5 Ciri-Ciri Yang Ada Pada diri Pelajar Yang Berjaya Hafiz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh Setahun

syukur pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam usaha untuk mencapai Misi  untuk hafiz 30 juzuk al-quran ini, wajib  bagi para pelajar untuk sentiasa peka dan komited untuk mencapai misi,  Saya sangat suka bila Mana melihat para pelajar yang sentiasa komited untuk berjaya. Komited dan istiqamah dalam usaha.

Orang yang komited insyAllah berjaya, asasnya adalah komited, komitmen kita untuk mencapai Misi dan komitmen kita untuk sentiasa bersedia untuk belajar.. Belajar dengan guru-guru, belajar dengan ustaz ustazah, bersedia untuk belajar apa sahaja yang bakal diajar oleh guru-guru. semuanya berniat untuk untuk membantu anda untuk berjaya

Walaubagaimanapun,  sepanjang pemerhatian sepanjang  3 tahun di Akademi AKMAL, ada empat ciri utama  pelajar yang berjaya hafiz 30  juzuk dalam tempoh setahun.
mungkin boleh dijadikan pedoman bagi mereka yang berminat untuk menghafal Al-Quran.

1- Ciri yang pertama adalah mereka yang sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu Al-Quran

Mereka yang benar-benar ikhlas untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran, keinginan dan keikhlasan yang datang dari hati, Bukan kerana nak menginginkan sesuatu, benar-benar ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mahu menjadi Hafiz Al-Quran tanpa dipaksa oleh ibu, tak pernah dipaksa oleh Ayah, juga tak pernah rasa dipaksa oleh adik beradik. keinginan diri sendiri hafiz 30 juzuk Al-Quran, ikhlas kepada Allah Ta’ala yang hadir dari dorongan yang kuat dari ibubapa.

2- Ciri yang kedua bagi pelajar yang berjaya mencapai Hafiz 30 juzuk al-quran dalam tempoh setahun ataupun kurang dari tempoh setahun adalah mereka yang mempunyai semangat yang gila-gila luar biasa

Semangat Yang Luar Biasa Inilah akan melahirkan satu tindakan yang luar biasa, tindakan yang akan mengeluarkan tenaga Luar Biasa, orang yang berusaha bersungguh-sungguh ini  Insyaallah mereka akan berjaya

Tak mungkin usaha yang biasa-biasa akan melahirkan result yang luar biasa. tempoh biasa bagi manamatkan 30 juzuk Al-Quran selalunya 3 tahun. Ada juga yang sampai 4 ke 6 tahun, Barulah khatam 30 juzuk Al-Quran. Bagaimana para pelajar mampu hafal 30 juzuk al-quran dalam tempoh setahun atau kurang? di Akmal ada pelajar yang berjaya dalam setahun, ada yang 12 bulan, ada yang lapan bulan, ada yang lima enam bulan, dan ada yang pantas sehingga mencapai hasil dalam tempoh 3 bulan. MasyAllah, Isunya adalah mereka wajib berusaha bersungguh-sungguh. Gandakan usaha 200 peratus, 300 peratus, bukan lagi 100 peratus kesungguhan untuk komited untuk mencapai misi Hafiz 30 juzuk al-quran.

3- Mereka yang banyak berdoa pada Allah untuk berjaya mencapai misi Hafiz

Doa sentiasa menjadi senjata

“DOA” adalah senjata bagi orang beriman, kuasa doa amat penting yang kadangkala dipandang ringan oleh ramai orang. Mereka yang khusyuk dalam berdoa, sentiasa berusaha bangun malam, solat dhuha, sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, minta Supaya Allah tunjukkan jalan untuk berjaya menyelesaikan misi 30 juzuk al-quran dalam tempoh setahun atau kurang. Memohon bantuan doa daripada Keramat-Keramat hidup mereka seperti ibu ayah, adik-beradik yang sangat mengasihi kita. Doa dari orang-orang sekeliling kita yang sayang kepada kita, doa  dari guru-guru, dan yang paling penting,  diri sendiri kena sentiasa berdoa untuk kejayaan kita Hafiz 30 juzuk al-quran.

4. Keempat pula adalah dengan mengatur strategi dalam memahami rentak usaha

Strategi adalah kunci bagaimana sesuatu yang dianggap impossible manjadi posible.
contohnya :-

  • strategi bagaimana untuk memahami faham game kita atau permaianan kita
  • Memahami rentak usaha kita.
  • memahami kekuatan dan kelemahan diri kita.

Sentiasa ada sesi perbincangan strategi akademi tahfiz akmal

Kalau kita tahu bagaimana permainan atau game kita, jalan untuk hafal Quran 30 juzuk al-quran ini akan menjadi lebih mudah, segalanya dalam tangan kita. tak susah untuk berjaya mencapai misi Hafiz dalam tempoh setahun atau pun kurang, Yang paling penting kita mesti ada strategi.

Ketahui kekuatan dalam diri kita, waktu mana kita mudah untuk menghafal, dan waktu mana paling sesuai untuk kita menghafal. waktu mana kita sesuai menghafal sabaq, sabqi dan manzil, kerana setiap orang mempunyai kelebihan dan kekuatan yang berbeza.

5- Mereka yang mempunyai ciri-ciri yang sangat menghargai masa dan tamak haloba

Tak mudah berasa cukup dengan apa yang mereka dapat, pelajar wajib sentiasa bersyukur dengan hasilan yang mereka dapat, tetapi selepas syukur, mereka berusaha lebih kuat untuk hasil yang lebih baik.

sentiasa tamak dalam persaingan

Kalau hari ini hafal dua muka surat, Esok nak tiga muka, kalau esok tiga muka, lusa upgrade jadi 4 muka surat. Apabila melihat kawan-kawan yang hafal lebih banyak, rasa dengki dan terbakar dalam diri untuk usaha yang lebih baik.

Allah bersumpah demi masa, bahawa semua manusia itu dalam kerugian, yang terselamat dari sumpahan ituadalah mereka yang beriman dan beramal soleh, menghafal Al-Quran termasuk dalam ketogeri amal soleh.

Sabda Nabi SAW:

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ

Maksudnya: Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang dikurniakan ilmu tentang al-Qur’an dan dia membacanya sepanjang malam dan siang, serta dengki terhadap seseorang yang dikurniakan harta dan dia menginfakkannya (ke jalan Allah SWT) sepanjang malam dan siang.

Sahih al-Bukhari (7529) dan Sahih Muslim (815)

Sebab itulah, menjadi kunci kejayaan di Tahfiz kami Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL adalah dengan MENDORONG para pelajar agar sentiasa bersemanagat dan menghidupkan suasana  kejar mengejar, dengki mendengki, serta tamak haloba dalam usaha mencapai misi hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun  ini.

Ustaz doakan anda semua berjaya mencapai misi Hafiz 30 juzuk al-quran dalam tempoh yang telah kita tetapkan insya-allah wallahualam

#tamakhaloba
#dengkiyangbaik
#kejarmengejar
#mestiberjaya
#Hafizsetahun
#kejayaantidakdatangbergolek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *