
Alhamdulillah… Tahniah Zaidan Zamri Mantop…
Mantop ibnu Mantop nie…
Berjaya Hafiz 30 Juzuk Al-Quran hanya dalam tempoh 9 Bulan di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL).
Satu pencapaian yg luar biasa kan!
Zaidan Zamri, seorang pelajar cerdik dan rajin.. dia seorang yang pandai sejak mula menjejakkan kakinya di Akademi AKMAL, mungkin hasil didikan hebat dari ibu dan ayahnya yang sentiasa memberi semangat dan motivasi agar Zaidan jelas dalam mencapai misi.
Cuma masalah dan cabaran buat Zaidan, dia seorang pelajar yang selalu moody.. Kata Guru kelasnya Ustazah Ummi “Zaidan ni mengaji ikot mood .. Bila zaidan malas dan penat .. Zaidan tak akan pikir langsung tentang hafalan .. Dia akan banyak termenung & memerhatikan kawan². Hinggakan Ustazah terpaksa sentiasa peka dengan semangatnya yg sentiasa turun naik…
Suatu Hari Ustazah marah betul dengan Zaidan.. sikapnya yang moody tu membuatkan dia kadangkala leka.. mujurlah dia seorang yang pantang dicabar pesaing. bila ada kawan nasihatkannya dia cepat sentap.
Apapun Alhamdulillah… dengan semangat persaingan yang subur di Akademi AKMAL, Zaidan Berjaya Mencapai misinya.. Hafiz dalam tempoh kurang dari setahun, Walaupun Plan asal zaidan nak sama-sama kejar untuk buat majlis khatam dengan kawan-kawan pada 7 Disember lalu…
Tahniah Buat guru-guru Akademi AKMAL yg sentiasa komited mencapai misi ini.. khususnya buat Ustazah Umi… kata Ustazah “Zaidan telah berjaya mencipta sejarah terbaik dalam kelas saya .. Dlm tempoh hanya 2 minggu, dia berjaya menghantar sabaq (Hafalan baru ) sebanyak 3 juzuk .. sebelum ini, Paling tinggi pun dalam kelas saya, 1 minggu hanya 1 juzuk sahaja yg mereka akan capai”
Antara faktor kejayaan Zaidan juga, Dia bertuah keranamempunyaai Ibu dan ayah yang hebat.. Keluarga Zaidan, khususnya Ust Dr Zamri Mantop yg sentiasa memberikan semangat dan galakan hebat, bukan sahaja semangat buat Zaidan, tetapi Galakan serta semangat buat kami dan seluruh keluarga Huffaz AKMAL..
Doakan Zaidan Terus Buat syahadah Al Quran dan istiqamah menjaga hafalannya sampai bila2…. inilah Akademi Al-Quran Amalillah Akmal.. Tempat kita sama2 mengembeling tenaga, kerja keras dan fokus.. Untuk mencapai Misi Hafiz dalam tempoh setahun insyAllah…
#Missioncomplete #DoneHafiz30Juz #HafizSetahun #setahunmenempasejarah #AkademiAkmal #Tahfizterbaik