Kisah Puteri Yang Awalnya Gagal Masuk AKMAL, Tetapi Kemudian Cemerlang Hafizah Dalam Tempoh 8 Bulan

Ada Kisah Menarik tentang kejayaan Puteri Syafana. Syafana Datang ke AKMAL memohon menjadi salah seorang mujahidah hafizah AKMAL.. Malangnya setelah melalui proses interview.. dia tidak lulus sesi tersebut..

Mudir Ust Amirul Amin terpaksa menolak permohonannya walaupun timbul perasaan yang sangat serba salah.. Mudir sedar Syafana mempunyai kesungguhan yang sangat tinggi, cuma waktu itu bacaan syafana masih merangkak dan masih belum mampu menghafal dengan baik..

Mudir berhati-hati menjelaskan dengan penuh motivasi.. AKMAL bukan menolak permohonannya.. tetapi memintanya untuk undur seketika bagi membuat persediaan diri dengan lebih baik.. ini kerana, 80% orang yang BERJAYA HAFIZ AL-QURAN sangat bergantung kepada PERSEDIAAN.

Syafana pulang bersama azam yang tinggi.. dia pulang mencari guru Al-Quran dan belajar bersungguh-sungguh untuk menguasai bacaan Al-Quran dengan baik .
selepas 5 bulan, Syafana Kembali semula memohon.. kali ini dia bukan berseorangan.. tetapi dia bawa bersama adiknya Azri, mereka sama2 memohon untuk yg urut sama interview kemasukan ke AKMAL.. kali ini, dia dah cukup bersedia.. Alhamdulillah.. kedua-dua adik beradik ini lulus dalam ujian temuduga.
Setelah berjaya Menjadi salah seorang Mujahidah AKMAL, Syafana membuktikan komitmen yg sangat tinggi.. dia berjuang habis-habisan untuk mencapai misi. Murabbiah sangat memahaminya.. dan membimbingnya dalam mencapai misi dengan sistem dan kaedah AKMAL. Hasilnya Alhamdulillah… sangat luar biasa.. Syafana berjaya Hafizah 30 Juzuk Al Quran hanya dalam tempoh 8 Bulan 8 Hari.. begitu juga Azri adiknya.. berjaya juga mencapai misi hafiz 30 juzuk Al-Quran dengan jayanya.

Tahniah Buat DHIYA PUTERI SHAFANA BINTI MOHAMMAD ANNUAR.. Gagal dahulu bukan bermakna kita gagal selamanya.. apa yang penting kita dapat belajar dari kegagalan tersebut.. Undur bukan bermaksud kalah.. tetapi undur seketika untuk merancang stratergi bagaimana mahu menang lebih bergaya ..

ingatlah, Hafiz Al-Quran bukanlah penamat langkah… tetapi ia baru permulaan.. cabaran sebenar adalah bagaimana kita mampu susun jadual kita untuk menjaganya.. Tahniah juga buat ibubapanya yang sangat kuat menyokong anak2.. begitu juga sangat kuat menyumbang menyokong para murabbi AKMAL .. Adiknya Azri.. Murabbiahnya yang berusaha . Team Murabbi yang sama2 membantu.. dan semua Sahabat2 Circle Mujahidah AKMAL yang yg urut sama menjadi pendorong kuat hingga ke garisan penamat…

Semoga Puteri Syafana sentiasa berjaya mencapai cita2.. Seorang Hafizah Al Quran yg Pakar dibidangnya, Murabbi di zamannya… Amin

VIDEO MAJLIS SABAQ AKHIR PELAJAR PUTERI SYAFANA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *