Anak Dusun Bonggi Dari Pulau Banggi Sabah, Berjaya Hafiz Al-Quran Setelah 3 Tahun Peluk Islam

tahfiz quran

Susin bin Bungkak, berumur 12 tahun berasal dari Pulau Banggi, Sabah. Etnik Dusun Bonggi yang pertama dari pulau tersebut yang berjaya menamatkan hafalan 30 juzuk Alquran, tepat 365 hari bersamaan setahun.

Susin bin Bungkak, Mengucapkan lafaz Shahadah La ilaha illaAllah, Muhammad Rasulullah” sekitar 3 tahun lalu, di Kg Selangan, Pulau Banggi, Kudat Sabah,  dan menukarkan namanya kepada Hussin Bungkak.

Husin di kurniakan Hidayah dan bershahadah bersama ibu dan ayahnya. Dia tak pernah bersekolah, langsung tak pandai membaca & menulis.

Ketika Team Pusat Dakwah Serantau (PDS) Yayasan Amal Malaysia sampai di sana, 19 orang yang pertama telah sama-sama bershahadah, pokok mempelam rendang menjadi saksi lafaz Tauhid yg keramat itu. ketika itu tiada tempat yang sesuai untuk para Daie tinggal dan bertapak. terpaksa berlantaikan tikar dan berbumbungkan beribu bintang di langit.. awalnya cukup indah, tetapi di waktu tengah malam, hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya.. terpaksalah para daie yang datang tidur dalam keadaan hujan…

taahfiz quran

Alhamdullillah.. Hasil dari sumbangan orang ramai, Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebuah Masjid berserta sebuah TADIKA Al-Hidayah di situ.

Disitulah ia bermula, Hussin @ Susin mula belajar membaca dan menulis. Alhamdulillah.. dia mempunyai minat, semangat serta kemahuan yang tinggi untuk belajar.

Pada Awal 2019, Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) telah mengambil Hussin & seorang kawannya Syafiq sebagai anak angkat di Akademi AKMAL, dibawah Program Tajaan keluarga angkat asnaf dan muallaf, Hussin ditaja penuh oleh Tn Hj Mad Muda, sebagai keluarga angkatnya di Terengganu.

Alhamdulillah, hari ini 10/5/2020, Hussin menyempurnakan hafazan 30 juzuknya. dia berjaya mencapai misi hafiz dalam tempoh masa cukup-cukup setahun, atau 365 hari. Allahu Akbar!!

Hussin @ Susin Bungkak, Satu kisah mencabar yang ingin sangat kami kongsikan..
Seorang pelajar yang mempunyai masalah antibodi yang lemah, kerap sekali dia bercuti kerana demam.. menjadi salah satu sebab yang memberi kesan kepada target tarikh hafalannya.

Kata Guru Kelasnya Ustazah Ramizah, Husin seorang pelajar yang nakal, seorang yang kuat main, dan kurang serius ketika berada didalam kelas, mudah terikut-ikut dengan rakan satu kelas yang malas membaca dan mengulang hafalan, sekiranya ada kawan-kawan yang mula keluarkan topik cerita.. mulalah dia rancak bersembang..

Ketika Membaca AL-Quran, dia seringkali kalut, sehingga menyebabkan bacaannya pun jadi cacat, banyak baris dan ayat yang tertukar dan tertinggal.. bacaan hafalan barunya kerap di reject ustazah.. tetapi Alhamdulillah, Husin tak mudah mengalah, dia tetap akan berusaha untuk mambaikinya..

Cabaran terbesarnya, dia tidak dapat fokus menghafal jika berada di luar kelas.. Ustazah pernah menyuruhnya menghafal pada waktu antara maghrib dan isyak di surau, namun hussin tak mampu menghafal walau separuh muka..

Keadaan tempat yang ramai orang akan menyebabkan fokusnya begitu mudah terganggu.. Berlainan jika ketika menghafal dalam kelas, dia mampu menghafal dengan cepat dan mudah.

tahfiz akmal

Alhamdulillah… walaupun berada dalam katogeri pelajar yang lemah.. Husin seorang yang tidak mudah berputus asa dalam mengejar target khatam.. Kebiasaanya hussin hanya mampu menghantar 3 muka surat.. Hari demi hari dia menaikkan jumlah target hafalannya sehingga ada ketika dia mampu dapat sabaq sebanyak 13 muka surat sehari.

Hussin seorang yang tak mudah down, Walau hantaran sabaqnya yang pertama kebiasaanya di tolak, husin takkan mudah mengalah.. Dia terus menerus melancarkan bacaan sehinggalah bacaannya diterima. Dia juga seorang pelajar yang sentiasa positif.. setiap kali Ustazah bagi tugasan, dia tak akan menolak, dia akan usaha juga untuk menyeldsaikannya walaupun kadangkala dia tahu yang dia tak mampu..

Alhamdulillah.. Akhirnya, Berkat kesungguhan dan semangatnya yg tinggi, dia mampu mengatasi segala kelemahannya.

Husin seorang anak pendalaman dari suku kaum Dusun Bonggi, Suku kaum khusus yang memang berasal dari Pulau Bonggi @ Banggi Sabah. Pulau terbesar Malaysia itu kata orang, terletak di kawasan paling hujung dunia.. mana taknye, pulau Banggi sudah berada betul-betul di sempadan antara Malaysia dan Pilipina..

Walaupun Hissin berasal dari pendalaman, dia mempunya sifat sebagai pelajar yang bersistematik.. Rajin khidmat walaupun tidak disuruh.. Dia pandai merancang dalam usaha untuk mencapai misi khatam..Hussin dah ada jadual khas untuk dirinya bagi memastikan dirinya istiqamah mencapai misi, dia akan pastikan agar dia mampu menghantar 6 muka surat sabaq sehari.

Kelebihan terbesar yg dapat dikesan dalam diri hussin adalah, dia merupakan seorang pelajar yg cepat pickup ketika menghafal..
Walaupun agak pemalu dan lambat dalam komunikasi, tetapi apabila berkaitan dengan bacaan Al-Quran, dia boleh cepat.

Semangatnya makin memuncak, bila dia dapat kejar dan bersaing dengan Ahmad Daniel, gembira sangat bila dapat khatam pada hari yang sama dengannya. Harapan kedua ibu bapanya yang jauh di puncak Malaysia menjadi motivasi terbaik buat Hussin.

Tahniah Buat Kedua ibubapa Hussin, Tahniah kerana sentiasa bersemangat untuk melihat kejayaan Hussin, sanggup berkorban dan berada jauh dari anak kesayangan. Doa dan semangat merekalah yang menjadi kekuatan buat Hussin.

Kepada Penaja Pengajian Hussin, Tn Haji Mad bin Muda, terima kasih kerana sudi menjadi penaja Hussin.. Semoga Allah berkati hidup tuan sekeluarga.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..

Buat para Mulllimin dan Muallimat Akademi Akmal, khususnya Ustaz Ustazah yang pernah mengajar Hussin.. Tahniah kerana Sentiasa komited dalam mendidik hussin hingga berjaya.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Hussin terus istiqamah menjaga hafalannya.. istiqamah dalam mencari ilmu.. dan doakan agar Hussin akan menjadi seorang Alim Ulama dan daie, yang membawa cahaya islam di Sabah dan Pulau Banggi insyAllah..

Moga Allah terus memberi kekuatan & kebijaksaan pada Hussin untuk terus mencipta record diri dan record masyarakat Dusun Bonggi…. Amin amin….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *