
Subhanalllah.. Bacaan yang menggentarkan jiwa oleh adik Kayla, seorang hafizah cilik dari Indonesia yang sangat celik hatinya.
Sangat berbeza orang yang tiada dosa membaca Al Quran berbanding orang yang berdosa membacanya, membuatkan saya sebak terketar ketar dan speechless. Inilah tanda kekuasan Allah yang memberikan Al Quran kepada sesiapa saja yang benar benar mahukannya..
Pertemuan yang tidak dirancang bertemu dengan adik Kayla di butik sahabat Imam Muda Hassan Adli yang juga bermurah hati menghadiahkan pakaian kepada keluarga adik Kayla dan juga Team Syabab Care. Mohon maaf bacaan saya terketar ketar sehingga tersalah makhraj kerana terkesan dgn bacaan adik Kayla.. Tak tahu kenapa, saya jarang terketar-ketar ketika membaca Al-Quran depan orang lain..
PASTI KERANA BANYAKNYA DOSA ?
Semoga anak anak pelajar Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL juga mampu menjadi sehebat Kayla, InsyaAllah…