Akademi Al Quran Amalillah (AKMAL) telah bermula pada tahun 1 Januari 2018 yang berpusat di Marang, Terengganu.
AKMAL menjadi sebuah institusi pendidikan tahfiz yang pertama di Malaysia memperkenalkan sistem pembelajaran Advance Tahfiz 1 Year Fast Track. Sistem ini menumpukan pengukuhan ilmu secara berfokus khusus kepada hafalan Al Quran sahaja.
AKMAL mula diasaskan oleh Tuan Haji Hussin Ismail dan keluarganya antaranya Ustaz Saifullah dan Ustaz Fakhrurrazi Hussin atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Fakhrul. Kejayaan Tuan Haji Hussin dengan rahmat Allah, mempunyai 9 orang anak hasil perkongsian hidupnya bersama isteri tercinta Hajjah Rosemunainah, ke semua anak beliau telah berjaya bergelar hafiz dan hafizah seawal usia muda. Asas pendidikan yang beliau gunakan diadaptasi dan diperkemas dengan beberapa lagi rujukan institusi tahfiz dalam dan luar negara khususnya dari Pakistan.
AKMAL meletakkan sasaran kepada setiap pelajar akan tamat pengajian hafalan Al Quran dalam tempoh setahun atau kurang.
Keistimewaan sistem pengajian di AKMAL mengadaptasi pendekatan psikologi pendidikan dan pengurusan yang menjadi elemen asas dalam melatih pelajar menguasai hafalan dengan baik dalam tempoh masa singkat.
Sehingga kini, buat pertama kali graduasi AKMAL berlangsung telah menampilkan 20 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan hafalan 30 juzuk Al Quran dalam tempoh setahun dan kurang. Rekod pencapaian terbaik adalah sepantas 5 bulan 10 hari dan purata pelajar berjaya menamatkan 30 juzuk hafalan dalam lingungan 10 hingga 11 bulan sahaja.

Pendekatan psikologi sememangnya sangat penting dalam mendidik anak-anak supaya mereka sentiasa bermotivasi serta mudah menerima ilmu dan teguran. Pelajar AKMAL diterapkan dengan 12 Nilai Kebersamaan yang menjadi prinsip asas pembentukan seorang huffaz yang berkualiti. ianya di terapkan didalam modul yang bersahaja tetapi berkesan.
Manakala dari sudut komunikasi dalam kalangan pendidik, pengurusan, ibu bapa dan pelajar juga diperkasa melalui Sistem Pengurusan Berintegrasi, guru wajib mengenali setiap pelajar dengan mendalam, mencari kelebihan dan kelemahan bagi setiap pelajar dengan mencari kaedah atau teknik yang paling mudah diterima oleh pelajar, begitu juga peranan ibu bapa, yang mana ibu bapa mendapat maklumat perkembangan dan keadaan anak mereka secara harian. Justeru, tindakan pantas dapat dikenalpasti dan menyusun tindakan untuk membantu memastikan pelajar dalam keadaan terbaik dan selesa.
Selain mempunyai ibu pejabat di Marang, Terengganu, AKMAL juga telah mempunyai cawangan di Shah Alam, Selangor. Dijangka penghujung tahun 2019 ini, bakal dibuka cawangan AKMAL di Kuala Lumpur dan Melaka. ianya bagi memberi peluang kepada lebih ramai generasi muda mempelajari serta menguasai ilmu asas hafalan Al Quran. AKMAL telah mengorak langkah mengintai peluang kerjasama dengan beberapa buah organisasi di serantau Asia dan Timur Jauh.
Dengan harapan utama, AKMAL ingin menyediakan generasi muda yang menjadi tunas Islam yang berkualiti, selain menjadi pencetus kepada lahirnya generasi profesional huffaz untuk masa depan Malaysia khususnya dan ummah di seluruh dunia.
Setahun menempa sejarah, begitulah hasrat AKMAL yang memerlukan sokongan dan dokongan ummah untuk memacu generasi masa depan negara yang terbilang. ianya bukan mudah, tetapi jika dilakukan dengan bantuan semua pihak, kami yakin ia bakal menambah baik system pendidikan negara kearah yang lebih cemerlang insyAllah..
berminat untuk menyumbang untuk pembangunan Akademi Akmal.. sila layari link dibawah..
layari laman infaq Akademi Al Quran Amalillah AKMAL di www.hafizsetahun.com/infaq
