Rasa Tercabar Bila Tengok Kawan-Kawan Berjaya Hafiz 30 Juzuk, Nurul Amna Berjaya Hafiz dalam tempoh 6 Bulan

ROAD TO MAJLIS KHATAM QURAN, HAFLAH TAKRIMI KALI KE-2

Alhamdulillah.. Road To Majlis Hari Graduasi Huffaz, Haflah Takrimi kali ke-2, yang bakal disambut pada 21 March Semakin terasa…

Hari ini para pelajar Akademi Akmal juga semakin bersemangat..
Masing2 membuat pecutan akhir.. mencurahkan segala tenaga dan usaha untuk mencapai misi menuju garisan penamat untuk sama-sama bergraduasi bersama kawan-kawan…

JUTAAN TAHNIAH BUAT NURUL AMNA.. Menjadi pelajar pertama yang awal berjaya sampai ke garisan penamat di tahun 2020 ini…

Bermula pada 29/4/2019 dan berjaya khatam 30 Juzuk AL-QURAN pada 13/1/2020 yang lalu..

Walaupun baru je berumur 13 tahun dan mendaftar lewat 4 bulan berbanding kawan-kawan. Nurul Amna berjaya menyaingi kawan yang lain..

Inilah bukti kehebatan Al-Quran.. Allah kurniakan anugerah terhebat ini pada mereka yang gigih berusaha dan sabar. Nurul Amna berjaya dengan mengambil tempoh hanya 6 bulan 14 hari, Bersamaan 194 Hari.

Inspirasi buat kawan-kawan yang lain..

Nurul Amna sangat banyak kelemahan di peringkat awal, Kata Ustazah Umi, “Amna ni ada masalah, suaranya yang sangat perlahan time menghafal & tasmik.. selalu saya tegur sebab bacaan perlahan sangat.. dan selalu kene marah kerana suka sembang dalam kelas pada waktu malam… jadi sebab utama Amna selalu tasmik lambat..”

 

Ustazah Jumpa Amna face to face & nasihat Amna .. Supaya sedar dan lebih serius dan perbaiki sikapnya…

Kebangkitan Amna

penghujung 2019.. dah ramai mula berjaya Hafiz Quran.. bila ramai kawan dah khatam, Amna baru sedar dan mula bangkit, dia mula rasa tercabar…
Barulah Mula nampak hasil hafalan yg semakin bagus & tidak sambil lewa mengulangi perbuatan yg lama..

Tahniah Nurul Amna, kerana telah berjaya mendidik diri supaya lebih yakin pada pada diri dalam mencapai impian..
Moga Sentiasa tabah & sabar dalam apa sahaja cabaran yg di hadapan ..

Jutaan Tahniah buat Nurul Amna kerana berjaya menjadi seorang Hafizah Al-Quran…. Tahniah juga buat Ustazah Umi, buat Ibu dan Ayah Amna yang sentiasa memberi dorongan yang tidak putus-putus pada Amna.. Faktor peka dengan perkembangan anak dan sentiasa memberikan moral support menjadi penguat semangat Amna.. tidak lupa buat kawan-kawan Amna yang menjadi salah satu pencetus api semangat Amna khatam dan bergraduasi bersama…

Sekarang Amna sedang berusaha untuk sambung murajaah hafalan ke peringkat syahadah pula… Doakan Cahaya Impian ini Nurul Amna..

https://youtu.be/xFABsJr9F7k

Di Pihak Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL.. kami doakan Amna akan terus berjaya di masa akan datang…

“Setahun Menempa Sejarah Kegemilangan bersama AL-QURAN”

#MissionComplete
#SetahunMenempaSejarah
#AkademiAlQuranAmalillah
#DoneHafiz30Juzuk

www.hafizsetahun.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *