3 Tips Bagaimana cara mudah menghafal Al-Quran – Oleh Imam Muda Fakhrul

Assalamualaikum….wbt.. Hari ni kami ingin berkongsi 3 Tips Bagaimana cara mudah menghafal Al-Quran Kareem. bagi memudahkan anda menghafal Kalamullah…

  1.  Yang pertama Pilih masa yang sesuai dengan diri kita

    Kebiasaannya manusia mempunyai kekuatan dan kebolehan berbeza, jadi cari rahsia kelebihan dan kekuatan yang ada dalam diri kita, apakah kekuatan diri kita. ada orang sesuai menghafal pada waktu subuh, ada yang mempunyai kekuatan menghafal pada waktu asar, atau mungkin lepas maghrib, ada yang waktu sangat sesuai pada waktu pagi sebelum subuh.. So pilih waktu yang sesuai dengan diri kita untuk kita menghafal Al-Quran. cuba cungkil dan cari kekuatan dalam diri kita, insyAllah kita akan mudah menghafal Al-QURAN dengan baik.
  2. –  Tips yang kedua bagi memudahkan kita menghafal Al-Quran adalah kita wajib memberi fokus yang tinggiKalau kita menghafal Al-Quran, Contohnya kita target untuk hafal satu muka surat dalam tempoh masa setengah Jam, jadi pastikan target kita pada 15 minit yang pertama kita hafal 7 baris, dalam tempoh masa yang berharga itu, azam kuat-kuat dalam diri bahawa, walaupun ada gempa bumi sekali pun, Aku tetap takkan berganjak untuk menguasai hafalan 7 baris tersebut. takkan berganjak.. jadi FOKUS paling penting dalam usaha untuk menguasai hafalan Al-Quran.
  3. Yang ketiga kita harus mempunyai sifat sabar yang Tinggi.
    Sabar adalah faktor utama kejayaan orang yang ingin menghafal Al-Quran, Sabar wajib untuk berjaya menghafal Al-Quran… kadang-kadang ketika kita nak memberi fokus untuk menghafal Al-Quran, kita didatangi dengan gangguan.. kadang-kadang kita mudah sangat berkhayal serta termenung, Jadi Wajib sabar!! jangan ada gangguan ketika usaha menghafal Al-Quran.. kalau boleh cari tempat yang sesuai buat kita.. mungkin tempat yang sunyi.. mungkin tempat yang terasing daripada orang lain… ingat!! Smartphone letak jauh-jauh dahulu.. offline sementara sewaktu nak menghafal.. ataupun kalau boleh letak dihujung dunia..

insyAllah…kalau kesemua syarat ini dipenuhi. kita boleh boleh mencari kekuatan dan kelebihan diri, mencari waktu yang sesuai, boleh memberi fokus yang tinggi dan boleh bersabar dalam usaha menghafal Al-Quran.. insyAllah… kita akan dapat istiqamah dalam menghafal Al-Quran.. semoga 3 Tips Bagaimana cara mudah menghafal Al-Quran ini memberi manfaat buat penghafal-penghafal Al-Quran.

InsyAllah jika tulisan ini bermanfaat buat anda.. sebar-sebarakan…

Layari Website Akademi Al-Quran Amalillah, Tahfiz yang kami yang bangunkan menggunakan sistem Hafiz Setahun InsyALLAH..
Layari : www.hafizsetahun.com

ingin menyumbang?
https://youtu.be/S0pHD0Ni-lc

 

1 thought on “3 Tips Bagaimana cara mudah menghafal Al-Quran – Oleh Imam Muda Fakhrul

  1. Zul Yusoff

    KELEBIHAN MEMBACA & MENGHAFAL AL-QURAN:

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh dengan sebab kitab (al-Quran) ini, Allah akan mengangkat sekelompok kaum dan dengannya pula Dia akan merendahkan sekelompok kaum yang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

    https://www.facebook.com/kaedahmaxquran/

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *