Setiap Ujian Dan Kesulitan, Terselit Hikmah dan Rahmat Dari Allah. Tahniah Hizbu Berjaya Hafiz Quran 6 Bulan

Alhamdulillah Maha suci Allah, yang menyusun setiap perkara.. disebalik berlakunya satu musibah, terselit rahmat dari Allah SWT.

Tahniah Buat Muhammad Hizbullah bin Muhammad Hafiz, kerana berjaya mencapai target dan misinya untuk hafiz 30 juzuk Al-Quran kareem dalam tempoh 181 hari , bersamaan dengan kiraan 6 bulan.

HIKMAH DAN RAHMAT PKP

ketika mendapat berita bahawa negara dilanda musibah, Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL juga menurut arahan Perintah kawalan pergerakan PKP, Ramai para pelajar menyatakan rasa sedih kerana hari graduasi sambutan Haflah Takrimi 2020 yang sepatutnya dijadualkan pada 21 Mac 2020 terpaksa ditangguhkan. persiapan pula sudah hampir 80% siap.

Berbeza pula bagi Hizbullah.. dia melihat apa yang berlaku sebagai peluang besar buatnya untuk sama-sama berjaya mencapai misi untuk hafiz 30 juzuk Al-Quran dan tersenarai di dalam senarai pelajar yang berjaya dan berhaflah bersama pada sesi ini.

peluang berada di rumah dimanfaatkan sepenuhnya.. fokusnya jadi lebih baik dan lebih tenang perasaanya setelah sengit bersaing dengan sahabat-sahabatnya ketika di Akademi AKMAL.

HIZBULLAH DI AKADEMI AKMAL

Hizbullah adalah seorang pelajar yang disenangi para Muallim AKMAL, dia agak mendapat perhatian di Akademi AKMAL, kerana dia seorang pelajar berketurunan Thailand dari keluarga yang baru dalam ISLAM. Pernah berpengalaman menghafal 10 juzuk Al-Quran, hasil dari 2 tahun pengajiannya di tahfiz sebelumnya.. mendapat berita tentang Akademi AKMAL setelah ibunya mendapat info tentang AKMAL dari Ibu Aliyyah, salah seorang pelajar terbaik Akademi akmal dalam sesi yang sama.

Pada peringkat awal Hizbullah di AKMAL. dia agar sukar untuk mendapat fokus.. mudah rasa rendah diri bila melihat kawan-kawan lain lebih pantas menghafal berbanding dia. mula rasa betul-betul mencabar apabila dia khatam ulangan hafalan lama dan bersaing dengan kawan-kawannya yang tak pernah menghafal tetapi laju.

Alhamdulillah berkat komitmen dan kesungguhan luar biasa Hizbullah. dia berjaya mengkhatamkan 5 juzuk hafalan baru sepanjang PKP dan berjaya hafiz 30 juzuk al-quran dalam tempoh 5 bulan 29 hari Alhamdulillah…

Tahniah keluarga Hizbullah, terutamanya Ibu ayah yang sentiasa whatsapp doa dan kata-kata perangsang padanya.. adiknya yang yang rajin menghantar lukisan-lukisan berinsirasi, yang mana mungkin nampak remeh tetapi memberi impak yang besar kepadanya.

Tahniah juga pada para Muallim AKMAL yang sentiasa komited memberi kekuatan dan semangat pada Hizbullah, terutamanya guru kelasnya Ustazah Aida yang memanggil Hizbullah dengan gelaran “Bangcik”, gelaran panggilan manja keluarga yang sememangnnya memberi ransangan luar biasa padanya untuk terus berjaya.

Semoga coretan kejayaan ini menjadi ispirasi dan semangat buat para ibubapa dan para pelajar untuk terus berusaha mengejar cita-cita besar sebagai Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun insyAllah..

Doakan Hizbullah terus istiqamah menjaga hafalannya dan terus berusaha mencari ilmu.. dan mencapai cita-citanya di masa akan datang..

Setahun Menempa Sejarah
Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL)

#missioncompleted✔️
#DoneHafiz30Juz
#SetahunMenempaSejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *