Pantang Menyerah Semarakkan Suasana Haflah Takrimi 2024

Tahun 2024 kembali dengan nafas baharu. Haflah Takrimi sudah memasuki juzuk yang ke-5 setelah 5 tahun diraikan secara gilang gemilang. Bermula pada tahun 2019 kali pertama Haflah Takrimi diraikan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu dan pada tahun ini tepat tanggal 1 Jun 2024, InnShaaAllah Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam bakal menyaksikan majlis anugerah yang penuh berprestij tidak lama lagi.

Mujahid dan Mujahidah yang berjaya di pentas Haflah Takrimi kali ke-4

HAFLAH TAKRIMI 2023 tahun lepas disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

‘PANTANG MENYERAH’, sinonim dengan kata tidak mahu menyerah atau tidak menyerah kepada keadaan sukar atau cabaran. Ini merujuk kepada sikap mental atau semangat yang kental untuk terus berjuang dan berusaha mencapai matlamat, walaupun menghadapi rintangan atau kesulitan. Orang yang mempunyai sikap pantang menyerah biasanya mempunyai tekad yang kuat dan ketabahan untuk mengatasi segala cabaran yang mungkin timbul dalam usaha mencapai kejayaan.

Haflah Takrimi kali ke-5 tahun 2024 ini bertemakan ‘PANTANG MENYERAH’ memberi gambaran yang sangat berkait rapat dengan kekentalan semangat para pelajar di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) yang sentiasa ingin ‘berlumba-lumba’ untuk menjadi seorang hafiz/ah dalam masa kurang setahun. Diselit juga dengan program Motivasi Mega yang akan berlangsung semasa Haflah Takrimi nanti pasti akan memberi kejutan kepada para hadirin yang akan hadir nanti.

Poster HAFLAH TAKRIMI pada tahun ini

Bertepatan dengan kisah duka saudara kita di Gaza, Haflah Takrimi pada tahun ini juga akan memberi tribute khusus buat saudara kita disana. Ini juga memberi seribu erti dan makna terhadap perjuangan pelajar AKMAL dalam mencapai misi mereka dan perjuangan rakyat Gaza dan Palestine yang tidak putus-putus dalam memperjuangkan tanah air mereka yang tercinta.

Haflah Takrimi tahun ini juga akan menampilkan seramai 99 atau lebih lagi mujahid serta mujahidah AKMAL yang akan diraikan di pentas graduasi yang paling epik itu nanti. Sesuai dengan penat lelah pengorbanan yang mereka lakukan selama ini untuk menjadi seorang huffaz Al-Quran, sudah pasti mereka tidak sabar untuk menunggu hari yang akan menjadi satu memori paling indah dan berharga di dalam hidup mereka nanti. Semoga Haflah Takrimi tahun 2024 pada 1 Jun 2024 nanti diberi kelancaran dan menjadi moment yang paling bermakna InnShaaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *