AKMAL & Akademi Al-Hadi Meterai MoA Perkasa Modul Imam Qurra’ 2026

Kerjasama Strategik Tingkatkan Kualiti Bacaan dan Keyakinan Huffaz

18 Februari 2026 menyaksikan satu langkah penting dalam landskap pendidikan al-Quran apabila Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) secara rasmi memeterai Memorandum of Agreement (MoA) bersama Akademi Al-Quran Al-Hadi dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks AKMAL HQ Terengganu (Surau Syabab).

Pemeteraian Perjanjian antara AKMAL & Akademi AL-Quran Al-Hadi

Majlis ini dihadiri oleh barisan pengurusan kedua-dua institusi sebagai simbol komitmen bersama dalam memperkukuhkan kualiti pendidikan al-Quran secara lebih sistematik dan profesional.


Latar Belakang Kerjasama: Pemerkasaan Modul Imam Qurra’

Kerjasama ini lahir daripada keperluan untuk menstruktur semula dan memperkasakan Modul Imam Qurra’ AKMAL 2026, selaras dengan aspirasi AKMAL untuk melahirkan huffaz yang bukan sahaja kuat hafazan, bahkan memiliki bacaan yang indah, beradab dan berkeyakinan tinggi.

Sebelum ini, pelaksanaan modul banyak bergantung kepada kemahiran individu guru dalam bacaan berlagu (taranum), menyebabkan pencapaian KPI tidak seragam antara kelas dan cawangan.

Justeru, pendekatan baharu melalui kerjasama strategik bersama Akademi Al-Quran Al-Hadi — sebuah institusi yang menghimpunkan tenaga pengajar terdiri daripada johan-johan qari dan qariah peringkat daerah, negeri dan antarabangsa, diyakini mampu menjadi solusi yang lebih tersusun dan berimpak tinggi.


Objektif Bersama: Hafiz Berkualiti, Bacaan Berkredibiliti

Melalui MoA ini, kedua-dua pihak berkongsi visi yang jelas:

Objektif Kepada Pelajar

  • Memberi pendedahan sistematik kepada ilmu taranum

  • Membiasakan pelajar dengan bacaan yang berlagu selari tajwid

  • Meningkatkan keyakinan tampil sebagai imam dan pembaca majlis

  • Melahirkan hafiz yang bukan sahaja hafal, tetapi membaca dengan indah dan meyakinkan

Objektif Kepada Guru

  • Memperkasa kemahiran bacaan taranum guru

  • Melahirkan guru sebagai qudwah bacaan

  • Mewujudkan kesinambungan pengajaran taranum secara dalaman

Objektif Kepada Institusi

  • Menjadi nilai tambah kepada sistem pendidikan AKMAL

  • Menepis stigma terhadap hafazan tempoh singkat

  • Menetapkan benchmark bacaan berkualiti dalam kalangan pelajar AKMAL

Kerjasama ini membuktikan bahawa AKMAL tidak sekadar mengejar tempoh hafazan, tetapi turut menitikberatkan standard kualiti bacaan dan keyakinan graduan.


Model Pelaksanaan Profesional & Berpusat

Antara bentuk pelaksanaan yang dipersetujui:

  • Kelas taranum dijalankan secara atas talian (Google Meet/Zoom)

  • Disampaikan secara langsung oleh tenaga pakar Akademi Al-Hadi

  • Disiarkan serentak ke seluruh cawangan AKMAL

  • Dilaksanakan setiap hari Rabu selama 1.5 – 2 jam

  • Silibus dan modul disediakan sepenuhnya oleh pihak Akademi Al-Hadi

Menariknya, seluruh guru dan staf AKMAL diwajibkan hadir bersama pelajar, menegaskan pendekatan pemindahan ilmu secara menyeluruh (knowledge & skill transfer) dan bukan sekadar sesi tambahan.

Formasi kelas turut ditetapkan secara khusus bagi memastikan penglibatan aktif, disiplin dan keberkesanan pengajaran.

Suasana kelas tarannum yang dijalankan


Barisan Kepimpinan Yang Hadir

Majlis MoA ini turut meraikan kehadiran wakil-wakil utama kedua-dua institusi:

Pihak Akademi Al-Hadi

  • Puan Nurain Binti Ali (General Manager Oxford EduVision)

  • Ustaz Abdul Hadi bin Che Ab Halim (Mudir Akademi Al-Quran Al-Hadi)

  • Encik Wan Ahmad Safwan Bin Wan Hamidi (Pentadbir Akademi Al-Quran Al-Hadi)

  • Cik Ummul Syahirah Binti Romli @ Ramli (Pentadbir Akademi Al-Quran Al-Hadi)

  • Encik Izzat Irfan Bin Shaharum (HR & Teknikal, Oxford EduVision)

Pihak AKMAL

  • Mohammad Zulqarnain Hussin (Managing Director Tahfiz AKMAL)

  • Mohd Shamil Izwan Shapiee (Education Supervisor Manager, Nazir)

  • Muhamad Luqman Hakim (Mudir AKMAL Terengganu)

  • Muhammad Danial Hussin (Marketing Officer)

  • Ustazah Nurul Izzah Jusoh (Senior Administrative Executive, KPT)

  • Ustazah Noor Salsabila Deraman (Manager Director Tahsin)

Kehadiran barisan pengurusan ini mencerminkan keseriusan kedua-dua pihak dalam memastikan pelaksanaan berjalan secara profesional dan berstruktur.


Menuju Standard Baharu Pendidikan Al-Quran

Kerjasama strategik ini dijangka:

  • Meningkatkan mutu bacaan dari sudut seni suara, makhraj dan sifat huruf

  • Membentuk hafiz yang mampu menjadi imam dan pembaca yang diyakini

  • Memperkukuhkan jaringan pendidikan al-Quran berimpak tinggi

MoA ini bukan sekadar tandatangan di atas kertas. Ia adalah langkah strategik memperkukuhkan ekosistem pendidikan al-Quran yang lebih tersusun, seragam dan profesional.

Selari dengan aspirasi AKMAL, usaha ini diharapkan melahirkan graduan yang bukan sahaja hafal 30 juzuk, tetapi menjadi contoh dalam masyarakat, imam yang bacaan mereka menyentuh hati dan membimbing ummah.

Layari website kami www.hafizsetahun.com untuk pendaftaran dan mengetahui maklumat lanjut mengenai tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *