Tangisan seorang ibu dalam lafaznya yang tersekat-sekat menjadi siraman semangat kali ini..“Terima kasih Sajidah..Terima kasih..Terima kasih semua yang terlibat..Saya sebagai ibu sangat rasa bersyukur..Sangat bersyukur kerana ini adalah pemberian Allah SWT kepada saya dan suami dan keluarga kami”.
Dalam esak tangis yang begitu menghibakan, Ibu Sajidah melafazkan kegembiraan. Hampir-hampir tidak jelas lafaznya dek kerana tangisan yang tidak dapat ditahan.. Itulah gambaran kegembiraan yang tidak terkata seorang ibu tanda kesyukuran di atas kejayaan puteri kesayangan mereka Husna Sajidah binti Abdul Malik Shahril Al-Hafizah.
Hari ini Sajidah diisytiharkan sebagai Lagend Al-Hafizah. Saat paling ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar di AKMAL. Remaja berusia 16 tahun ini tamat hafazannya dalam tempoh 1 tahun 28 hari. Subhanallah!!.

‘Husna Sajidah berjaya naik Ranking Legend al Hafiizah’
Perjalanan kembara Al-Hafizah Sajidah bukanlah satu perjalanan yang mudah. Penuh dengan ranjau dan onak berduri. Pada peringkat awal memulakan pengajian di AKMAL. Sajidah menghadapi masalah kesukaran dalam mengingati hafazan yang ditugaskan. Sajidah juga kelihatan seperti kurang minat untuk menghafal walaupun ketika temuduga kemasukan ke AKMAL dia menyatakan sangat minat. Mungkin kerana belum menemui teknik yang betul untuk menghafal menyebabkan dia seperti itu..

‘Husna bersama rakannya’
Kesannya hantaran tasmiknya sentiasa ditolak oleh Murabbiahnya Murabbiah Ainina. Bacaannya tidak lancar dan tersekat-sekat. Bukan itu sahaja, Manzilnya juga tidak dapat dihantar dengan baik. Begitu susah untuk dia menghafal dan menjaga hafazan yang telah dihafal. Sajidah betul-betul menhadapi satu fasa yang menguji kesabaran dan emosinya. Kata Mudirnya, Murabbi Syam “Murabbiahnya dah letak target bermacam-macam dengan pelbagai teknik , tapi tetap tidak endah sahaja sampai Murabbiahnya pun pening tidak tahu nak buat macamana lagi”. Mungkin kerana fasa emosi yang masih lagi tidak stabil menyebabkan Sajidah begitu.
Alhamdulillah konsep “Mata Helang” yang diperkenalkan oleh AKMAL digunakan sepenuhnya oleh Mudir dan Murabbiahnya selepas itu. Perbincangan demi perbincang dibuat. Alhamdulillah selepas satu sessi khas bersama Mudir untuk memperbetulkan kembali niat dan targetnya. Mudir mengingatkan Sajidah tentang tujuan sebenar Sajidah datang ke AKMAL. Pasak niat ditanam kembali sekukuhnya.. Sajidah kembali bersemangat untuk meneruskan misi. Prestasinya makin bagus. Kini Sajidah kembali bangkit!.
Dia bangkit kerana melihat ramai kawan-kawannya sudah berjaya khatam satu persatu. “Faktor Kebengangan” yang sentiasa diulang-ulang di AKMAL menyebabkan Sajidah panas hati untuk mendapatkan kejayaan yang sama. Ada juga kawan-kawan rapatnya yang pindah setelah berjaya Hafizah. Sajidah mula merasakan telah banyak waktu dibazirkan khususnya ketika pengajian online saat PKP tempoh hari. Hatinya merasa tidak senang mengenangkan ibu dan ayahnya yang pasti bersedih melihat prestasinya yang tidak begitu baik. Sajidah mula memasuki fasa dan mode bangkit!.
Rupanya apabila dikaji, antara penyebab Sajidah bangkit juga ialah kerana dia hendak menjadi anak yang pertama di alam keluarganya yang khatam dan Hafizah 30 Juzuk Al-Quran. Harapan ibu ayahnya yang begitu tinggi untuk melihatnya menjadi contoh di dalam keluarga. Keinginan Sajidah ini digunakan sebaiknya oleh Murabbiahnya sebagai sauh kuat yang mengikat Sajidah walau apa pun badai dan ujian kencang yang datang. Big Why Sajidah ini menjadi senjata ampuh Murabbiahnya untuk mengekalkan prestasi dan kebangkitan Sajidah. Sajidah juga selalu sebut nak keluar dari AKMAL cepat kerana ingin belajar banyak lagi perkara dan ilmu-ilmu yang lain. Alhamdulillah.. Itulah antara sebab AKMAL membuat sistem hafiz setahun. Pasakkan Al-Quran di dalam dada seawal usia. Kemudian belayarlah di dalam lautan ilmu seluasnya dengan pelbagai peluang yang terbentang. Alhamdulillah rasa minat semakin kuat. Prestasi semakin bagus. Sajidah bangkit dengan bergaya.
Kebangkitan Sajidah bertahan sebulan dua sahaja. Tidak lama selepas itu, prestasi Sajidah kembali jatuh. Teknik dan rentak hafazan telah ditemui tetapi masih juga jatuh. Keadaan ini tidak dibiar lama oleh Mudirnya. Kata Murabbi Syam kepada kami..
“Ana jumpa lagi dengan Sajidah untuk bertanya apa masalahnya, mula-mula dia diam sahaja. Ana rasa ana dapat agak apa masalahnya sebab Sajidah ini anak yang agak manja dengan ibu bapanya. Ana pun bertanya lagi , setiap hari sabtu parents sajidah ada call tak?. Bagi semangat tak?.
Jawab Sajidah “tak Murabbi, boleh dikatakan dalam sebulan tu sekali je call”. Ana pun ambil keputusan untuk terus berbincang dengan parentnya tentang masalah Sajidah ini. Kata ibu bapa Sajidah, hari Sabtu agak sukar untuk mereka bagi komitmen untuk call Sajidah memandangkan sangat sibuk dengan komitmen kerja.
Alhamdulillah, ana pun bertanya hari apa yang tuan dan puan free?. Kata parent Sajidah kalau hari Isnin tak ada masalah Ustaz. Ok, tak ada masalah, demi anak tuan puan, pihak AKMAL akan ubah jadual call khas untuk Sajidah”.
Itulah dia AKMAL. Ibu bapa berada dalam sistem. Konsep AKMAL “We Are Listening” sentiasa menjadi kekuatan untuk membantu para Mujahid dan Mujahidah AKMAL. Alhamdulillah, selepas itu Sajidah kembali bangkit!. Kali ini Sajidah upgrade 10 kali ganda usaha dan tekniknya. Apa yang dia buat betul??. Sajidah menggunakan “Golden Hours”nya dengan betul. Dia akan pastikan akan tasmik beberapa kali dahulu dengan kawan-kawannya sebelum tasmik dihadapan Murabbiahnya supaya hafazannya benar-benar berkualiti. Walau pelbagai lagi ujian yang datang menerpa emosinya. Sajidah konsisten dan fokus untuk sampai ke garisan penamat. Kali ini dia bangkit tanpa menoleh ke belakang lagi.

‘Husna menangis sebak sewaktu memberikan ucapan’
Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Allah, tanggal 20 Zulhijjah 1443 H bersamaan 19 Julai 2022 pasti menjadi tarikh keramat dalam hidup Sajidah dan keluarga. Sajidah dinobatkan sebagai Legend Al-Hafizah. Acara Majlis Sabaq Akhir yang menjadi saat yang sentiasa ditunggu-tunggu dan tidak akan dilupakan oleh setiap pelajar AKMAL menjadi kenyataan buat Sajidah. Bacaan ayat terakhir surah Al-Mursalat diiringi laungan takbir oleh kawan-kawanya menjadi moment terindah dalam hidupnya. Tak tertahan air matanya di dalam majlis tersebut mengenangkan manisnya ujian dan cabaran untuk mencapai misi. Lebih-lebih lagi saat Watikah Amanah oleh ibu bapanya untuk memberi amanah menjaga Al-Quran sepanjang dibaca untuk Sajidah. Ya, menjadi Hafizah Al-Quran adalah kunci untuk menjaga Al-Quran sepanjang hidup.
Batapa bangga dan gembiranya saat poster kemenangan digantung di “Dinding Juara” AKMAL. Sejarah nama Husna Sajidah Al-Hafizah telah terpahat di AKMAL. Pastinya menjadi inspirasi buat Mujahid Mujahidah lain yang sedang berjuang. Jutaan Tahniah buat Sajidah dan keluarganya. Tak dilupakan buat seluruh team circle AKMAL khususnya Murabbiahnya, Murabbiah Ainina Al-Hafizah, Mudir Murabbi Syam Al-Hafiz dan team AKMAL Terengganu. Tak dilupakan buat team pengurusan AKMAL bermula dari Founder Tn Hj Hussin Ismail, CEO Murabbi Saifullah dan seluruh team pengurusan tertinggi. Kejayaan Sajidah adalah kejayaan kita semua. Maha Suci Allah Yang Maha Memberi!!..
Siruu ‘Ala Barakatillah!!. Jalan terus Husna Sajidah Al-Hafizah. Kunci gedung ilmu sudah ada di dalam genggaman. Ulang dan jagalah sepanjang hidup. Kelak anda pasti menjadi seperti apa yang selalu diulang-ulang di AKMAL. “Hafiz Al-Quran, Profesional Di Bidangnya, Murabbi Di Zamannya”..
