Kehangatan Musim Marathon Huffaz Berakhir Dengan Cemerlang

Marathon Huffaz yang baru melabuhkan tirai menjadi semangat buat beberapa pelajar AKMAL untuk menghabiskan dan menamatkan target hafalan Al-Quran yang telah berlangsung selama 1 bulan bermula 4 Mac 2024 sehingga 4 April 2024. Pada musim ini telah menyaksikan ramai mujahid dan mujahidah AKMAL telah menyahut seruan dan berjaya dengan cemerlang dalam musim Marathon Huffaz kali ini. Sudah tentu semangat dan komitmen yang tinggi sangat diperlukan bagi mengharungi pecutan dalam perlumbaan pada musim ini.

Semua cawangan AKMAL di seluruh Malaysia telah membuktikan dengan peranan semua pihak terutamanya Murabbi dan Murabbiah yang menjadi pembimbing utama dalam membantu Mujahid dan Mujahidah berjuang mencapai serta melepasi target yang telah ditetapkan.

MUJAHID AMIR UBAIDAH BERJAYA KHATAM HAFAZAN 30 JUZ DALAM TEMPOH 7 BULAN 19 HARI

MUJAHID FATHUL BARI BERJAYA KHATAM HAFAZAN 30 JUZ DALAM TEMPOH 10 BULAN 16 HARI

MUJAHID HARITH FIKRI BERJAYA KHATAM HAFAZAN 30 JUZ DALAM TEMPOH 10 BULAN 5 HARI

Antara Mujahid yang berjaya dengan cemerlang dalam sesi Marathon Huffaz kali ini antaranya Mujahid Amir Ubaidah dan Mujahid Fathul dari AKMAL Bukit Beruntung, Mujahid Harith Fikri dari AKMAL Terengganu.

Mujahidah Humairah (kiri) dan Mujahidah Safiyyah (kanan) selepas menamatkan ujian Syahadah Sughra mereka di bawah bimbingan Murabbi Raziq

Dalam tempoh ini juga menyaksikan beberapa orang Mujahid dan Mujahidah AKMAL yang berjaya menamatkan perjuangan Syahadah Al-Quran mereka antaranya Mujahid Azhar yang menamatkan Syahadah Sughra (5 Bulan 17 Hari) dengan pangkat MUMTAZ, Mujahidah Safiyyah berjaya dengan Syahadah Sughra (1 Tahun 3 Bulan 12 Hari) dengan pangkat MUMTAZ dan Mujahidah Humairah Zihni yang berjaya juga menamatkan Syahadah Sughra (2 Bulan 20 Hari) dengan pangkat Jayyid Jiddan.

Mujahid Al-Azhar bergambar kenangan bersama Penguji Syahadah Sughra beliau iaitu Ustaz Yunus daripada MAIDAM dan Murabbi Syahadah beliau, Murabbi Fahmi

Sudah pasti setiap usaha pasti akan membuahkan hasil dan setiap yang berkorban pasti dapat merasainya. Haflah Takrimi ke-5 pada tahun ini bakal menjadi pentas paling ‘epik’ buat Mujahid dan Mujahidah AKMAL yang telah bertungkus lumus menamatkan perjalanan Al-Quran sehingga berjaya bergelar seorang Hafiz dan Hafizah Al-Quran.

Semoga lebih ramai Mujahid dan Mujahidah AKMAL dapat khatamkan Al-Quran mereka sebelum Haflah Takrimi kali ke-5 pada tahun yang mana tempohnya tidak kurang dari 2 bulan lagi. Oleh itu, peranan semua pihak termasuk ibu bapa penting dalam memastikan anak-anak pelajar dapat bersama-sama dalam Haflah Takrimi pada tahun ini InnShaaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *