3 Nama Lain Bagi Al-Quran Yang Anda Patut Ketahui Sebagai Orang Islam

Assalmualaikum… Hari ini Admin ingin berkongsi Maklumat tentang Al-Quran… Adakah anda tahu bahawa Al-Quran mempunyai beberapa nama yang mulia dan indah. Ianya disebut sendiri oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran di samping Nama dan Sifat Al-Quran. Alangkah malang dan ruginya jika kita sebagai orang islam, tetapi tidak tahu tentang nama-nama lain bagi Al-Quran kan? jadi mari kita baca dan hayatinya. Mana tahu ilmu ini boleh digunakan sebagai pengatahuan Am yang boleh kita ajarkan kepada anak-anak kita, agar mereka lebih mencintai Al-Quran.

1- Nama pertama yang diketahui umum adalah Al-Quran”. Ianya nama yang paling masyhur diguna pakai oleh seluruh ummat islam di seluruh dunia.
Allah berfirman:-

إِنَّ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ يَهۡدِي لِلَّتِي هِيَ أَقۡوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرٗا كَبِيرٗ

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amalan soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Sura Al-Isra’, Ayat 9

2- Nama kedua bagi Al-Quran juga sangat biasa digunakan untuk merujuk kepada ganti nama Al-Quran. Ianya adalah “AL-KITAB” , Nama Al-Kitab diguna pakai secara meluas untuk merujuk kepada Al-Quran, bahkan perkataan Al-Kitab juga diguna pakai juga merujuk kepada kitab-kitab Allah yang pernah diturunkan kepada para Rasul dan Ummat yang terdahulu.

Firman Allah:-

لَقَدۡ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكُمۡ كِتَٰبٗا فِيهِ ذِكۡرُكُمۡۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ

Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah “AL-KITAB” yang mengandungi peringatan kepada kamu (wahai manusia), maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya. Sura Al-Anbiya’, Ayah 10

3- Nama ketiga bagi Al-Quran adalah AL-FURQAAN, yang membawa maksud sebuah PEMBEZA atau PEMISAH antara perkara yang Haq dengan yang Batil atau yang membezakan antara perkara yang betul dan perkara yang salah

Firman Allah:-

تَبَارَكَ ٱلَّذِي نَزَّلَ ٱلۡفُرۡقَانَ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦ لِيَكُونَ لِلۡعَٰلَمِينَ نَذِيرًا

Maha berkat Tuhan yang menurunkan AL-FURQAAN kepada hambaNya (Nabi Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. -Sura Al-Furqan, Ayah 1

4- Yang keempat bagi nama Al-Quran adalah AZ-ZIKR, yang membawa maksud sebuah PERINGATAN. Ia kerana Al-Quran ada sebuah kitab yang terkandung di dalamnya pelbagai peringatan dan pedoman buat manusia. Agar manusia yang berpegang dengan hukum hakamnya sentiasa mendapat peringatan dan selamat dalam kehidupan mereka di Dunia bahkan Akhirat.

Firman Allah:-

إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah (Allah) yang menurunkan AZ-ZIKR, dan Kamilah Juga (Yakni Allah) yang memelihara dan menjaganya. -Sura Al-Hijr, Ayah 9

5- Nama yang terakhir bagi Al-Quran adalah AT-TANZIL, At-tanzil yabg bermaksud YANG DITURUNKAN ALLAH, kitab yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad bagi menjadi rujukan dan panduan kepada seluruh manusia.

وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ O نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِينُ

Dan sesungguhnya AT-TANZIL telah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian Alam. Dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin.. (Malaikat Jibril yang Amanah). -Sura Ash-Shu’ara, Ayah 192-193

Jadi inilah Nama-nama lain bagi Al-Quran Kareem.. semoga dengan tulisan ini moleh membantu kita untuk sentiasa memahami ayat-ayat suci Al-Quran serta berusaha untuk memahami dan mengamalkan isi kandungannya.. Ummat islam akan kembali menguasai dunia ini jika seluruh ummat islam kembali kepada ajaran AL-Quran yang sebenar insyAllah…

Sebarkan Agar bermanfaat buat rakan2 anda

www.hafizsetahun.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *