Kotakan Janji Pada Ummi. Faris Ajwad berjaya Hafiz 30 Juzuk Dalam Tempoh Hanya 200 hari (6 Bulan 20 Hari)

Alhamdulillah… Pagi ini nak share satu lagi kisah kejayaan pelajar kami Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) yang berjaya hafiz dua hari lepas, seorang lagi pelajar kami, Adik Ahmed Faris Ajwad berjaya mengkhatamkan hafalan 30 Juzuk Al-Quran dengan Modul Hafiz Setahun AKMAL dalam tempoh lebih awal dari tempoh yang ditetapkan… syukur pada Allah SWT.. atas nikmatnya yang melimpah ruah..

Adik Ahmed Faris Ajwad adalah seorang Pelajar Yatim yang pertama kami terima di bawah program penajaan “ANAK ANGKAT HAFIZ” yang dipilih secara ketat dari kalangan Anak Yatim dan Anak-anak muallaf dari pendalaman Sabah dan Sarawak…walaupun pemilihan yang dibuat memakan masa hampir setahun, tetapi Alhamdulillah syukur.. hasilnya juga amat mengembirakan semua..

Adik Faris Ajwad ni ada masalah sendiri.. bacaan Hafalan Sabaqnya selalu di reject Ustazah.. kerana masalah bacaannya tidak lancar dan kerap salah baris dan huruf.. agak bermasalah untuk mengingati ayat-ayat yang pendek dalam Al-Quran.. kerap sakit sehingga terpaksa beberapa kali mengambil cuti..

Apapun Alhmdulillah… walaupun belbagai masalah yang dia hadapi.. Faris tak mudah berputus asa, dengan bantuan dan dokongan ustaz ustazah, menjadikan dia seorang yang sangat Fokus dalam mencapai misi, kuat semangat dan punya daya saing yang tinggi..
Berjaya juga mencapai target yang ditetapkan walaupun cabaran dibuat hampir mustahil untuk dicapai..

Ketika berlangsung pertandingan Maraton Huffaz bulan lepas, Faris berjaya menjadi Juara Keseluruhan mengalahkan rakan2 lain.. dia berjaya menghafal hampir 7 juzuk dalam tempoh 30.. Memang sangat luar biasa… kalau ditanya dimana dia dapat kekuatan tu… kata ustazahnya, dia berjanji dengan Umminya utk Khatam pada bulan 9… MasyAllah….

Tahniah Ahmed Faris Ajwad kerana berjiwa besar utk Berjaya… tahniah pada ustaz dan ustazah yang sentiasa bersabar dan berusaha keras mendidik anak-anak Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL), khususnya buat Ustazah Ramizah.. bulan ni bulan dia lagi.. bulan lepas orang lain…

tahniah juga buat ibu dan adik beradik Faris yang sentiasa ada disisi memberi sokongan luar biasa buat faris.. mungkin itu adalah faktor paling besar kejayaan Faris.. dan akhir sekali, Tahniah buat Puan Rosmiyati dari Johor.. kerana sudi menjadi penaja kepada Ahmed Faris Ajwad.. semoga segala sumbangan serta pengorbanan anda semua dibalas syurga oleh Allah subhanahu wataala…

Doakan Ahmed Faris ajwad agar dia berjaya memantapkan lagi hafalan Al-Quran seterusnya mengambil Sijil Syahadah Al-Quran.. dan doakan moga suatu hari nanti menjadi Ahli Al-Quran yang Berjaya dalam segenap bidang yang di ceburi.. Al-Quran adalah kitab Mukjizat.. Mukjizat yg hidup sehingga akhirat insyAllah…

Pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2020 masih dibuka..
bagi sesiapa yang berminat untuk mendaftar.. boleh dapatkan maklumat terperinci di website kami…

boleh daftar terus secara online insyAllah
Layari website kami: www.hafizsetahun.com

 

#MissinComplete
#SetahunMenempaSejarah
#AkademiAlQuranAmalillah
#HafizSetahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *