10 Tips Mudah Menjemput Rezeki

1.Taqwa kepada Allah SWT.

وَمَنْ يَّتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَلْ لَّهٗ مَخْرَجًا ۙ ٢ وَّيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۗ

Maksudnya: “Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (Surah At-Talaq, 65:2-3)

Sifat Taqwa kepada Allah SWT bermaksud mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dalam semua aspek kehidupan, termasuk segala hal-hal berkaitan termasuk perniagaan. Dengan memiliki integriti dan kejujuran, reputasi yang cukup baik akan terbina. Bercakap soal perniagaan di atas dunia, sifat bertanggungjawab serta integriti membawa kepada keberkatan terutama di dalam urusan jual beli sejurus membuka peluang untuk lebih banyak menjemput rezeki.

Sebagai contoh, sebuah syarikat yang sentiasa mengamalkan prinsip kejujuran dalam setiap transaksi perniagaan mendapat kepercayaan penuh daripada pelanggan mereka. Walaupun harga produk mereka sedikit tinggi, pelanggan tetap memilih mereka kerana yakin dengan integriti yang dipamerkan. Begitulah kesamaan maksud nilai taqwa atau dari sudut bahasanya adalah takut kepada Allah SWT dalam setiap perkara dengan maksud takut apabila tidak mematuhi perintahnya dan takut juga apabila dengan sengaja melakukan apa yang dilarangNYA.

2. Istighfar dan Taubat

(10) فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

(11) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا

(12) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

Maksudnya: “Maka aku berkata kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu…'” (Surah Nuh, 71:10-12)

Istighfar dan taubat adalah proses pembersihan diri dari dosa dan kesalahan. Dalam konteks perniagaan dan kehidupan, proses ini bermakna sentiasa memperbaiki diri secara ruhaniyyah Apabila seseorang mengakui kesilapan dan berusaha untuk memperbaikinya, ia membuka jalan kepada pembaharuan dan peningkatan. Selain itu, istighfar juga menarik rezeki dalam bentuk keberkatan dan peluang baru dalam pelbagai aspek.

3. Tawakkal kepada Allah SWT

وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ

Maksudnya: “Barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Talaq, 65:3)

Tawakkal bermakna mempercayakan segala hasil usaha dan mengembalikan segala usaha tersebut kepada Allah SWT semata-mata setelah melakukan yang terbaik. Ini memberikan ketenangan dan mengurangkan tekanan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Keyakinan bahawa Allah SWT akan mencukupkan keperluan kita membolehkan kita terus berusaha tanpa rasa putus asa kerana rasa keyakinan tersebut membawa kita kepadas

4. Silaturrahim

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: “Barang siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalin silaturrahim.” Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557)

5. Infaq dan Sedekah

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir biji…” (Surah Al-Baqarah, 2:261)

Manfaat kepada Perniagaan: Infaq dan sedekah adalah amalan mengeluarkan sebahagian harta untuk membantu orang lain. Ini bukan sahaja membersihkan harta tetapi juga menambah keberkatan. Sebagai contoh di dalam perkhidmatan perniagaan, terlibat dalam program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) menunjukkan komitmen kepada masyarakat. Ini meningkatkan imej perniagaan dan membina kepercayaan serta kesetiaan kepada pelanggan.

6. Syukur kepada Allah SWT

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ
Maksudnya: “……Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu….” (Surah Ibrahim, 14:7)

 Sikap syukur menanamkan rasa puas hati dan kebahagiaan dalam kalangan pekerja dan pemimpin perniagaan. Ini mencipta suasana kerja yang positif dan produktif. Selain itu, syukur menarik lebih banyak nikmat dan keberkatan dalam kehidupan. Hargailah dengan sekecil-kecil perkara, syukurlah dengan sekecil-kecil nikmat maka janji Allah SWT pasti akan ditambahkan dalam segenap urusan.

7. Solat dan Ibadah yang Khusyuk

وَأْمُرْ اَهْلَكَ بِالصَّلٰوةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَاۗ
Maksudnya: “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” (Surah Taha, 20:132)

Solat dan ibadah yang khusyuk adalah latihan disiplin diri yang sangat berkesan. Pekerja yang menjaga solat biasanya lebih berdisiplin, tepat waktu, dan berkomitmen dalam tugas mereka. Anak yang menjaga solat akan susah untuk berakhlak tidak baik kerana solat adalah tiang agama dan khusyuk di dalam solat adalah ibarat penyeri kepada tiang tersebut.

8. Berusaha dan Bekerja Keras

وَقُلِ اعْمَلُوْا فَسَيَرَى اللّٰهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُوْلُهٗ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ
Maksudnya: “Dan katakanlah: ‘Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu’.” (Surah At-Taubah, 9:105)

Usaha yang keras adalah kunci kejayaan dalam setiap sesuatu perkara. Dedikasi dan ketekunan dalam bekerja membawa kepada pencapaian dan kemajuan dengan kualiti yang terbaik. Ia juga memberi contoh yang baik kepada sesiapa sahaja, menginspirasikan mereka untuk memberikan yang terbaik dalam tugas masing-masing.

 

9. Bersedekah Secara Rahsia

إِن تُبۡدُواْ ٱلصَّدَقَٰتِ فَنِعِمَّا هِيَۖ وَإِن تُخۡفُوهَا وَتُؤۡتُوهَا ٱلۡفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ
Maksudnya: “Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu, maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu.” (Surah Al-Baqarah, 2:271)

Sedekah secara rahsia dapat menjaga keikhlasan dan melindungi daripada sifat riya’ sekaligus  membantu untuk berbuat baik tanpa mengharapkan balasan, yang seterusnya meningkatkan keberkatan rezeki. Keikhlasan dalam setiap perkara boleh mendatangkan kemanisan yang berterusan sehingga menjadikan matlamat untuk memberi itu lebih besar dan bernilai daripada tangan yang menerima.

Contoh: Ketua syarikat STU sering memberi sedekah kepada fakir miskin tanpa pengetahuan orang lain. Perbuatan ini mendatangkan keberkatan dan syarikatnya sering kali mendapat peluang perniagaan yang tidak disangka-sangka.

10. Doa dan Meminta Petunjuk

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ
Maksudnya: “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” (Surah Ghafir, 40:60)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *