Ucapan Istimewa CEO AKMAL | Ustaz Saifullah Hussain
Ibu bapa AKMAL yang dikasihi,
Ramadhan dah tiba!
Tapi persoalannya… adakah kita bersedia untuk menjadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan TERHEBAT dalam hidup kita?
Ini bukan sekadar bulan puasa. Ini bulan latihan! Ini bulan jihad! Inilah bulan Allah menguji kita untuk melihat siapa yang benar-benar berjuang untukNya!
Adakah kita akan jadi biasa-biasa dalam Ramadhan ini?
Atau kita mahu jadikan Ramadhan ini sebagai TITIK PERUBAHAN untuk diri kita, anak-anak kita, dan seluruh keluarga kita?
Kerana di AKMAL, kami memilih untuk berjuang! Kami jadikan Ramadhan sebagai BULAN MARATHON HUFFAZ!
1. Ramadhan: Bulan Peluang, Bulan Kemenangan!
Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah biasa. Ia adalah bulan yang Allah buka segala pintu rahmat, keampunan, dan kemenangan!
✅ Bulan untuk kita reset jiwa dan niat.
✅ Bulan untuk kita push diri habis-habisan dalam ibadah.
✅ Bulan untuk anak-anak kita bina stamina hafazan mereka!
Kalau mereka boleh hafal dalam keadaan lapar dan letih, mereka boleh hafal dalam apa jua keadaan!
Tapi persoalannya… sejauh mana kita nak mereka benar-benar push diri mereka?
2. Ramadhan: Bulan Ujian Pejuang Al-Quran!
Allah menguji kita kerana DIA nak kita naik level!
Nak dapat kejayaan yang luar biasa, kena sabar lalui ujian yang luar biasa!
Nak jadi Hafiz Al-Quran yang hebat, ujian pasti hebat!
Nak lahirkan pemimpin Al-Quran yang besar, mesti tempuh cabaran yang besar!
Ingat, pejuang tak lahir dari jalan yang mudah!
Di AKMAL, bukan anak-anak saja yang diuji, tetapi kita semua diuji!
✅ Ujian buat Pengurusan AKMAL – memastikan anak-anak ini berada di landasan yang betul.
✅ Ujian buat Mudir, Murabbi dan Murabbiah – membimbing mereka dengan kesabaran tanpa putus asa.
✅ Ujian buat ibu bapa – bersedia tak kita untuk support, motivate dan terus berdoa untuk mereka?
✅ Ujian buat anak-anak AKMAL – mereka akan diuji dengan letih, mengantuk, tekanan, dan kadang-kadang perasaan ingin menyerah.
Tapi itulah medan tarbiah untuk membentuk mereka menjadi pemimpin dunia dengan Al-Quran!
3. AKMAL & Ramadhan: MARATHON HUFFAZ BERMULA!
Kenapa Marathon Huffaz ini penting?
Nak anak-anak ini mimpi besar, mereka kena push lebih jauh!
Nak mereka hafal lebih laju, mereka kena lawan comfort zone mereka!
Nak mereka yakin diri, mereka kena belajar hadapi cabaran! Cabaran bukan sahaja nak menghafal, tapi cabaran lebih rumit nak menjaga dan melancarkan hafazan.
Kalau mereka boleh hafal 5-6 mukasurat sehari dalam keadaan Ramadhan, apa yang menghalang mereka untuk terus buat sepanjang tahun?
Bayangkan insyAllah Aidilfitri nanti…
Mereka pulang dengan hafalan yang jauh lebih banyak!
Mereka berdiri dengan penuh keyakinan sebagai pejuang Al-Quran!
Mereka buktikan kepada diri sendiri bahawa mereka mampu buat lebih dari yang mereka sangka!
4. IBU BAPA, ANDA ADALAH ENJIN SEMANGAT MEREKA!
Ramadhan ini, jadilah penyokong jihad terbesar buat mereka!
Bantu mereka rasa suasana Marathon Huffaz walaupun mereka di rumah (anak ONTOP)!
Raikan setiap pencapaian mereka, walaupun hanya satu ayat!
Bangunkan mereka untuk qiamullail! Bimbing mereka untuk jadi Hafiz dengan AKHLAK HEBAT!
Ibu bapa yang hebat bukan hanya hantar anak ke AKMAL, tetapi bersama mereka dalam perjuangan ini!
❌ Jangan biarkan mereka hanya ikut arus biasa!
✅ Bantu mereka capai impian besar mereka!
5. FIKIR LUAR BIASA – USAHA LUAR BIASA – KEJAYAAN LUAR BIASA!
Jika mereka lihat diri mereka yang sekarang, mungkin mereka rasa mustahil untuk hafal banyak.
Tapi jangan biarkan mereka tertipu dengan kelemahan diri!
Allah Maha Besar, Allah Maha Kuat!
Bila Allah bantu mereka dan bersama mereka, tiada apa yang mustahil!
Bantu mereka bina keyakinan diri!
Bantu mereka percaya mereka mampu jadi Hafiz yang hebat!
Bantu mereka rasa bahawa mereka sedang berada dalam medan jihad yang sebenar!
Kalau mereka susah.. itu biasa.. beri keyakinan buat mereka.. susah dan gagal itu adalah sebahagian dari proses untuk berjaya!
Ramadhan ini bukan sekadar Ramadhan biasa – ini adalah BULAN JIHAD HUFFAZ!
RAMADHAN INI, KITA CIPTA KEAJAIBAN!
Kita bukan nak lahirkan Hafiz biasa-biasa.
Kita nak lahirkan Hafiz yang akan MEMIMPIN DUNIA dengan AL-QURAN!
AKMAL & ONTOP – SIAP SEDIA UNTUK MARATHON HUFFAZ!
JOM BERJIHAD BERSAMA!
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
AKMAL – MELAHIRKAN GENERASI PEMIMPIN AL-QURAN!
#Ramadhan #BulanJihad #BulanUjian #MarathonHuffaz #MisiHafizSetahun
Ustaz Saifullah Hussain
CEO AKMAL
