Pelajar Mild Autism Hafiz Al-Quran Dalam Tempoh 3 Bulan, Nothing Is Impossible

AL-HAFIZAH KE 147 AKMAL

Pada hari ini Khamis 25 November 2021, Jam 8.45 pagi telah lahir seorang lagi Legend Al-hafizah di AKMAL Fatayat iaitu Mujahidah Anis Bariah Binti Mohamed Khir yang telah menamatkan Hafazannya dalam tempoh 2 Bulan 27 hari mengikut perkiraan buku laporan hariannya Alhamdulillah.. Kurang 5 Bulan mengikut kiraan tarikh dia mula mendaftar masuk belajar di AKMAL.

tahfiz online

kejayaan yang luar biasa buat anis bariah

Walaupun Anis Bariah mempunyai keistimewaan Mild-Autism, namun tidak menghalang baginya untuk mencapai sasaran Hafazan dalam masa kurang dari 5 Bulan.

Pada permulaan sesi pengajian, Anis mempunyai banyak kesukaran dalam menghafal. tajwidnya lemah, Bacaannya gagap, dan dia sering tertukar huruf sinn dan hurus thsaa.. dia kerap tertekan kerana bacaanya sentiasa ditolak dan kerap ditegur oleh gurunya.

Anis juga memulakan hafazan tampa teknik, sukar berkomunikasi dan sukar diajar teknik hafazan seperti cara orang lain..

Sesungguhnya Allah maha pemurah dan Maha Kaya. Dia boleh memberi rezeki Al-quran kepada siapa yang dia mahu. di setiap kelemahan itu ada kelebihan luar biasa yang dia miliki.

kerana impiannya untuk hafiz 30 juzuk Al-Quran itu terlalu kuat, dia nekad untuk Hafiz juga Al-quran walau apa cabaranya yang perlu dihadapi. Dia mahu membanggakan ibu dan ayahnya dengan Al-Quran.

kata ibunya, Anis mempunyai kelebihan “Self Taught” (kemampuan untuk belajar sendiri) dan kemampuan unik yang mampu push diri sendiri untuk berusaha keras mencapai target. ibubapa anis menyediakan bilik khas buat Anis menghafal tanpa gangguan yang lengkap dengan CCTV. Agar proses tasmik hafazannya berjalan dengan lancar serta mencapai kepercayaan tinggi dari murabbiah.

Tahniah pada Anis Bariah atas kejayaan mencapai misi hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh hanya 2 bulan 27 hari.  satu usaha luar biasa yang benar-benar menginsafkan semua yang memerhati. tahniah juga buat Murabbiahnya yang begitu komited membantu Anis.. mampu sentiasa membimbing dan menaikkan semangatnya untuk sentiasa fokus mencapai terget hafiznya.  tahniah juga buat ibubapanya yang sentiasa bersabar dan kuat dengan segala ujian serta cabaran membantu anis untuk berjaya menamatkan hafazannya.. tak lupa buat Ust Khaidir Musyrif akmal Terengganu serta Ust Sham Mudir AKMAL Terengganu yang sentiasa beruasaha dan berkorban banyak masa bagi melihat Anis Berjaya.

ada video menarik perkongsian temubual ust khaidir bersama ibubapa Anis bariah.. jom dengarkan perkongsian menarik ini..

https://www.youtube.com/watch?v=I1YiKt28Lag

bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang TAHFIZ AKMAL. Sila layari website kami www.hafizsetahun.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *