10 Bulan 23 Hari Misi Menjadi Hafizah. Ibu ini Berkongsi Tips dan Pengalaman Mencabar Support Anak jadi Hafizah Al-Quran

Alhamdulillah… Hari ini kami berpeluang berkongsi dengan para pembaca sekelian satu perkongsian yang sangat menarik dari salah seorang ibu pelajar Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL . Perkongsian menarik dari Puan Syarifah Fazlina, bagaimana  semangat beliau mendokong perjuangan anaknya untuk mencapai target dan misinya Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh Setahun. Rugi tau kalau tak baca sampai habis..

10 BULAN 23 HARI MISI MENJADI HAFIZAH 30 JUZUK AL-QURAN

Allahamdulillah, sujud syukur akhirnya, niat utk ada anak untuk menjadi hafizah terlaksana..
Syukur.. bukan mudah untuk memciptakan atau mewujudkan perasaan mahu dan semangat yang berkobar dan dia setuju untuk masuk ke Tahfiz AKADEMI AKMAL secara sepenuh masa hanya belajar menghafal Al-Quran.. dengan rela.
.
Pada mulanya hanya mahu menghantar adiknya Harraz sahaja, ditemani oleh khadeeja sewaktu sessi interview kerana tahun lepas sepatutnya khadeeja mengambil peperiksaan UPSR..
.
Dari kecil sudah diberitahu tentang semua orang perlu menjadi dan bercita-cita menjadi hafiz dan hafizah.. Ya dari kecil, walaupun hanya sekadar main-main, tapi anak-anak dah tahu apa kelebihan jika menjadi seorang hafizah..
.
Dari belajar dengan lina karim belajar (Abacus ) mental arithmetic macam mana anaknya berjaya hafal juzuk 30 sewaktu kecil lagi, belum start bersekolah, waktu itu rasanya khadeja berumur 6 atau 7 tahun dan harraz berumur 5-6tahun.. siang bekerja dan malam di atas Klinik Pergigian Syarifah mengajar abacus supaya dapat mengaktifkan otak kanan dan otak kiri.


Sewaktu khadeeja berumur 5-6 tahun kami juga berulang-alik beberapa bulan mengikuti pengaktifan otak tengah melalui teknik shishida dari Jepun di Kuala Lumpur….bertolak seawal 5 pagi ke kl.

Kem profazz berdekatan dengan The Minds kami telah hantar seawal khadeeja berumur 7 tahun bersama-sama sepupunya sebagai peneman.😉

Teknik Stiffin kami sekeluarga belajar dan test untuk mengenal pasti otak bahagian manakah yang lebih dominan.. di sini lah kunci macam mana kami kenal pasti cara, kekuatan dan kelemahan setiap anak dan cara membuatkan mereka semangat mengejar impian.

Syukur kepada Allah ,sememangnya banyak hak yang tak dapat ibu berikan dengan baik di sebabkan ke”busy”an ibu, selepas ibu sangat bz dgn urusan klinik ketika kakak darjah 4-5, ibu langsung tidak pedulikan tentang misi ibu dan pelajaran kakak..

PERBINCANGAN BERSAMA

Kakak excited nak ambik UPSR tapi ibu suruh ambik peluang ni setahun je cuba yang terbaik untuk menjadi hafizah… sebab ibu rasa kita sudah tiada masa… tidak boleh ditangguh2 walaupun kakak mulanya minta dia nak masuk selepas habis peperiksaan UPSR… Akhirnya Kakak setuju dengan beberapa syarat :

1- Dia akan cuba menghafal tapi dengan syarat dia juga mahu mengambil exam UPSR… ya saya bersetuju, tapi rasa kesian waktu awal sebelum mendapat rentak hafalan sgt struggle saya tak beri dia ambik UPSR.

2- kakak tidak membenarkan ibu pergi berjalan ke oversea sewaktu bersusah payah bertungkus lumus menghafal dlm masa 1 tahun ini… ya ibu setuju tetapi ibu terpaksa juga tipu sunat kerana nak bawa parents yg berhajat melancong ke NZ.

3- lepas kakak habis berjaya ibu kena belanja kakak berjalan ke Ausralia @ Nz … ya ibu setuju tapi skrg mmg dah terlambat semua pintu airport dah tertutup (PKP COVID-19).

4- ibu dan abi mahu berikan hadiah untuk kakak dan ibubapa saya pergi menunaikan umrah jika kakak dah berjaya menjadi hafizah.. tapi sekarang sudah disekat pula visanya.

Allahu.. sememangnya saya selalu bercakap dengan anak saya yang kita sudah tiada masa.. tidak boleh bertangguh2 untuk melakukan kebaikan…

CABARAN DAN UJIAN DITEMPUHI DENGAN AIR MATA

Memang saya minta kakak seboleh2 cuba yang terbaik untuk habiskan hafalan di akhir bulan 12 – bulan 1 yang lalu… memang hati sudah terasa-rasa dan sudah bercakap pasti akan berlaku sesuatu diantara bulan 3-4 dan kita kena pergi cepat sebelum bulan itu, tapi kakak tak mampu nak habiskan hafalan dengan cepat kerana macam-macam dugaan sebelum bergelar Hafizah ni. dia kena MuMps atau juga di kenali sebagai beguk..😅
terpaksa duduk kat rumah seminggu dan tak sabar nak balik ke Akmal nak jumpa dengan ustazah dan kawan-kawan.. gigih suruh ibu hantar ke Akmal cepat…

Lepas tu, selang beberapa bulan semua pelajar pula kena pulang sebab keracunan makanan… dia cakap okey je tak ada yang teruk dan rasa frust dan down sebab terpaksa balik kerumah di kala semangat meningkat 😊.. dugaan lagi…

Di akhir2 dikala ramai ahli kumpulan ramai yang dah khatam dan berjaya, kerisauan dan perasaan lemah semangat melanda… menagis2 mahu keluar dari Akmal kerana katanya dia tak dapat nak habiskan hafalan dalam masa setahun…😣😣 remuk waktu tu rasa serba salah…  pujuk demi pujukan… yang ibu tak minta pun kakak jadi hafizah dalam masa satu tahun.. ibu hanya minta kakak jadi hafizah sahaja…😭 waktu tu ibu dah tak kuat, ibu doa supaya hati kakak sayangkan Al-Quran.. kakak ada dlm 10 juzuk shj lagi waktu tu nak habiskan..

Ibu berikan kebenaran untuk kakak keluar dari Akmal lepas kakak mintak kakak nak sekolah… sebab ibu tak nak paksa kakak…. ibu pergi kerja macam biasa, tak pergi hantar kakak ke akmal.. tiba2 petang kakak call cakap nak pergi ke Akmal dah lambat.. nangis2 kata sayang dan rindu kat AKMAL..

huhuhu tak faham ibu apa yang kakak nak, kejap nak behenti kejap sayang dan suka belajar kat situ… ibu tahu kakak stress dengan due date 😌😌 . Waktu tu ibu tak henti-henti bercerita, percayalah keajaiban boleh berlaku dan ajar kakak cara untuk menciptakan ke Ajaiban… ’law of projection’ @ law of attraction.. macam mana yang kita nak kita kena bayangkan dahulu yang kita dah dapat, dan kakak dan ibu dah naik pentas, dah pergi ke majlis convo kakak… bersangka baik dengan Allah, dan selalu berfikiran positif..

Ibu ajarkan tips yang ibu sendiri belajar untuk kakak ciptakan keajaiban dalam hidup kakak…

ini antara tips yang saya suruh Khadeeja buat :

  1. kakak kena sembahyang taubat minta ampun dengan Allah atas segala dosa yang pernah kakak buat dan STOP Buat DOSA !!! sebab kita nak buka perisai ,perisai ini adalah dosa yang menjadi penghalang kepada apa yang nak Allah berikan kepada kita .Lepas perisai di buka barulah senang rezeki dari Allah akan sampai pada kita tanpa di sangka-sangka.
  2. dapat berapa muka surat pun hari tu kakak kena Syukur dulu… syukur sebanyak-banyaknya atas segala nikmat yang Allah kasi. Nikmat sihat, nikmat ada ahli group yang best, nikmat ada ustazah ramizah yang memahami dan penyayang. Lagi banyak kita ucap terima kasih kat Allah lagi banyak Allah akan kasi dekat kita.
  3. Doakan kepada kawan-kawan yang lain agar cepat hafal dan juga cepat khatam…Bukan hanya doakan untuk diri sendiri shj..
  4. Buat sebanyak mana pahala atau sedekah, tolong kawan2, senyum, bersalam, ajar kawan-kawan yang lain, share makanan, doakan kawan2 dan, berkata-kata baik juga adalah sedekah.

Ini lah serba sedikit yang boleh saya share untuk yang bertanya.. Ada yang bertanya apa amalan saya.. yang tu saya sangat sedih untuk menjawab…

Tak ada amalan yang dapat saya berikan utk di jadikan contoh, tapi asbab anak saya masuk ke Tahfiz Akmal, saya juga cuba utk menjadi yg torbaik.

Sebab asbab dan akibat kakak masuk ke Akmal, jika dia cakap dia bagun awal pukul 5 pagi atau lagi kadangkala dia bercerita seawal 4 pagi, menyebabkan kami juga terjentik untuk bagun lebih awal, asbab dan akibat kakak setiap hari mengaji kami juga cuba utk mengaji setiap hari, dan saya mencari guru juga utk berguru dan belajar tajwid…

Moralnya kita tak boleh nak paksa anak untuk buat apa yang kita nak, tapi kita sendiri tak cuba juga nak buat… kita kena turut sama cuba utk buat.. khadeeja pernah bercakap, ibu cuba lah pula hafal surah ni, ingat senang ke… ibu nak suruh kakak je.. tapi kenapa ibu tak jadi hafizah juga… bila dia cakap mcm tu baru terfikir kenapa aku sendiri tak cuba dan doa utk jadi tahfiz juga.. InSyaAllah saya juga mahu mencuba suatu hari nanti.. amin!
.
Asbab kakak juga cakap, ibu perlu bawa keluar maryam belajar dari Sekolah Cina kerana suasana dan environment di sekolah cina dengan sekolah sekolah agama tak sama.

Energy yang sama menarik antara satu sama lain

Suratan atau kebetulan.. tapi itu lah yang terjadi sewaktu menghantar kakak di Tahfiz Akmal, kami tak tahu siapa pun yg akan dihantar ke sana… mulanya kakak sahaja yang pergi.. dan sewaktu hari pertama kami bertemu dengan Pn Nini yang anaknya belajar Abacus bersama-sama dengan anak saya dahulu sewaktu kecil… tempat yang sama bertemu kembali setelah 5-6 tahun tidak bertemu.. dan merupakan hanya kami berdua dari kemaman waktu itu menghantar anak ke sini sewaktu batch ke2.

Allahamdulillah, Pn nini banyak membantu kami, kadangkala anak kami terpaksa menumpang pulang kerana kami outstation dan tidak dapat mengambil kakak di Tahfiz AKMAL.

Mulanya ibu mintak kakak cuba untuk menjadi hafiz sewaktu birthday ibu 29/ Jan, tetapi waktu itu kakak tak berjaya… dan kakak dah sedih sebab macam-macam dugaan berlaku..

Ibu minta lagi kakak cuba untuk menjadi hafizah sewaktu birthday kakak 24/Feb, waktu ni kakak memang di fasa yang sangat down.. sebab ramai group kumpulannya yang lelaki memang sangat laju dan berjaya menjadi hafiz..

Waktu birtday ni memang ibu hanya mampu call.. takut jika pergi ke AKMAL kakak akan menangis mahu keluar sebab malu jika tidak dapat menjadi hafiz dalam masa satu tahun… sebab beberapa hari sebelum birtday kakak, ibu dah call cakap minta maaf ibu tak dapat datang dan ibu akan hantar kek untuk kakak…
.
24/Feb
Waktu hari birtday kakak, waktu ni kakak call nangis-nangis cakap susah… bimbang tak dapat habiskan dlm masa 1 tahun… waktu tak tahu nak cakap apa dah hanya doa supaya dia diberikan keyakinan dan semangat yang luar biasa kembali.. waktu orang pergi hantar hadiah ni dia cakap kakak tengah sedih baru lepas kena talbiah kot? 😅

Padahal waktu tu kakak tengah call bercakap dengan ibu…nangis2 sbb takut malu… ketinggalan dari adik2 yang lebih muda dari dia yang berjaya menjadi hafiz. Rifqi kawan satu group kakak dah khatam 30 juzuk, tu dia sedih sangat tu, makin kurang kawan2 lama dlm group ustazah Ramizah.

Khadeeja bersama Ustazahnya

Allah maha hebat perancanganNya..

Allah maha hebat perancanganNya.. sedang elok sehari sebelum pengumuman semua pelajar perlu dibawa balik kerumah sebab virus Covid-19 ni, kakak berjaya menamatkan hafalan 30 juzuk Al-Quran..

16/3/2020

Kakak berjaya khatam dalam masa 10 bulan 23 hari.. sehari selepas itu semua sekolah, madrasah dan seluruh cawangan AKMAL di Malaysia kena tutup dan balik..
Terharu dan bersyukur sangat..


Sekarang misi untuk mengekalkan hafalan, kakak cakap nak buat Syahadah lagi di AKMAL.. ibu dah rindu nak kakak duduk di rumah.. apa-apa pun semuanya atas pilihan kakak.. ibu ikut sahaja.
.
Sekarang pun AKMAL mengambil pendekatan belajar di atas talian secara zoom supaya anak-anak yang lain tidak membazir waktu cuti di rumah.. bagusnya Ustaz dan ustazah berfikir banyak cara untuk memastikan visi dan misi terlaksana walaupun banyak dugaan yang dihadapi. Di doakan semoga ustaz dan ustazah cekal dan diberikan kemudahan dalam melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah ini.

Terima kasih kakak sebab sudi merialisasikan impian ibu dan abi. Kakak banyak berkorban dan memahami keadaan ibu yang kurang masa bersama dengan anak-anak. Kakak dah menjadi contoh untuk adik2,  semua pun dah pasang angan-angan nak jadi macam kakak..

Bukan ibu tak sayang atau tak rasa happy dgn pencapaian yang kakak buat, tapi ibu tak sempat nak tulis kat muka buku ni.. banyak posting yang ibu mmg tak suka untuk menulis dan share di alam maya ni.

Muahhh.. sayang kakak ketat ketat….

Tujuan posting ini adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua parents yang nak anak menjadi tahfiz dan hafizah.. jangan berhenti berdoa dan berharap…miracle can happen 😊❤️

Sumber Dari FB: Syarifah Fazlina

3 thoughts on “10 Bulan 23 Hari Misi Menjadi Hafizah. Ibu ini Berkongsi Tips dan Pengalaman Mencabar Support Anak jadi Hafizah Al-Quran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *