Pernah Beberapa Kali Minta Berhenti, Berkat Kesabaran dan Nasihat Guru, Insyirah Berjaya Hafiz 30 Juzuk Dalam Tempoh 8 Bulan

ANUGERAH SABAR YANG TINGGI NILAINYA..
Subhanallah.. Alhamdullillah…. Allah Akbar..
Ucapan Syukur Bagaimana Lagi yang mampu Kami Ucapkan….

Insyirah seorang pelajar yang tenang dalam berkata².. sentiasa bersemangat dalam mengambil nasihat dari guru²..

ketika merasakan dirinya lemah, dia tahu apa nak buat.. insyirah akan cepat cari Mudir untuk mendapatkan khidmat nasihat dan motivasi..

Dulu… di peringkat awal berada di Akademi AKMAL.. dia belum jumpa kekuatan dalam dirinya.. pernah beberapa kali jumpa Mudir dan Musyrif mengadu ingin berhenti menghafal Al-Quran di Akademi AKMAL.. tetapi setelah di gilap dan beri semangat.. Insyirah menjadi cekal dan kuat menghadapi setiap ujian…

insyiarah sesuai dangan namanya.. memilih Surah Yasin sebagai menamat Sabaq Akhirnya.. katanya Surah Yasin adalah hati AL-Quran.. Semoga Ayat Suci Surah Yasin melapangkan hatinya..

berkongsi pengalaman mendidik insyirah, Kata Ust Nuzul guru kelasnya.. “setiap kali mahu hafal surah baru.. dia akan perhatikan ayat2nya dan akan tanya.. ustaz, surah ini susah tak?.. jadi saya cakap, jangan fikir banyak, buat dulu baru tahu.. kalaulah susah, itu perkara biasa..

dia angguk kepala dan cuba baca walaupun hanya dapat hafal setengah muka surat
jarang nak kata saya letih ustaz.. ungkapan yg memang jarang keluar dari mulut insyirah.
dia akan sebut penuh semangat, Saya cuba baca ust dan usaha..

Anak cekal berpurdah ini jadi kekuatan pada kawan².. insyirah selalu ajar kawan² menghafal.. bagaimana teknik dia menghafal cara cepat.. apa yg buat kami tersenyum, kata2nya yg penuh bersemangat.. Katanya saya taknak setahun ustaz, saya nak hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh kurang dari tu..

Tahniah juga buat kedua ibubapa dan opahnya.. insyirah selalu bercerita tentang opahnya dan ibubapa..ini menjadikan sebahagian semangat dia menuju kejayaan..

Tahniah Cahaya Kelapangan hati kami.. Tahniah Nur Insyirah Bt Ahmad Hilmi Kerana Cekal Dan kekal berusaha hingga berjaya..
moga semangat ini menjadi penguat yg menyinari para pelajar2 lain sampai bila2…

#MissionComplete
#RoadToHaflahTakrimi
#Haflahtakrimi
#Hafizsetahun
#AkademiAkmal
#SetajunMenempaSejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *