Benarkah Dakwah Mesti Menarik Minat Orang! Adakah Dakwah Tauhid Para Rasul Begitu?

Ada yang berkata, seseorang pendakwah seharusnya menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat orang ramai terhadap Islam.

“Soal mencerca orang India dan Cina, walaupun dia kata tak maksudkannya atau minta maaf, saya tak setuju. Dalam dakwah, kita mesti tarik minat orang”.

Sekali imbas kata-kata itu ada kebenaran. Tapi bagi saya yang belajar dakwah yang tak sehebat mana ini. Dalam “dakwah tauhid” mengajak manusia yang bukan Islam kepada Islam caranya tidaklah begitu.

Lihat sahaja pendekatan dan dakwah para nabi bila berhadapan dengan kaumnya. Nabi Ibrahim yang memecahkan berhala dan menggantungkan kapak di leher berhala paling besar. Adakah itu menarik minat orang?. Kalaulah ia menarik minat manusia,  tidak lah Nabi Ibrahim dicampakan ke dalam api oleh Raja Namrud.

Dakwah Nabi Musa dan Harun yang berdebat berdepan dengan Firaun sehingga murka semurka-murkanya Firaun ketika itu. Adakah itu menarik minat?. Kalau menarik minat tidaklah sehingga Nabi Musa dan pengikutnya dikejar ingin dibunuh sehingga terpaksa membelah laut..

Dakwah Nabi Saleh yang menyeru menyembah Allah sehingga dianggap mengganggu keharmonian penduduk Thamud . Adakah menarik minat?. Kalau menarik pasti unta mukjizatnya tidak dibunuh!.

Dakwah Nabi Muhammad SAW apatah lagi. Kalau ianya mesti menarik minat, tidaklah Abu Jahal dan YB-YB Mekah menjadi penentangnya paling kuat dan ingin dibunuh sepanjang masa..

Begitulah fitrah dakwah tauhid para Rasul terdahulu..

Dakwah para Rasul MENJADIKAN MANUSIA BERFIKIR bukan menjadikan manusia berminat. Minat akan datang jika mereka berfikir secara ikhlas. Tetapi jika kesombongan dan keegoan yang datang menjadi lapisan penghalang, maka menutup mulut pendakwah adalah caranya. Sejak dulu sehingga kini!!!.

Inilah cara Dr Zakir Naik. Bukan menarik minat pendengar itu kehendaknya. Tapi berhujah supaya manusia berfikir.

Mereka kata Dr Zakir mencaci, mencerca dan menghina agama mereka?. Bukankah itu tuduhan musyrikin Quraisy kepada baginda Rasul dan Rasul-Rasul yang lain setelah kebenaran dibentangkan pada mereka?. Adakah kita yang muslim ini ingin menyambung lidah mereka??!!.

Siapa yang mengikut sunnah dakwah para Rasul akan mendapat ujian yang sama yang dihadapi para Rasul. Tidak dapat membalas hujah, mereka akan cuba membunuh dan menutup mulut. Itulah yang dihadapi oleh Dr Zakir Naik kini. Semakin yakin saya dengan cara dan pendekatannya..

Dalam bab dakwah saya lebih berkiblatkan para Rasul dan percaya kepada Dr Zakir Naik dari pembenci dakwah.

www.hafizsetahun.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *