaan adalah seperti berikut;
3.1 Bilik/Dorm
3.1.1 Susunan katil, almari sesuai sebagaimana yang telah ditetapkan.
3.1.2 Kebersihan lantai, cermin tingkap, tingkap dan siling tidak bersawang.
3.1.3 Susunan kasut teratur, cadar bersih dan kemas serta di hujung katil ada selimut.
Terdapat bantal yang bersarung bersih.
3.1.4 Susunan pakaian di dalam almari tersusun dengan kemas dan tidak terdapat pakaian
yang dilarang seperti seluar jeans, baju T yang tidak sesonoh.
3.1.5 Setiap bilik/dorm ada satu tong/ bakul sampah.
3.1.6 Pakaian tidak bergantungan dalam bilik/dorm.
3.1.7 Nama pelajar dilekat pada hujung katil dan almari serta satu senarai nama pelajar.
3.2 Peralatan Pelajar.
3.2.1 Semua jenis kad dipamirkan (Kad pelajar, kad kebenaran keluar)
3.2.2 Buku Undang-Undang/ Peraturan sekolah.
3.2.3 Berus gigi, ubat gigi, sabun, minyak rambut, sikat (Dipamir di hujung katil).
3.3 Kekemasan Diri.
3.3.1 Lelaki: Berambut kemas, tidak berkuku panjang, pakaian bersih dan kemas.
3.3.2 Perempuan: Rambut tidak diwarna, berkuku pendek, pakaian bersih dan kemas,
tidak memakai peralatan kemas yang tidak dibenarkan.
3.4 Hal-hal lain
3.4.1 Pastikan pelajar tidak menyimpan benda-benda yang dilarang seperti gunting, pisau
dan alatan lain yang merbahaya.
3.4.2 Pastikan pelajar tidak menyimpan makanan terlarang seperti makanan ringan dan
gula-gula dll
Di bawah ini diperturunkan perkara-perkara tatatertib yang berat seperti yang
disiarkan oleh tatatertib yang berat seperti yang disiarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1968 dan
siarannya Bilangan KP. 8543 02(12).
1. Membawa senjata-senta yang berbahaya dengan tujuan jahat.
2. Menyerang dan mengancam penuntut-penuntut yang lain.
3. Menyalahgunakan dadah, menghisap rokok, menyimpan rokok dan meminum
minuman yang memabukkan.
4. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah
dan Pejabat Pendidikan.
5. Merosakkan atau membinasakan harta benda sekolah.
6. Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan haram.
7. Mencuri
8. Melawan pihak pentadbir Asrama dan Sekolah.
9. Bergaduh bertumbuk
1. Makanan basah yang mudah basi / busuk,tidak dibenarkan dibawa ke dalam
dorm.
2. Sebarang jenis makanan / minuman yang memabukkan
3. Makanan yang bersalahan dengan undang-undang Negara
4. Sebarang jenis senjata atau alat tajam kecuali pisau cukur.
5. Alat elektrik / muzik (radio) serta bahan pembakaran.
6. Sebarang alat pertukangan seperti skru driver, tukul dan lain-lain.
7. Makanan ringan
Ibu bapa / penjaga diingatkan agar tidak menyediakan perkara-perkara
berikut kepada anak jagaanya untuk kegunaan di asrama
1. Pakaian yang berjenama mahal yang menimbulkan tarikan penghuni yang
lain
2. Kasut atau alas kaki yang berjenama mahal
3. Alat perakam / radio / permainan yang tidak dibenarkan / majalah yang
melekakan
Pihak pentadbiran berhak merampas barang-barang yang tersebut di atas untuk
menjamin keselamatan di asrama serta pembentukkan budaya asrama yang
memberansangkan.
*Warden mestilah menerapkan 12 Nilai-Nilai AKMAL kepada penghuni asrama
sepanjang bertugas:
مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ
Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890)
Isi Nama dan Emel anda di bawah dan tekan butang LANGGAN SEKARANG