Tiada Alasan Untuk Mencapai Misi 30 juzuk Al Quran dalam tempoh Setahun, Walaupun Penuh Cabaran, Zakiyyah Amalin Mampu Buktikannya.

Subhanalllah…. Puji pujian bagi Allah SWT, Tuhan pemilik segala kepujian.. Alhamdulilah beberapa hari dalam rangka menuju hari Akhir Sempena Majlis Graduasi Haflah Takrimi Huffaz Kali Pertama Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL yang berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu , beberapa orang pelajar lagi berjaya mencapai Misi hafiz, posting ini admin ingin berkongsi kisah hebat pelajar kami Zakiyyah Amalin. Moga menjadi penyuntik semangat sepada kita semua insyAllah..

Tasmik Hafazan Terakhir Zakiyyah Amalin

Menarik kisah Zakiyyah Amalin.. Bermula awal tahun 2018, bersama kami di AKMAL.. berjuang bersungguh-sungguh penuh komited Utk mencapai misinya utk Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 365 Hari.. setiap hari berjaya maju menambah hafalan baru, tampa meninggalkan murajaah atau hafalan ulangan.. Ketika 10 bulan di Akademi Al-Quran Amalillah – AKMAL, ibu Amalin celah sekejap bawa amalin mengambil peperiksaan UPSR.

Subhanallah.. perkara yang amat mengejutkan berlaku, Mungkin Berkat dari kehebatan Kalamullah, Amalin berjaya pencapai keputusan 5A, dan mendapat Anugerah pelajar Cemerlang. walaupun sudah 10 bulan Amalin meninggalkan kelas di sekolah. Tak sangka kan?

Keluarga Amalin mencuba nasib, dengan menghantar permohonan untuk belajar di MRSM IMTIAZ, rezeki Amalin berjaya mendapat tempat di sana. tetapi berat hati Amalin meninggalkan AKMAL, Kerana hafalan Al-Quran Hanya berbaki 4 juzuk sahaja ketika itu untuk Khatam 30 juzuk Al-Quran.

berbekalkan hafalan dan pengalamannya di Akademi AKMAL, Mudir imtiaz besut jemput Zakiyyah Amalin share tips bagaimana dia mampu hafal 26 juzuk Al-Quran di AKADEMI AKMAL dalam tempoh 10 bulan…

Amalin terpaksa maninggalkan AKMAL, walaupun berat hati untuk meninggalkan rakan2 seperjuangan di AKMAL, lebih2 lagi sahabat karibnya Aisyah Humaira.. walaupun sudah berpindah sekolah.. semangatnya tidak juga berkurangan, Amalin minta izin dengan Ust Fakhrul untuk meluangkan masa cuti sempena Tahun Baru Cina untuk meneruskan usahanya  di AKMAL.. apabila cuti sekolah tamat, Amalin meminta supaya ustaz terima takmik hafazannya dari dalam talian.. melihat kesungguhan Amalin.. kami terima permintaanya..

Kesempatan tu Amalin terus berusaha keras menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. kata Ustaz imad ” Amalin sangat kuat berusaha untuk khatam.. dia berusaha juga untuk khatam dan bergraduasi bersama kawan-kawan… apabila saya beritahu dia yang masa dah terlalu suntuk dan takut tak sempat.. terus dia telefon ibunya dan menangis sebab takut tak dapat nak khatam dan bergraduasi bersama kawan-kawan.. ibu Amalin tak putus-putus mendorongnya dan memberi Amalin semangat.. ibunya pesan tiada perkara yg mustahil.. usaha je selagi boleh..

suatu hari ibu Amalin bertanyakan Ustaz perkembangaan Amalin, kata ustaz imad, Amalin dah hampir seminggu tak tasmik hafalan baru, pelik dengan apa yang berlaku, segera ibunya cuba hubungi Amalin, rupa-rupanya charger Hand phone rosak.. Alhamdulillah.. dengan bantuan seorang guru di IMTIAZ, dapatlah digantikan dengan charger yang baru..

semua cabaran dan ujian berjaya di lalui.. berkat kesungguhan dan kesabaran.. Amalin berjaya juga Hafiz 30 Juzuk Al-Quran.. Tahniah Buat Zakiyyah Amalin… Tahniah juga kepada Ibu Ayah Amalin yang sentiasa menjadi pendorong hebat untuk Amalin berjaya.. tak lupa juga Pada Ustaz Ustazah yang setiap hari memberi motivasi perdorong.. Cikgu di MRSM IMTIAZ yang sama-sama menghulurkan bantuan, kawan-kawan memberi semangat yang tidak putus-putus, sehingga misi yang di impikan menjadi kenyataan..

Hebat Zakiyyah Amalin… Sehebat namanya.. ZAKIYYAH AMALIN “Si Cerdik yg Beramal” semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua, kami harap agar Amalin terus istiqamah murajaah dalam menjaga hafalan Al-Quran. kami di Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL mendoakan semoga Amalin berjaya meneruskan impian sampai bila-bila.. insyAllah….

#HafizSetahun
#Missioncompleted
#HaflahTakrimiAkmal

Website: www.hafizsetahun.com
Youtube Channel:
https://m.youtube.com/chann…/UCpDJEWsgZrbnFMZY8B33fow/videos
iG: www.instagram.com/akademiakmal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *