Anak yang Bijak Akademik Atau Anak yang Soleh akan Berjaya? – YB Marzuk Shaary

Pada 4 April Yang lalu telah berlangsungnya Majlis Graduasi Haflah Takrimi AKMAL kali ke-2. Majlis yang cukup meriah di serikan lagi dengan majlis persmian yang telah disempurnakan oleh YB Marzuk Shaary, Timbalan Menteri Agama.
Haflah Takrimi pada kali ini benar-benar memberi kesan yang amat mendalam kepada para pengujung. dengan kejayaan luar biasa AKMAL apabila berjaya melhirkan 100 pelajar yang berjaya mencapai misi mereka hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun atau kurang ini .
Ucapan yang disampaikan oleh YB Timbalan Menteri benar-benar berjaya memberi semangat motivasi kepada seluruh peserta yang hadir. setelah majlis tamat, YB tim Menteri masih terus memberi semangat dan melahirkan rasa bangga ini di akaun facebooknya. katanya:-
Anak yang bijak akademik atau anak yang soleh akan berjaya?
Anak yang bijak dalam pelajaran mungkin akan mendapat pekerjaan yang baik, tetapi anak yang soleh, Allah jamin akan berikan kepadanya kehidupan yang terbaik.
Itulah sedikit nasihat yang saya kongsikan kepada anak-anak Tahfiz di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) pada hujung minggu lepas.
Jika sebelum ini, saya telah diberi penghormatan untuk menguji adik Nurul Amna binti Mohd Aminudeen Al Hafizah untuk Ujian Syahadah Tahfiz di pejabat saya.

Amna pelajar pertama berjaya shadah di AKMAL

Kali ini, saya sendiri telah turun ke Kemaman untuk menyaksikan sendiri adik Nurul Amna menerima Anugerah First Emperor Syahadah.
Mereka adalah generasi Soleh yang kita harapkan untuk meneruskan usaha pembinaan ummah khususnya di Malaysia. Mereka adalah permata berharga negara, aset yang amat penting untuk kita.
Semoga para huffaz ini akan terus digilap keupayaannya dan mampu melanjutkan ilmu agama bersekali bidang kepakaran idaman mereka demi melahirkan ulama professional dan professional ulama secara bersepadu sebagaimana yang telah dilakukan oleh para sarjana Islam terdahulu.
Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semua penuntut Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) kerana telah berjaya menamatkan pengajian dalam siri Haflah Takrimi kali ke-2 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *