Apakah modul yang akan dipelajari sepanjang berada di Akademi ini?
Berbeza dengan program atau Maahad Tahfiz yang lain, Di Akademi Al Quran Amalillah, Kami benar-benar menumpukan kepada fokus dan Misi hafiz dalam tempoh masa setahun atau 365 hari. Jadi di Akademi, anak anda hanya akan menumpukan sepenuhnya kepada hafalan dan ulangan Al-Quran sahaja tanpa di bebani dengan mata pelajaran lain secara formal sehinggalah dia mencapai misinya.
Dalam tempoh itu, anak-anak anda akan dibimbing oleh para Guru dan Ustaz hafiz yang mursyid dan terlatih.
Pada tahun 2018, ada 80% dari pelajar berjaya menamatkan pengajiannya dan hafiz 30 juzuk Al Quran dalam tempoh misi yang ditetapkan iaitu 365 hari.
Bagaimana jika ada anak-anak yang tak mampu mencapai Misi 365 Hari seperti yang di tetapkan?
Bagi pelajar yang tidak berjaya untuk mencapai misi setahun, pihak AKMAL masih boleh menerimanya untuk terus belajar di Akademi dengan syarat dia wajib komited untuk terus berjuang, ini bagi memastikan agar semangat atau cita-citanya masih jelas dan masih mempunyai minat yang tinggi untuk berusaha mencapai Misi Hafiz secepat mungkin