
Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL membuka peluang kepada Rakyat Malaysia Untuk menjadi penaja Program “anak angkat” kepada pelajar-pelajar dari kalangan anak yatim dan anak2 Muallaf dari pendalam Sabah dan Sarawak.
عَنْ سَهْلِ بن سعدٍ، ، أنَّ النَّبيَّ ﷺ قَالَ لِعَليًّ، : فو اللَّهِ لأنْ يهْدِيَ اللَّه بِكَ رجُلًا واحِدًا خَيْرٌ لكَ من حُمْرِ النَّعم متفقٌ عليهِ
Daripada Sahal Bin Saad, Katanya Nabi Pernah bersabda kepada Ali Bin Abi Thalib, “Dan Demi Allah!! Jika keranmu menjadi sebab seseorang itu memeluk Agama Islam, Ganjarannya jauh lebih baik dari kami memiliki seekor unta merah… atau dalam lafaz yang lain.. lebih baik dari mendapat ganjaran Dunia dan segala isinya.
Buat masa ini, HQ AKMAL Terengganu telah menerima 6 penajaan dari kalangan Asnaf ini. satu dari penajaan anak Yatim dan selebihnya dari kalangan anak-anak Muallaf pendalaman Sabah dan Sarawak.
Usaha ini kami jalankan dengan kerjasama NGO Dakwah dan kebajikan Yayasan Amal Malaysia bagi melalui proses pemilihan yang ketat dari sudut kesan jangkamasa panjang perkembangan islam masyarakat setempat dan bagi memastikan agar “Anak angkat” yang dipilih itu benar-benar layak serta mempunyai minat yang tinggi untuk menghafal Kalamullah.
Pemilihan ini dibuat bagi memilih pelajar yang benar-benar mampu mencapai misi menjadi seorang Hafiz Hafizah dan bakal menjadi seorang pendakwah bagi mengembangkan Islam dalam masyarakat di pendalaman pada masa akan datang.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]
Jika ada rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai program “Anak Angkat” ini, sila daftarkan borang penajaan di website kami..
layari www.hafizsetahun.com