
Disebalik kisah kejayaan 3 orang anak yang menjadi hafiz dan hafizah Al-Quran, terdapat sebuah kisah inspirasi perjuangan dan tekad pasangan ibu bapa yang hebat, Puan Shaini Razali dan Encik Roshaizad. Menariknya kisah ini adalah tentang bagaimana mereka berjaya mewujudkan impian mereka memiliki anak yang mencintai dan menghafal Al-Quran.
Perjalanan Puan Shaini dan Encik Roshaizah ternyata tidak mudah. Mereka menyedari bahawa menghafal Al-Quran adalah salah satu impian tertinggi yang ingin mereka wujudkan bersama. Pelbagai rintangan dan cabaran mereka terpaksa harungi, baik dalam kehidupan seharian mahupun dalam mencipta lingkungan yang kondusif bagi kelangsungan pendidikan agama anak-anak mereka. Ternyata, mereka tidak pernah kehilangan keyakinan.
Puan Shaini Razali dan Encik Roshaizad berkongsi usaha dalam memberikan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Mereka mengajarkan Al-Quran dengan penuh kesabaran dan cinta, mendukung setiap langkah kecil yang diambil oleh anak-anak mereka sehingga dapat bergelar Al-Hafiz dan Al-Hafizah.
Dengan Izin Allah SWT, anak pertama mereka berjaya khatam sewaktu berumur 14 tahun dan kemudian lulus ujian syahadah seawal umur 15 tahun.
“Teringat lagi, masa ustaznya whatsapp, anak dah lulus syahadah 1 hari tanpa kesalahan, menangis kami” – Pn Shaini
Kejayaan ini tidak terhenti pada anak pertamanya malah legasi kejayaan ini bersambung pula kepada kedua-dua anak perempuan mereka. Apa yang lebih mengagumkan lagi kedua-dua anak mereka bukan setakat berjaya khatam hafazan Al-Quran malah berjaya memecah rekod untuk khatam Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Mujahidah Nur Hanis Aisya berjaya khatam dalam tempoh 3 bulan 16 hari manakala Mujahidah Nur Sufi Harissa berjaya khatam hafazan dalam tempoh 3 bulan 29 hari. Bak kata Pn Shaini, cinta pada Al-Quran itu perlu ditanam sejak kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
“Anak-anak yang dididik dengan Al-Quran, mereka akan membesar jadi anak-anak yang taat. Kejutkan bangun, Terus bangun, suruh mengaji, terus mengaji.”
Berkat doa dan usaha yang tak kenal erti lelah, impian yang diidamkan selama ini bagi Pn Shaini dan Encik Roshaizad akhirnya bersinar. Anak-anak mereka akhirnya membesar menjadi hafiz dan hafizah Al-Quran yang disegani. Kebahagiaan mereka sebagai orang tua tak terbendung saat melihat buah hati mereka berdiri tegak di hadapan mereka, menghafal ayat demi ayat Al-Quran dengan indahnya.
Bagi mereka, pilihan untuk menghantar anak mereka ke Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) ternyata pilihan yang tepat. Dengan strategi yang disusun dan dibantu oleh pihak AKMAL, jalan untuk mencapai kejayaan bagi mengkahatamkan Al-Quran buat Mujahidah Nur Hanis Aisya dan Nur Sufi Harissa ternyata berhasil malah dengan hanya mengambil tempoh yang singkat.
Impian yang besar dapat dicapai dengan kerja keras, kesabaran, dan keyakinan yang teguh. Mereka adalah bukti bahawa sebagai orang tua, memberikan pendidikan agama kepada anak-anak adalah investasi terbesar yang dapat kita berikan bagi masa depan mereka. Tahniah buat Puan Shaini dan Encik Roshaizad atas kejayaan luar biasa anak- anak mereka.