Deman Disebabkan Stress, Murabbi Buat ‘Comeback’ Luar Biasa

Ilmu adalah cahaya dan pelitanya adalah guru. Tanpa cahaya pelita tidak ada makna, tanpa pelita cahaya tidak akan bergenang. Perumpamaan ini selayaknya dan sebetulnya ditujukan kepada insan yang menjadi tulang belakang dalam hidup. Selain ibu bapa, guru adalah definisi paling tepat dalam dunia pendidikan.

Kisah Murabbi Raziq, seorang Murabbi yang boleh dijadikan inspirasi Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) cawangan Shah Alam yang telah mengorbankan segalanya bagi melihat anak murid beliau berjaya khatam Al-Quran serta berjaya dengan cukup cemerlang dalam ujian Syahadah Al-Quran. Baru-baru ini Murabbi Raziq telah diamanahkan untuk membimbing 2 orang pelajar AKMAL cawangan Shah Alam iaitu Mujahidah Humairah Zini dan Mujahidah Safiyah Zara untuk menjalani ujian Syahadah Al-Quran.

Humairah Zini (kiri) dan Safiyah Zara (kanan) bergambar bersama Murabbi Raziq dan sahabat-sahabat halaqah syahadah Murabbi Raziq

Pelbagai cabaran yang dikongsikan sendiri oleh Murabbi Raziq untuk membimbing 2 anak didik beliau yang cukup bertuah ini. Antara kekangan dan cabaran yang dikongsikan oleh Murabbi Raziq  sendiri adalah kekangan masa sepanjang mengendalikan dua orang pelajarnya itu selain pelajar-pelajarnya banyak yang tidak ingat hafalan dek kerana cuti yang lama.

Antara cabaran yang besar buat Murabbi Raziq adalah beliau diuji dengan demam hampir seminggu disebabkan stress dan juga tidak cukup rehat. Lebih kuat ujian tersebut kerana 5 hari sebelum Mujahidah Humairah Zini dan Mujahidah Safiyah Zara menjalani ujian syahadah Al-Quran, Murabbi Raziq diuji dengan ujian sedemikian.

Setiap ujian pada awalnya pasti Allah SWT sudah sediakan kemanisan pada penghujungnya. Alhamdulillah kedua-dua anak didik Murabbi Raziq tadi berjaya dengan cemerlang dalam ujian Syahadah Al-Quran pada 31 Mac 2024 dan 1 April 2024. Ini membuktikan bahawa setiap kejayaan yang ditempa oleh seseorang pasti ada guru yang lebih hebat pengorbanannya demi melihat anak didiknya berjaya sehingga tahap yang tertinggi. Syahadah Al-Quran merupakan ujian yang paling tinggi bagi sesiapa yang berada di dalam dunia Hafazan Al-Quran.

Murabbi Raziq bersama keluarga Humairah Zini dan Safiyah Zara

Kekuatan dan semangat dalam meneruskan perjuangan melahirkan legasi huffaz Al-Quran sentiasa berkobar di dalam diri Murabbi Raziq. Layaklah juga beliau juga dinobatkan sebagai Murabbi terbaik sempena Haflah Takrimi pada tahun lepas. Mungkin tahun ini juga?

Haflah Takrimi kali ke-5, 1 Jun 2024. Mungkinkan Murabbi Raziq kembali mengisi kerusi Murabbi Terbaik tahun ini?

Inspirasi melalui teladan adalah guru terbaik. Didoakan Murabi Raziq dan seluruh team Murabbi seluruh cawangan AKMAL sentiasa semangat dan tidak jemu menabur bakti kepada anak-anak pelajar AKMAL. InnShaaAllah dengan usaha dan komitmen yang gigih, harapan untuk melahirkan 3000 Huffaz setahun menjelang tahun 2027 akan tercapai.

PANTANG MENYERAH!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *