
BAGAIMANA SEORANG PAKAR MELAHIRKAN PAKAR DALAM BIDANGNYA
.
Dalam dunia dakwah ni.. untung dapat kenal Ramai orang.. banyak pengalaman yg dapat saling berkongsi.. hari ni berkenalan lak ngan Bro Zamri ni dan beberapa orang rakan segurunya seperti Shah kirit, Bro Kamaruzzaman, Bro Syarif dan lain-lain.

Bersama Bro Zamri salah seorang Murid Dr Zakir Naik di Malaysia
Mereka ini lahir dalam bidang dakwah bermentorkan Dr Zakir Naik, Saya agak rasa takjub dengan produk-produk yang dilahirkan oleh Dr Zakir Naik.. Seorang Pendakwah Hebat Dunia Hari ini.. dia bukan sahaja hebat dalam bidangnya.. bahkan berjaya melahirkan ramai anak didik yg menjadi pendakwah hebat sepertinya..
Ketika saya dan rakan2 berjumpa dengan Dr Zakir Naik, DR Zakir Naik memberikan kami tips penting bagaimana untuk menjadi pakar dalam bidang kita, Beliau membaca satu Firman Allah yang menjadi asas kepada perkara ini:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالٗا نُّوحِيٓ إِلَيۡهِمۡۖ فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Dan tidaklah Kami utuskan para Rasul sebelum kamu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan (ilmu) kepada mereka. Oleh itu bertanyalah (belajarlah) kamu dengan orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak tahu.
Surah An-Nahl, Ayat 43
Begitulah juga saranan salah seorang guru saya, Teringat kata-kata DAO, Jika ingin pakar sesuatu bidang, anda wajib mencari ilmu dari seorang guru atau mentor.. tetapi bukan hanya seorang mentor, tetapi carilah mereka yang bukan sahaja pandai mengajar.. bahkan mencari guru yang sememangnya sudah ada bukti atau result yang berjaya. dalam erti kata yang lain, guru yg melahirkan guru dalam bidangnya.. atau guru yang telah membuktikan apa yg dia cakap itu proven berjaya.
zaman dulu dalam sejarah islam.. zaman ketika sistem pengajian universiti masih belum wujud.. konsep menuntut ilmu adalah dengan merantau mencari ulama dalam bidang ilmu yg mereka mahu.. maka ketika itu lahirlah ramai para ulama yg sama hebat… Ulama’ yang berstatus mujtahid melahirkan mujtahid yang baru..
Contohnya seperti Imam Ahmad bin Hambal berguru dengan Imam Syafie, Imam Syafie pula berguru dengan Imam Darul Hijrah Imam Malik.. Imam malik pula berguru dengan sahabat-sahabat Rasulullah yang berguru dengan guru atau mentor teragong dari kalangan manusia iaitu Rasulullah Saw.
jadi hari ini, mungkin ada di kalangan kita yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Universiti. ia bukan bermakna kita telah gagal, kerana kita boleh kembali pada sistem terbaik ini. apa kepakaran yg kita mahukan.. jadi carilah guru dan mentor yg betul untuk berjaya…
Nak anak Hafiz AL-Quran dalam tempoh setahun? Kamilah mentornya.. Kami Usaha dan bantu anak-anak anda untuk berjaya mencapai misi itu insyAllah…
info di www.hafizsetahun.com
#MMM2020
#ZTM2020