
Tak ada yang mampu kami ucapkan.. selain Bertakbir dah bertahmid membesarkan Allah SWT.. Inilah Al-Quran, Kitabullah.. Mukjizat yg dijanjikan Allah untuk dimudahkan, agar manusia mampu mengingati, menghafal dan mengambill pengajaran darinya… dengan syarat mestilah berusaha keras bagi mencapainya…
Hari ini dalam sejarah.. Tanggal 24 July 2019, Tahfiz Akademi Al Quran Amalillah-(AKMAL) Sekali lagi berjaya melahirkan seorang lagi Hafizah 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat, satu pencapaian luar biasa seorang pelajar kami sesi 2019, Seorang pelajar yang pada mulanya Tak Mampu Nak Hafal Setengah Muka Surat Al-Quran Sehari, tiba-tiba membuat kejutan besar dengan berjaya Hafiz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh 5 Bulan 11 Hari.
Peroses dan disiplin menghafal di Tahfiz Akademi AKMAL pada tahun ini telah di perketatkan, dengan mengambil kira kewajipan hafalan baru dan hafalan ulangan. Disini kami senaraikan kewajipan menghafal dan ulangan harian setiap pelajar.
- Muthala’ah – Bacaan dengan guru secara melihat Al-Quran, bertujuan membetulkan bacaan dan tajwid sebelum memulakan hafalan.
- Sabaq – Membaca Sabaq atau menyemak Hafalan baru dan guru kelas yang bertugas setiap hari secara menutup Al-Quran.
- Sabqi – Membaca atau menyemak Hafalan ulangan dari juzuk yang sedang dihafal dengan guru.
- Mokhtar Khatam – Membaca dan menyemak Hafalan Ulangan satu juzuk penuh dari Juzuk yang baru sahaja khatam. ini adalah cabaran yang paling sukar pagi para pelajar kerana selagimana mokhtar khatam tidak disemak. pelajar tidak dibenarkan menghafal juzuk yang baru.
- Manzil – Membaca dan menyemak hafalan dengan guru kelas satu juzuk sehari. dari juzuk yang telah dihafal .
Apa yang menarik, Aliyah mampu menjaganya dengan baik.. bahkan mampu membacaa ulangan Mokhtar Khatam pada hari yang sama setiap kali dia khatam setiap juzuk.
Jutaan TAHNIAH Kami ucapkan buat Aliyyah Haironnizam, pelajar comel yang baru berumur 11 tahun ini bukanlah seorang pelajar yang genius. pada permulaannya sangat sukar untuk menghafal.. selang sehari baru dapat hafal satu muka atau setengah muka surat.. kadangkala tak dapat buat hafalan baru.. membuatkan dia sentiasa juga dimarahi ustazah… tetapi walaupun susah untuk menghafal, Aliyyah mempunyai semangat yang luar biasa.. dia takkan berhenti berusaha walaupun sentiasa mengalirkan airmata. kata Ustazahnya.. paling ketara, waktu menghafal juzuk kedua, dia sentiasa down.. kerana susah baginya menghafal Al-Quran.. lagi-lagi jika ayat yang dihafal itu pendek… dia akan usaha juga menghafal sambil memicit2 kepala.. bayangkan.. dari tidak mampu menghafal satu muka surat sehari.. sehinggalah dia mampu menghafal 11- 12 muka surat sehari.
Tahniah juga buat kedua Umi dan Abi Aliyyah… yg tidak putus2 memberikan semangat… Aliyyah sentiasa ulang kata-kata semangat Uminya.. katanya walaupun hasilnya belum tentu dapat.. asalkan usaha.. wajib niat menghafal Quran kerana Allah.. Hebat semangat Aliyyah… Moga semangat luar biasa ini menjadi kekuatan dan motivasi buat kawan-kawan yang lain juga.. lebih-lebih lagi kepada kami para guru dan pihak pengurusan Akademi AKMAL, untuk terus mengembangkan usaha ini di masa akan datang….
Sama-sama kita titipkan secebis “DOA Buat Aliyyah”… agar dia setiasa istiqamah dalam menjaga hafalan, selagi hayatnya dikandung badan..
dan semoga Aliyyah berjaya mengejar cita-citanya untuk lebih berjaya lagi menguasai rahsia ilmu Al-Quran di masa akan datang..
VIDEO KERNANGAN BACAAN SABAQ TERAKHIR