
Alhamdulillah… Syukur pada Allah SWT, semalam 3 orang pelajar serentak hafiz 30 juzuk Al-Quran… 7 Bulan 2 Hari Sahaja Sudah Mampu Hafal 30 Juzuk Al-Quran.. Semangat Amir Memang Luar Biasa
dalam kesibukan admin untuk menyiapkan beberapa prasarana bagi menerima pertambahan pelajar baru bagi sesi 2020, agak sedikit terlewat untuk berkongsi saat kegembiraan ini dengan rakan blog Akademi AKMAL…
Salah seorang Pelajar yang berjaya khatam semalam itu adalah Adik Amir Fuhairah bin ahmad syukri.. baru berusia 10 tahun.. Hafiz 30 juzuk Al-Quran pada puku 11.30 pagi, bertarikh 29/9/2019..
Hafiz dalan tempoh masa 212 hari bersamaan 7 bulan 2 hari …
MasyAllah… benih yang ditanam pada awal tahun sudah mula boleh dipetik insyAllah…. Amir si pelajar montel comel ini memang mempunyai banyak karenah juga.. Kata Guru kelasnya, dia selalu minta untuk dikurangkan bilangan muka surat sabaq hafalan baru, dan kadang-kadang, jika apa yg dia nak capai tu tak dapat, dia merajuk panjang dan tak mahu menghafal.. seorang pelajar yg sensitif, mudah terasa bila ustazah marah dan tegur kesalahannya.
Pada awal permualaan menghafal, Amir agak lemah dan sukar nak menghafal.. masa hafal surah Al-Muthafifin di juzuk 30, Amir terpaksa mengambil masa 4 hari untuk ingat keseluruhan surah yang hanya satu muka surat lebih itu….
Alhamdulillah.. kelebihan Amir Berjaya di cungkil oleh para guru.. dia menjadi seorang pelajar yang mempunyai semangat yg luar biasa.. amir sentiasa berusaha menambah hafalan harian setiap hari.. selalu berebut mahu jadi imam utk rakan2 di waktu solat dan mempu memberi fokus dalam menghafal Al-Quran…
Amir suka menjadi ketua, sesuai dengan namanya.. seorang yang sentiasa ingin menjadi orang yg pertama dalam semua perkara termasuklah dalam mengejar bacaan Sabaq, sabqi dan lain2..
Amir berjaya khatam mendahului kawan2nya yg lain.. Target khatamnya adalah pada 18/10 ini.. Tetapi disebabkan keazaman dan motivasi yg tinggi, amir berjaya khatam lebih awal dari tempoh tersebut. Hari ini Amir membuktikannya… tersenarai sebagai pelajar ke-3 khatam pada tahun ini… Alhamdulillah….
Banyak yang ingin dikongsi tentang Amir… apapun sama-sama kita mendoakan Amir.. agar terus memantapkan lagi hafalan Al-Quran dan dengan membuat Sijil Syahadah Al-Quran.. doakan semoga Amir menjadi ulama Al-Quran yang berjaya suatu hari ni..
kami semadikan kenangan indah bacaan Sabaq Akhir dalam video dibawah.. moga menjadi inspirasi pada semua.
Terima kasih buat semua Ustaz Ustazah yang membimbing Amir.. khususnya buat guru kelasnya Ustazah Ramizah yang sentiasa komited dalam tugas mendidik pelajar2… kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan… tahniah kerana sentiasa berdoa dan bersabar.. pengorbanan yg luar biasa.. pastinya membuahkan hasil yg luar biasa…
#Missioncomplete
#AkademiAlQuranAmalillah
#Hafizsetahun
#Done30Juz