- Wahai Mujahid dan Mujahidah Al-Quran, Mujahid AKMAL!
Setiap pejuang yang ingin mencapai kemenangan besar perlu terlebih dahulu menundukkan musuh yang paling dekat , dirinya sendiri. Sebelum kita mampu menakluk dunia, kita mesti menang dalam jihad menakluk diri.
Lihatlah Mujahidin Al-Qassam di Gaza. Mereka bukanlah tentera dari kuasa besar dunia, mereka bukanlah bangsa yang memiliki teknologi perang canggih, tetapi mereka mampu mengalahkan musuh yang jauh lebih besar, Israel dan sekutunya, Amerika. Bagaimana ini boleh terjadi?
Jawapannya mudah , mereka telah menakluk diri sendiri sebelum menakluk musuh. Mereka memiliki disiplin luar biasa, keyakinan yang takkan goyah, serta kesabaran dan keberanian yang tiada tandingan. Mereka tidak mudah tunduk kepada ketakutan, mereka tidak tergugat dengan kekuatan musuh, dan mereka tidak pernah lelah berjuang.
Jika seorang pejuang tidak mampu menguasai dirinya sendiri, bagaimana dia mampu menakluk musuhnya?
Inilah sebabnya jihad melawan diri sendiri adalah jihad yang paling besar.
Suatu ketika, selepas satu peperangan, Rasulullah SAW bersabda:
“Kita telah kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar.”
Para sahabat bertanya, “Apakah jihad yang lebih besar itu, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab, “Jihad melawan diri sendiri.”
(Hadis riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib Al-Baghdadi)
—
1. Tidak Sabar & Tidak Percaya Proses Kejayaan
Mujahidin Al-Qassam tidak menang dalam sehari. Mereka telah berlatih bertahun-tahun dalam kesabaran, mujahadah, dan pengorbanan. Begitu juga seorang penghafal Al-Quran, kejayaan tidak datang secara tiba-tiba. Ia memerlukan kesabaran dan ketahanan yang luar biasa.
Hakikatnya, setiap Hafiz yang berjaya telah melalui detik-detik sukar. Percayalah, hafalan bukan hanya tentang akal, tetapi juga mujahadah hati dan disiplin diri. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya pertolongan Allah itu datang bersama kesabaran.”
(Hadis riwayat Ahmad)
—
2. Takut Pandangan Manusia (Overthinking & Fear of Judgement)
Jika Mujahidin Al-Qassam takut dengan kekuatan Israel, mereka sudah lama menyerah kalah. Namun, mereka yakin pada Allah, mereka hanya takut kepada Allah. Mereka tidak peduli dengan apa yang dunia katakan, mereka hanya peduli dengan apa yang Allah inginkan.
Begitu juga dengan kita sebagai seorang Hafiz. Jangan takut melakukan perubahan hanya kerana bimbang apa orang lain akan kata. Hafalan Al-Quran bukan untuk manusia, tetapi untuk Allah.
Allah SWT berfirman:
“Cukuplah Allah menjadi penolong kami.”
(Surah Al-Imran: 173)
—
3. Tidak Konsisten dalam Amal (Istiqamah yang Lemah)
Mujahidin tidak pernah berhenti berlatih walaupun dalam keadaan sukar. Mereka memahami bahawa konsistensi adalah kunci kemenangan.
Nabi SAW bersabda:
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah yang berterusan, walaupun sedikit.”
(Hadis riwayat Muslim)
Seorang Hafiz yang ingin berjaya tidak boleh bertangguh. Setiap hari dia perlu berjuang, BE THE FIRST, mengulang hafazan walaupun rasa malas, tetap bangun awal walaupun mengantuk, dan tetap disiplin walaupun tiada siapa yang melihat.
—
4. Kurang Kebergantungan kepada Allah
Mujahidin tidak pernah merasakan mereka boleh menang hanya dengan senjata mereka. Mereka yakin bahawa kemenangan adalah anugerah dari Allah.
Allah SWT berfirman:
“Barang siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupinya.”
(Surah At-Talaq: 3)
Jangan bergantung pada kekuatan diri semata-mata, kerana kita manusia memang diciptakan lemah, tetapi letakkan harapan sepenuhnya kepada Allah. Kerana Allah maha berkuasa dan maha kuat. Allah akan beri kita kekuatan luar biasa itu kalau kita MAHU.
—
5. Tidak Sanggup Menempuh Ujian & Kesusahan
Jika seorang Hafiz cepat mengalah hanya kerana hafalannya lambat berkembang, bagaimana dia mahu mencapai tahap yang lebih tinggi? Mujahidin Al-Qassam hidup dalam serba kekurangan, tetapi mereka tidak pernah tunduk kepada keadaan.
Allah SWT berfirman:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana orang-orang sebelum kamu?”
(Surah Al-Baqarah: 214)
Seorang Hafiz sejati tidak akan menyerah kalah kepada ujian, tetapi menjadikannya sebagai bahan bakar untuk terus maju.
—
6. Tidak Bersyukur & Fokus pada Kekurangan
Mujahidin tidak pernah mengeluh bahawa mereka kekurangan senjata, mereka hanya fokus kepada apa yang mereka ada dan menggunakan setiap peluang dengan sebaiknya.
Begitu juga dengan seorang Hafiz. Jangan hanya melihat apa yang kita belum capai, tetapi syukuri kemajuan yang telah dicapai.
Allah SWT berfirman:
“Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu.”
(Surah Ibrahim: 7)
Hargai dan jaga setiap ayat yang telah anda hafal, kerana setiap ayat itu adalah kurniaan Allah kepada anda.
—
Kesimpulan: Menakluk Diri Sendiri Adalah Kunci Kemenangan
Jika Mujahidin Al-Qassam boleh mengalahkan Israel dan Amarika yang jauh lebih kuat, itu kerana mereka telah menakluk diri mereka sendiri terlebih dahulu. Jika kita mahu menjadi Hafiz yang luar biasa, kita juga mesti menakluk diri sendiri:
✅ Kesabaran & kepercayaan pada proses
✅ Keberanian untuk keluar dari zon selesa
✅ Komitmen & konsistensi dalam hafazan
✅ Kepercayaan (Confidence) pada Allah
✅ Kesyukuran dalam setiap langkah
Hanya dengan memenangi jihad diri sendiri, kita boleh mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Ingatlah janji Allah:
“Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) dalam jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.”
(Surah Al-Ankabut: 69)
Jadi, wahai Mujahid dan Mujahidah Al-Quran! Adakah anda sudah bersedia untuk berjihad melawan diri sendiri dan mencapai kejayaan luar biasa? ????
Murabbi Saifullah
CEO AKMAL