Kerana Sifatnya Yang Suka Menyahut Cabaran, Amir Fahrey Cipta Sejarah Baru di Akademi AKMAL, Hafiz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh 3 Bulan 5 Hari

Firman Allah Swt:

وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٖ؟
قال القرطوبي: أَيْ سَهَّلْنَاهُ لِلْحِفْظِ وَأَعَنَّا عَلَيْهِ مَنْ أَرَادَ حِفْظَهُ، فَهَلْ مِنْ طَالِبٍ لِحِفْظِهِ فَيُعَانُ عَلَيْهِ؟

Kata Imam Atthobari dalam tafsirnya: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk dihafal dan membantu mereka yang ingin menghafalnya, maka adakah ada sesiapa yang mahu menghafalnya – Surah Al-Qamar, Ayat ke 17.

Ayat ini diulang2 oleh Allah SWT di dalam surah Al-Qalam, Seolah2 meminta Ummat Nabi Muhammad mengambil peluang, sebagai mukjizat utk ummat akhir zaman, dalam melahirkan generasi Hebat dan berilmu di masa hadapan.

itulah yang berlaku di zaman kegemilangan islam, Ummat islam menguasai segala bidang2 ilmu kerana setiap dari mereka begitu menitik beratkan penguasaan ilmu, bahkan mencabar kemampuan IQ dengan menguasai Hafalan AL-Quran di usia muda.

Alhamdulillah… Hari ini sejarah tercipta lagi, walaupun tidak pernah berpengalaman menghafal Al-Quran sebelum ini, Muhammad Amir Fahrey bin Mohammad Azim berjaya mencipta rekod baru Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL, dengan berjaya Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 3 Bulan 5 Hari, atau dalam tempoh 95 hari. Anak Sulung keluaran AKMAL cawangan Bukit Beruntung ini bakal menjadi pembakar semangat buat kawan2 yang lain insyAllah.

Amir bukanlah seorang yg hebat di peringkat Awal, seperti juga pelajar lain.. dia mempunyai banyak masalah, seorang yang mudah down, lemah badan dan mudah jatuh sakit. kerap kali terpaksa dibawa pulang oleh ayahnya kerana Amir bengkak2 muka, mata dan badan kerana masalah alahan yang teruk. masalah emosi juga kuat.. dia terlalu mudah moody, kalau moodynya datang, Alamatnya beberapa hari lah dia tak buat apa-apa. beralasan dan tak ingat hafalan baru.

Walaupun kerap sakit tetapi sangat bermotivasi tinggi

Tetapi Alhamdulillah… di sebalik kelemahan itu ada kekuatan yang berjaya di cungkil.. Akhlaknya yang lemah lembut, mudah menerima nasihat, mudah bersemangat apabila didorong dan diberi motivasi, seorang pelajar yang pintar dan sangat kuat ingatan.
dan antara sifat utama faktor kejayaannya.. amir pantang sekali dicabar!! jika ada sesiapa yang mencabarnya, dia bukan saja menyahut cabaran tu dengan gembira, bahkan dia akan create cabaran baru buat mencabar kemampuan diri sendiri. contohnya ketika mendapat cabaran Marathon Huffaz, Amir berjaya Hafal 7 juzuk dalam tempoh 30 hari..

Setiap kali dia berjaya memenangi setiap cabaran, dia akan berlari2 mencari mudir dan musyrif.. katanya, Ustaz! Saya dah berjaya!! Saya dan tahu kekuatan diri saya!! saya dah dapat rentak hafalan saya!! kata-kata penuh semangat yang luar biasa..

Pernah Ust Syamil pernah cabar amir, minta amir khatam hafalannya yang berbaki 5 juzuk sebelum Aidilfitri, Ust tak sangka, Amir bukan sahaja sahut cabaran Ust Syamil.. dia bahkan create cabaran baru buat diri sendiri.. dalam sabaq akhir, amir berjaya menghantar hafalan sabaq sebanyak 3 juzuk dalam tempoh masa satu hari.

Jutaan tahniah buat Amir Fahrey.. di sebalik kejayaan luar biasa ini, sudah tentu ada rahsia penting.. apa lagi kalau bukan dorongan yang luar biasa hebat juga dari ibubapa Amir. Tahniah buat cikgu Azim dan isteri.. Ibubapa yang terlalu semangat dan bermotivasi tinggi dalam usaha mendorong kejayaan amir.. walaupun dalam tempoh PKP di rumah, mereka kadangkala lebih kuat berusaha berbanding Amir..

Ketika berjaya dapat 7 juzuk sebulan

Link dibawah adalah perkongsian Ayah Amir ketika dia berjaya menjadi Juara Marathon Huffaz peringkat Akmal Beruntung:
https://www.youtube.com/watch?v=r_JinK8uSbQ

Tahniah juga kami ucapkan kepada seluruh pasukan akademi Akmal, Mudir serta Muallim dan Muallimah Akademi Akmal yang begitu komited dan bersusah payah membantu Amir dalam mencapai kejayaan.. pelbagai usaha dibuat bagi melihat kejayaan para pelajar…

Khususnya Buat Ust Syamil.. yang banyak berkorban.. melayan kesungguhan Amir dengan mengorban masa siang dan malam, tiada lagi istilah hari cuti buatnya utk melihat Para pelajar berjaya…

Di kesempatan Ramadhan yang penuh barkah ini.. bulan yang tiada doa yang ditolak Allah… sama-samalah kita mendoakan agar Amir Fahrey, dan seluruh pelajar Akademi Al-Quran Amalillah agar mereka sentiasa bersemangat tinggi dan sentiasa istiqamah dalam menjaga hafalan 30 juzuk Al-Quran ini di sepanjang hayat mereka. Hafiz 30 Juzuk bukan pengakhiran.. tetapi ia adalah satu permulaan baru dalam usaha menjaga serta menguasai segala cabang-cabang ilmu yang ada didalam Al-Quran. Bongkarkan segala rahsia yg terkandung di dalamnya.. insyAllah.. Ummat ini akan kembali menjadi khairul Ummah (Ummat terbaik) di masa akan datang…. Amin…

Setahun Menempa Sejarah
Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL

#missioncompleted✔️
#HAFIZSETAHUN
#AkademiAkmal
#tahfizterbaik
#SetahunMenempaSejarah
#malaysiabookofrecords
#bakalulama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *