7 RAHSIA STRATEGI RASULULLAH DALAM MEMBOIKOT PERNIAGAAN YAHUDI & MEMBANGUNKAN EKONOMI MASYARAKAT MADINAH

Teringat saat berpeluang buat umrah tahun lepas.. sempat pergi melawat sebuah pasar yang dinamakan sebagai  SUOQ AL MANAKHAH atau Pasar Madinah, lokasinya hanya bersebelahan ngan Masjid Nabawi.. pasar ini ada kisah tauladan yang menarik untuk saya kongsikan. Iaitu tentang 7 RAHSIA MENARIK, BAGAIMANA STRATEGI RASULULLAH DALAM MEMBOIKOT PERNIAGAAN YAHUDI & MEMBANGUNKAN EKONOMI MASYARAKAT MADINAH.

kisahnya bermula selepas penghijrahan Rasulullah dan Para Sahabat dari Kota Makkah ke Kota Madinah Al-Munawwarah.. perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah membina Masjid tanda kesatuan Ummah serta mempersaudarakan diantara golongan Muhajirin dan Ansor, setelah itu Nabi mula mengikat perjanjian keselamatan dengan masyarakat sekeliling kejiranan Madinah, dan menjadi sesuatu yg sangat menarik lagi, Nabi mula membangunkan ekonomi Ummat islam Madinah dengan membina PASAR WAQAF Madinah yg islamic..

Pada ketika itu, Ekonomi masyarakat Madinah sudah lama di monopoli oleh puak YAHUDI, merekalah kaum pengeluar, kaum pemborong dan juga kaum peniaga.. Mereka pemilik kebun-kebun yang besar di Khaibar.. Pasaraya besar dan masyhur di kawasan perkampungan Yahudi Bani Qoinuqa’. Lokasinya pula agak jauh dengan Masjid Nabawi. Apa yg menyedihkan, orang-orang Madinah juga sudah lama terjerut dengan sistem jual beli Yahudi yang penuh dengan penipuan dan penindasan, sistem perniagaan dan pinjaman yang jahat berasaskan sistem riba yang mencekik.

Apabila Rasulullah telah menguasai Madinah, dia telah mengatur strategi dengan memanfaatkan kepakaran Kaum Muhajirin dalam bidang perniagaan. Rasulullah meminta Abd Rahman Bin Auf, Utsman bin Affan, Abu Bakar Assiddiq dan lain-lain sahabat untuk menggantikan penguasaan Yahudi dalam mengusahakan perniagaan..

Rasulullah mula mengatur langkah, dengan setup satu kawasan lapang yang tidak jauh dengan masjid sebagai Super Market Madinah.. Nabi mula mengalihkan tumpuan mesyarakat arab dari pasar Yahudi ke kawasan kaum muslimin.. konsep Pasar Rasulullah ini sangat menarik untuk dijadikan pedoman buat kita semua.

Konsep Pasar Rasulullah

  1. Nabi menyediakan satu tanah yang lapang untuk dijadikan pasar di dalam kawasan Masjid. Pasar berkonsepkan Waqaf ini sama fungsinya dengan Masjid.. menjadi Hak bersama kaum muslimin sepertimana konsep Masjid.
  2. Mengarahkan supaya kawasan pasar mudah dimasuki, tidak disempitkan dgn binaan-binaan kekal, dan tak dibenarkan pemilikan tanah tetap atau pemilihan lokasi. (konsep siapa cepat dia dapat.. atau turutan saf ).
  3. Pasar yg terbuka kepada semua, tampa dikenekan bayaran cukai atau sewa keatas peniaga-peniaga (macam org nak solat di masjid) .
  4. Mempraktikkan segala Hukum hakam islam, yang berkait dengan Hukum Muamalah (jual beli).
  5. Menugaskan Umar Al-khattab sebagai pegawai yg menjaga perjalanan undang2 pasar. Disini ada petugas yang ditugaskan untuk menjaga system dan disiplin pasar.
    – Disiplin kebersihan
    – Disiplin Jual beli
    – Disiplin Hutang Atau Pinjaman
    – Disiplin masa buka dan tutup
    – Disiplin waktu solat
  6. Nabi menerapkan pula dalam diri Masyarakat islam Madinah semangat Keusahawanan dengan memotivasi rakyat agar berkerja keras, menerapkan konsep KERJA itu adalah ibadah, pernigaan yg jujur dan amanah itu sebagai ibadah, Pertanian dan menyuburkan Tanah-tanah yang telah mati juga sebagai ibadah.. Semuanya ada ganjaran pahala dan Syurga disisi Allah SWT…

  7. Melaksanakan Sistem pusingan aliran wang dengan kaedah Zakat, yg berpusing di antara si kaya dan si miskin..Dengan cara itu, pasar Madinah mula mendapat sambutan hangat dari Masyarakat Arab, dan secara tidak langsung, mampu bersaing harga dengan pasar besar Yahudi di perkampungan Bani Qainuqa’.

    Dengan kebijaksanaan Nabi Muhammad dan rahmat dari Allah, Lama kelamaan, pegangan Ekonomi bangsa Yahudi semakin lama semakin lemah… Rasulullah bukan sahaja berjaya membina Aqidah Ummah islam.. Bahkan Nabi membangunkan satu sistem ekonomi islam yang kuat dan sejahtera.

    Hari ni Seruan Ummat islam supaya boikot dan membeli produk muslim nampaknya payah benar nak berjaya… Ada yang buat tak tahu, Ramai lak yg perli dan yg lagi sedih lagi, ramai pulak yang perlekehkan usaha ni.. Ada pulak yg buat acah2 bijok, kata Nabi tak pernah boikot produk bukan muslim. Sedangkan nabi jugak boikot perniagaan yahudi kot.. Lagi power aper.. Harap2jadi iktibar utk kita semua dan bolehlah lepas ni kita sama2 usaha utk jayakannya… Bukan utk orang lain.. Untuk Ekonomi orang kita jugak kan…

    Aik terpanjang lak cerita… Terima kasih kepada yg sudi baca sampai abis ?????

     

    6 RAHSIA STRATEGI RASULULLAH DALAM MEMBOIKOT PERNIAGAAN YAHUDI NON MUSLIM & MEMBANGUNKAN EKONOMI MASYARAKAT MADINAHTeringat saat berpeluang buat umrah tahun lepas.. sempat pergi melawat SUOQ AL MANAKHAH atau Pasar Madinah, lokasinya hanya bersebelahan ngan Masjid Nabawi.. pasar ini ada kisah tauladan yang menarik untuk saya nak kongsi ?.. kisahnya bermula selepas penghijrahan Rasulullah dan Para Sahabatdari Makkah ke Madinah Al-munawwarah.. perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi adalah membina Masjid tanda kesatuan Ummah serta mempersaudarakan diantara golongan Muhajirin dan Ansor, setelah itu Nabi mula mengikat perjanjian keselamatan dengan masyarakat sekeliling kejiranan Madinah, dan sesuatu yg sangat menarik lagi, Nabi mula membangunkan ekonomi Ummat islam Madinah dengan membina PASAR WAQAF Madinah yg islamic.. Pada ketika itu Ekonomi masyarakat Madinah sudah lama di monopoli oleh puak YAHUDI, merekalah kaum pengeluar, kaum pemborong dan juga kaum peniaga.. Mereka pemilik kebun2 besar di Khaibar.. Pasaraya besar dan masyhur di kawasan perkampungan Yahudi Bani Qoinuqa'. Lokasinya pula agak jauh dengan Masjid Nabawi. Apa yg menyedihkan, orang2 Madinah juga dah lama terjerut dgn sistem jual beli Yahudi yg penuh dengan penipuan dan penindasan, sistem perniagaan dan pinjaman yg jahat berasaskan sistem riba yg mencekik.Apabila Rasulullah telah menguasai Madinah, dia telah mengatur strategi dengan memanfaatkan kepakaran Kaum Muhajirin dalam bidang perniagaan, dengan meminta Abd Rahman Bin Auf, Utsman bin Affan, Abu Bakar Assiddiq dan lain2 sahabat utk menggantikan tempat Yahudi dalam mengusahakan perniagaan.. Dan Nabi mula mengalihkan tumpuan mesyarakat arab dari pasar Yahudi ke kawasan kaum muslimin..Rasulullah mula mengatur langkah, dengan setup satu kawasan lapang yg tak jauh dengan masjid sebagai Super Market Madinah.. konsep Pasar Rasulullah ini sangat menarik untuk dijadikan pedoman buat kita semua. ▶ Nabi menyediakan satu tanah yg lapang utk dijadikan pasar, berkonsepkan Waqaf.. Pasar itu menjadi Hak bersama kaum muslimin sepertimana konsep Masjid, ▶ mengarahkan supaya kawasan pasar mudah dimasuki, tidak disempitkan dgn binaan2, dan tak dibenarkan pemilikan tanah tetap atau cop lokasi, (konsep siapa cepat dia dpt).▶ pasar yg terbuka kepada semua, tampa dikenekan bayaran cukai atau sewa keatas peniaga2 (macam org nak solat di masjid) .▶ Mempraktikkan segala Hukum hakam islam, yg berkait dengan Hukum Muamalah (jual beli). ▶ Menugaskan Umar Al-khattab sebagai pegawai yg menjaga perjalanan undang2 pasar. Dengan cara tu, pasar Madinah mula mendapat sambutan hangat dari Masyarakat Arab, dan secara tidak langsung, mampu bersaing harga dengan pasar besar Yahudi… ▶Nabi menerapkan pula dalam diri Masyarakat islam Madinah semangat Keusahawanan dengan meminta semua orang berkerja, dan menerapkan konsep KERJA itu adalah ibadah, pernigaan yg jujur dan amanah itu sebagai ibadah, Pertanian dan menyuburkan Tanah2 yg telah mati juga sebagai ibadah.. Sistem pusingan aliran wang Zakat yg berpusing di antara si kaya dan si miskin.. Semuanya ada ganjaran pahala dan Syurga disisi Allah SWT… Dengan kebijaksanaan Nabi Muhammad dan rahmat dari Allah, Lama kelamaan, pegangan Ekonomi bangsa Yahudi semakin lama semakin lemah… Rasulullah bukan sahaja berjaya membina Aqidah Ummah islam.. Bahkan Nabi membangunkan satu sistem ekonomi islam yg kuat..Hari ni Seruan Ummat islam supaya boikot dan membeli produk muslim nampaknya payah benor nak berjaya… Ada yang buat tak tahu, Ramai lak yg perli dan yg lagi sedih lagi, ramai pulak yang perlekehkan usaha ni.. Ada pulak yg buat acah2 bijok, kata Nabi tak pernah boikot produk bukan muslim. Sedangkan nabi jugak boikot perniagaan yahudi kot.. Lagi power aper.. Harap2jadi iktibar utk kita semua dan bolehlah lepas ni kita sama2 usaha utk jayakannya… Bukan utk orang lain.. Untuk Ekonomi orang kita jugak kan… Aik terpanjang lak cerita… Terima kasih kepada yg sudi baca sampai abis ?????#JomBoikot #BeliProdukMuslim #JihadEkonomi

    Dikirim oleh Saifullah Hussin Al-Tobaqi pada Jumat, 11 Januari 2019

    Ustaz Saifullah Hussin
    CEO Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL)

#JomBoikot #BeliProdukMuslim #JihadEkonomi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *