Sifat Istiqamah dalam berusaha dan Rajin Khidmat Pada Guru Jadi Rahsia Kejayaan Abdul Halim Abdul Mayas. dapat Hafiz 30 Juzuk Quran 10 Bulan

Alhamdulillah…Syukur Pada Allah SWT atas kurnianya.. Melahirkan sebanyak mungkin mutiara2 indah tak ternilai ini pada kita semua..

Beberapa Hari lepas, Giliran Abdul Halim Abdul Mayas Berjaya Mencapai misi luar biasanya untuk hafiz 30 Juzuk Al-Quran.. Jutaan Tahniah dari kami Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah, ucapkan kerana Berjaya Hafiz dalam tempoh hanya 313 Hari, bersamaan tempoh 10 Bulan 13 Hari…

Tahniah juga Buat Ust Nuzul atas usaha dan komitmen yang luar biasa.. sanggup bersengkang mata dan mengorbankan waktu rehat di hujung minggu, demi melihat Anak didiknya ini berjaya mencapai misinya untuk Hafiz 30 Juzuk Al-Quran..

Cerita tentang Halim,Kata Ust Nuzul “dia seorang yang lemah pada peringkat mulanya, Halim memang sangat susah nak hafal.. bacaannya juga tidak baik, tetapi itu dulu.., kini..selepas digilap semangatnya, prestasi hafazan semakin meningkat.. ade kalanya Halim dapat baca 6 ke 5 muka surat hafalan sabaq setiap hari.

Kalau Dulu, setengah Muka surat pun dah banyak tersekat-sekat… Alhamdulillah.. berkat usaha yang gigih, Halim dapat khatam dengan jayanya…

Kata Ust Nuzul Lagi.. Motivasi Halim memang tinggi, selalu cakap saya nak buat cepat dan tak nak lebih dari setahun.. menarik tentang Halim, dia mampu buktikannya.. halim tidak pernah meninggalkan tasmik hafalan sabaq baru setiap hari.. walau sabaq dia sedikit dan hanya setengah muka surat..

Kata Ust lagi, Masa Hafal juzuk 9 ke juz 12.. kerapkali dia menangis dan sedih sebab tidak dapat sabaq yang banyak berbanding kawan2…. saya pujuk dia, yang penting Halim kene usaha kata saya, dan ingat! cuba jangan jemu untuk berusaha.
pernah juga dia mengadu, Ya Allah Ustaz, Susah la Ayat dan juzuk ni..

Berkat usahanya halim.. hetiap hari menjadi rutinnya, sentiasa menghulurkan khidmat pada guru-guru..terutama pada guru kelas. bila pandai ambil hati guru.. insyAllah ilmu juga akan menjadi berkat ?

Tahniah Juga ibu ayah Halim.. begitu kuat dan bersemangat mendorong kejayaan Abdul Halim.. dorongan inilah menjadi antara formula penting kejayaan anak². Tahniah !!
Dalam Mencipta Anak yang Hafiz Al-Quran.. ibu ayah wajib kuat dan sabar apabila diuji.. apabila diuji.. jangan lupa selitkan kesusahan itu dengan doa dan munajat pada Yang Maha Esa..

Al-Quran Adalah Kalamnya.. Hanya DIA mampu memberikan kejayaan kepada mereka yang dia pilih insyAllah….

Sama² Kita Doakan Abdul Halim, agar dia boleh sambung Syahadah Quran di Akademi Akmal dan terus istiqamah menjaga hafalan dan menjadi seorang menjadikan Al- quran sebagai sumber hidupnya..

Mohon doakan ya.. sebut dan komen Amin di Bawah…

More info di www.hafizsetahun.com

#MissionCompleted
#HafizSetahun
#RoadToHaflahTakrimi
#HaflahTakrimi2020
#DoneHafiz30Juz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *