Muhammad Abid Tampil Dengan Kejutan Luar Jangka Buat Babanya

Pantang dicabar, pantang menyerah!

Itulah ungkapan yang paling sesuai ditujukan buat kisah perjalanan Al-Quran Mujahid Muhammad Abid di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL). Muhammad Abid telah berjaya mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh yang singkat iaitu 4 bulan 17 hari sahaja.

Namun, disebalik kejayaan Muhammad Abid ini, terdapat satu kisah inspirasi yang pasti membakar semangat kita semua. Tidak lain tidak bukan adalah kisah bapa Muhammad Abid yang tidak percaya dengan hasil dan pencapaian anakanda beliau.

“Abid pernah cakap dengan saya, Baba.. agak-agak Baba berapa Abid ni boleh khatam? Baba kata 8 bulan. Lepas tu dirahsiakan, Baba datang dulu.. Baba kena tengok berapa bulan Abid boleh buat. Tengok-tengok 4 Bulan.. Tahniah Abid!”

Ungkapan yang sungguh memberi inspirasi. Tahniah kepada ibu ayahnya kerana telah dianugerahkan seorang anak permata Hafiz Al-Quran. Dapat dilihat disini, berbekalkan target yang jelas mampu melahirkan hasil yang luar biasa yang mana pada asalnya, bapa Muhammad Abid hanya meletakkan 8 bulan untuk Mujahid Abid untuk mengkhatamkan Al-Quran, akan tetapi anakanda Muhammad Abid mencabar dirinya untuk khatam kurang daripada 8 bulan seperti yang di’target‘ oleh ayahandanya.

Momen ketika Murabbi Alif menganugerahkan button badge Khatam kepada Mujahid Muhammad Abid

Tahniah juga buat Murabbi Alif yang sentiasa komited untuk membimbing Mujahid Muhammad Abid sehingga berjaya khatam 30 Juzuk dalam tempoh 4 bulan 17 hari sahaja. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sedemikian. Tidak mustahil untuk mendapatkan hasil seakan begitu. Sudah pasti proses dan visi yang jelas adalah guru yang utama selepas keberadaan guru pembimbing.

Mujahid Muhammad Abid secara rasminya telah menempah tiket buat dirinya, ibu dab ayahnya serta keluarganya ke pentas graduasi Haflah Takrimi yang akan berlangsung pada 1 Jun 2024. Dijemput kepada semua untuk hadir bagi memeriahkan Majlis Haflah Takrimi secara khas berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Kepada para Mujahid dan Mujahidah yang masih berjuang, teruskan usaha, tekadkan azam, padukan doa dan yang paling penting… PANTANG MENYERAH!!!

https://www.tiktok.com/@akademiakmal/video/7361351671244459265?_t=8lvcFIQTGQz&_r=1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *