
Sesiapa sahaja yang melabur pasti mindset utamanya adalah tidak mahu rugi. Pelaburan yang baik dan selamat pasti dapat menjamin masa hadapan yang indah bukan sahaja dapat dituai di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Pelaburan juga memerlukan ‘peleburan’ aset-aset yang berharga, yang ada wang ringgit, melaburkan dengan kaedah wang ringgit, yang ada emas sudah pasti melaburkan ke tempat yang selamat dan yang ada harta yang banyak pasti mengorbankan sedikit demi sedikit demi pelaburan yang mengharapkan adanya keuntungan.
Begitu juga apabila dipandang sudut dunia, pasti ada rugi. Namun apabila sekali dipandang nilai di akhirat pasti tidak akan rugi. Anak adalah aset yang paling berharga. Jika diatur kehidupan mereka dengan sebaiknya, maka hasilnya pasti akan bernilai tinggi. Jika diamati sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, daripada Buraidah Al-Aslamiy RA, Rasulullah SAW bersabda,
وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لَا يُقَوَّمُ لَهُمَا أَهْلُ الدُّنْيَا ، فَيَقُولَانِ : بِمَ كُسِينَا هَذِهِ ؟ فَيُقَالُ : بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجَةِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا ، فَهُوَ فِي صُعُودٍ ، مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلً
Maksudnya, “Maksudnya: “Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca (ayat al_Qur’an)”.
Sebuah hadith lainnya yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud,
“Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya, maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran.”
Kedua-dua hadith di atas jelas menyatakan bahawa ibu bapa yang berusaha untuk menjadikan anak-anak mereka seorang huffaz Al-Quran maka ibu bapa tersebut sebenarnya telah membuat satu pelaburan yang sangat menguntungkan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Seorang anak yang bergelar huffaz Al-Quran adalah aset yang bernilai yang tidak boleh ditukar beli. Sebaik sahaja anak mereka sudah mula memasuki dunia hafalan Al-Quran, sudah pasti banyak cabaran yang bakal dilalui oleh ibu bapa tersebut namun percayalah segala keletihan tersebut bakal diganti dengan kemanisan pada penghujungnya.
Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) adalah antara pilihan yang terbaik bagi ibubapa yang mengimpikan hasrat untuk melihat generasinya menjadi huffaz Al-Quran. Secara automatik, pelaburan inilah yang dimaksudkan yang tidak akan pernah rugi bagi sesiapa yang nampak akan ruang dan peluang. Menjadi seorang hafiz atau hafizah dalam masa setahun bukanlah perkara yang mustahil kalau di AKMAL. Dengan semangat dan komitmen yang tinggi daripada ibu bapa itu sendiri adalah kunci utama kejayaan anak-anak pelajar di AKMAL selama ini.
‘Barang Siapa Yang Menanam Pasti Akan Menuai’
AKMAL mengalu-alukan semua ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak menghafal Al-Quran dan khatam kurang daripada setahun. AKMAL menyediakan platform terbaik untuk tujuan tersebut. Boleh layari laman web rasmi Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) seperti yang tertera di bawah. Untuk tujuan pendaftaran juga boleh dibuat di laman web rasmi tersebut.
Official Website AKMAL :
https://hafizsetahun.com/ (INFO AKMAL)
https://hafizsetahun.com/ (PENDAFTARAN)

Page Laman Web Rasmi AKMAL www.hafizsetahun.com
Semoga usaha dan hasrat untuk melahirkan generasi Huffaz Al-Quran yang professional menjadi realiti InnShaaAllah.
PANTANG MENYERAH!!