
Setiap Hari kita dapat berita buruk tentang virus Corona… setiap hari penyakit makin berkembang dan menular.. jumlah kematian dah cecah lebih 600 orang.. nampaknya belum ada jalan penyelesaian.. di Malaysia juga setiap hari angka mereka yang dijangkiti pun makin meningkat.
Di hari minggu oriantasi pelajar baru Akademi AKMAL pada awal Fabuari 2020 pun Akademi Akmal mendapat ujian para pelajar dapat sakit demam dan batuk-batuk.. ada yang sampai termuntah-muntah.. cuak juga kami menangani masalah ini.. batuk dan demam ini terlalu cepat tersebar sehingga hampir separuh pelajar di cawangan Shah Alam dan bukit beruntung terkena batuk… Alhamdulillah… ujian ini telah berlalu.. walaupun batuk biasa.. tapi cuak juga..
jadi Admin ingin berkongsi 3 amalan pendinding diri yang mudah.. ajaran Nabi kita SAW. Walaupun nampak mudah, tapi yakin .. adan percayalah.. ajaran Nabi SAW adalah yang terbaik.. melebihi kehebatan doa-doa yang diajar oleh para wali-wali Allah..
ada banyak amalan doa dan zikir yang diajar oleh Rasulullah utk kita sebagai pendinding diri.. doa ini bukan bermakna kita menafikan usaha pencegahan moden.. Zikir kene amal.. yakin pada Allah.. dalam masa yg sama kebersihan dan pencegahan lain juga kene jaga.
1- Antara Doa yg mudah kita ingat diajar oleh Rasulullah Saw utk kita amalkan. Hadis Ustman bin Affan, katanya saya dengar dari Rasulullah dan berkata:
Siapa yang mengucapkan (Zikir dan doa) ini:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ
Maksudnya; Dengan Nama Allah, yang tidak dapat memberi mudharat dengan NamaNya sedikit pun apa yang terkandung di Bumi dan apa yang terkandung di langit.. dan dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui….
jika dibaca 3 kali, dia tidak akan ditimpa musibah bala mengejut sehingga waktu pagi..
dan jika doa itu dibaca di waktu subuh tiga kali, dia tidak akan ditimpa musibah mengejut sehingga waktu petang…
dalam Riwayat Abu Daud dan Tirmizi menyebut, siapa yg amalkan doa itu, dibaca 3 kali setiap hari waktu pagi dan petang , maka dia tidak akan ditimpa sebarang Mudharat keatas dirinya..
2. Amalan yang kedua, Hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim dari Abu Hurairah RA,
رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ، حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ تَضُرَّكَ
Maksudnya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.
3. Amalan yang ketiga yang ingin saya kongsi.. adalah Amalan Bacaan paling mudah.. Bacalah Surah Ahad dan Al-Muawwizatain.. Orang amalkan selalu 3 Qul.. Surah Ahad.. Surah Al- Falaq dan Surah Annas…
Hadis Abdullah bin Khabib RA.
عن عبد الله بن خبيب رضي الله عنه قال : خَرَجْنَا فِي لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآله وسَلَّمَ لِيُصَلِّيَ لَنَا ، فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ : ( أَصَلَّيْتُمْ ؟ ) فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ، فَقَالَ : ( قُلْ ) ، فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ، ثُمَّ قَالَ : ( قُلْ ) ، فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ، ثُمَّ قَالَ : ( قُلْ ) ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ ؟ قَالَ : قُلْ ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِي وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ ) .
Kata Abdullah bin Khabib, kami keluar pada waktu malam yang gelap dan hujan lebat.. dan memohon Rasulullah Saw mendoakan kami.
Kemudian Rasulullah tanya, kamu dah berdoa ke? aku diam tak kata apa2.. kemudian Rasulullah berkata, “Sebutlah!” aku tak kata apa2.. kemudian Rasulullah sebut lagi.. “Sebut!”
Kami tak kata apa2 lagi.. Kemudia Rasulullah sebut lagi ” Sebut!” kemudian kami sebut,
Ya Rasulullah… apa yang nak kami Sebut?..
Rasulullah bersabda..
قُلْ ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِي وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ ) .
sebutkan: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ dan dua ayat pendinding, bacalah 3 kali diwaktu petang dan pagi, cukup bagi kamu (untuk berlindung) dari apa sahaja..
Moga Bermanfaat…
senang je nak amalkan… ajaran terbaik didunia diajar Rasulullah..
sebar2kan yaaaa….
#Coronavirus
#CegahCoronaVirus
#Virus