Impian Saya Suatu Hari Nanti, Pegawai-Pegawai Polis Juga Dari Kalangan Huffaz

Ramai di kalangan ibubapa yang agak takut anak-anak mereka akan ketinggalan dari arus perdana akademik bila berhenti seketika untuk memberi laluan fokus kepada Hafalan 30 juzuk Al-Quran.

Pandangan peribadi saya, TAHFIZ AKMAL ini adalah satu tempat untuk anak-anak kita betul-betul fokus untuk dapatkan hafalan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh satu tahun atau kurang. selepas itu anak-anak boleh meneruskan akademik mereka masing-masing, ia tidak akan memberi kesan walaupun anak-anak kita berhenti seketika dari akademik. Saya begitu yakin dengan sistem yang digunakan oleh AKMAL untuk dapatkan hafalan 30 juzuk.

 

Impian saya, suatu hari nanti dalam PDRM akan ramai pegawai-pegawai kanan polis dilantik dari kalangan Para Huffaz, saya yakin akan mengubah lanskap negara tercinta kita. insyAllah AKMAL mungkin salah satu penyumbang kepada produk Huffaz ini. Seperti kata-kata yang selalu AKMAL ungkapkan, “Hafiz Al-Quran, Profesional di bidang masing-masing, dan Murabbi di zaman mereka nanti”.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Hussin yang mencetuskan idea ini, dan berusaha menggerakkan penubuhan AKMAL bersama anak-anak hafiz hafizahnya yang hebat, disamping barisan Team AKMAL, dimana lahirlah anakanda kami Batrisya Al-Hafizah. Moment-moment indah ini tak mampu di ucapkan dengan kata-kata. Allah izinkan kami memiliki anak Hafizah 30 juzuk Al-Quran.

Alhamdulillah Batrisya merancang meneruskan pelajar akademiknya di Seven Skies International Denai alam. mengejar cita-cita seperti ibunya bergelar Doktor perubatan, insyAllah.. Seorang Doktor perubatan yang hafizah 30 juzuk Al-Quran . Amin…

Supt. Mahathir bin Muhamad
Pegawai kanan Polis / Juruterbang Kapal Terbang PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *