AKMAL HQ Terengganu, Beralamat di Kampung Tebakang Bukit Payung, Negeri Terengganu.Mempunyai tiga bahagian bangunan yang berbeza.
1- Bahagian Banin & Banat Bahagian ini adalah bahagian utama AKMAL HQ. Bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran, Asrama pelajar lelaki dan Pelajar perempuan khas untuk pelajar lingkungan umur 10 – 12 tahun sahaja.
2- AKMAL Furu’ Syabab Bahagian ini terletak dalam jarak 300 meter dari bangunan utama. Menempatkan asrama dan kelas buat pelajar Syabab, iaitu pelajar lelaki lingkung umur 13 ke 15 tahun.
3- AKMAL Furu’ Fatayat Bahagian ini juga terletak tidak jauh dari kampus utama AKMAL HQ, menempatkan kelas dan asrama pelajar fatayat, atau pelajar remaja perempuan yang berusia antara 13 ke 15 tahun.
4- AKMAL Syahadah Bahagian ini menempatkan kelas khas buat pelajar syahadah secara berfokus. Syahadah adalah istilah peringkat “Pakar Dalam Hafazan”. Pelajar yang telah menamatkan misi hafazan 30 juzuk Al-Quran mereka dan masih kekal di AKMAL bagi memantapkan lagi hafalan dan menunggu hari exam syahadah Al-Quran.
AKMAL TERENGGNAU
Lot 2123, kampung Tebakang Bukit Payung, 21400 Marang Terengganu.
AKMAL SHAH ALAM
No. 58, Jalan Kampung Tengah, 27/48, Taman Bunga Negara, 40400 Shah Alam, Selangor.
AKMAL RAWANG
NO1, Jalan Anggerik 2D/2, Prima Bukit Beruntung, 48300 Rawang Selangor.
AKMAL BATU PAHAT
No 1, Taman Jasa, Jalan Parit Botak, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor
AKMAL DALAM PROSES PEMBANGUNAN
"IMPIAN KAMI BUKAN SAHAJA MAHU MEMBANTU MELAHIRKAN HUFFAZ, TETAPI KAMI MAHU MELAHIRKAN AL-HAFIZ BAKAL PEMIMPIN GENERASI AKAN DATANG YANG PROFISIONAL DI BIDANGNYA, BURABBI DIZAMANNYA INSYALLAH"