WALAUPUN BANYAK CABARAN, AKHLAKNYA BUAT DIA DISAYANGI PARA MURABBI. 5 KELEBIHAN DAN FAKTOR KEJAYAAN UBAID YANG PATUT DI IKUTI.

Alhamdulillah atas nikmat Allah, hari ini lahir seorang lagi Lagend Al Hafiz di AKMAL. Tahniah buat Ubaid, Murabbinya, Ibubapanya dan seluruh Team AKMAL Abbad.

Kelebihan besar bagi Ubaid:-
1. Seorang pelajar yang ceria, ramah dan kelakar..
2. Pandai mengambil hati kawan-kawan dan Murabbi
3. Seorang yang rajin dalam khidmat pada Murabbi.
4. Seorang yang sangat bersemangat jika diberikan sentuhan motivasi..
5. Ubaid juga mempunyai suara merdu dalam membaca Al-Quran.

Ubaid menjadi imam solat kepada rakan-rakannya

Kelemahan bagi Ubaid adalah dia ada masalah yang agak serius. Walaupun Ubaid mudah bersemangat, tetapi semangatnya juga mudah jatuh bilamana apa yang dia usahakan tak mendapat hasil yang baik. Dia mula hilang fokus dan kerap termenung. Kata Murabbinya, kadangkala Semangatnya dalam bersahabat juga boleh membuatkan dia mudah termenung dan resah bila memikirkan masalah kawan-kawan.
Itulah Ubaid. Mujahid Soleh yang sangat sesuai dengan namanya. Alhamdulillah, selepas mendapat perhatian tinggi dari Murabbi Uwais, Murabbi berjaya membantu Ubaid menangani masalahnya dengan menarik perhatiannya supaya mampu untuk lebih konsisten dan fokus dalam usahanya mencapai target.

“Ubaid berjaya menghabiskan hafalan al Quran bersama abangnya yang juga merangkap Murabbinya, Murabbi Uwais”

Alhamdulillah Ubaid mampu menangani masalahnya, prestasinya saban hari semakin baik. Semangatnya semakin konsisten, rentak hafazannya jadi semakin laju, dan dia mula lebih yakin untuk meletakkan target hafazan yang tinggi setiap hari. Sehinggakan dia mampu mencapai target hafazan harian 1 juzuk lebih sehari. Inilah yang diperlukan bagi seorang Mujahid AKMAL supaya dapat mencapai misi Hafiz dalam masa satu tahun ataupun kurang.

Kata Murabbinya Ustaz Uwais, “Kelemahan Ubaid ni, semangat dia cepat turun naik, kadang-kadang hilang fokus, banyak fikir benda lain. Key success Ubaid adalah bila Ubaid dah yakin yang dia boleh. Alhamdulillah Ubaid dapat capai target-target yang diberi, dan dia perlukan circle yang positive yang sentiasa push Ubaid. Ubaid pelajar yang taat dan selalu khidmat ustaz ustazah, selalu tambah masa untuk capai target.”

“Ubaid bersama keluarganya”

Tahniah buat Ust Gunawan Che Abdul Aziz dan isteri atas kejayaan besar ini. Lahir seorang lagi Al Hafiz dalam keluarga Huffaz ini. Tahniah juga buat Para Murabbi AKMAL Abbad yang Sentiasa mendokong dan Circle mujahid mujahidah AKMAL Abbad yang sentiasa bersemangat membantu.

Itulah kisah dan faktor-faktor menarik mengenai kejayaan Ubaid. Di AKMAL, kami sentiasa peka dan mengkaji kelemahan yang ada, dan kami sentiasa berusaha untuk menanganinya agar para Mujahid dibimbing menuju alamat kejayaan mereka doakan moga Ubaid dan para Huffaz AKMAL yang lain sentiasa istiqamah dalam menjaga dan memperjuangkan isi kandungannya sampai bila-bila dan menjadi Huffaz yang hebat.

“Murabbi Umair, merangkap abang Ubaid membacakan doa khatam Quran untuk adikknya Ubaid”

Jom kita sama-sama membantu anak-anak kita menjadi generasi hebat dengan Al-Quran. Generasi yang berjaya menghafal al Quran dengan bermisi Hafiz Setahun.

Nantikan September ini, akan berlangsungnya satu Kem Bina Impian Hafiz al Quran(BIHAQ) pada 5 sehingga 8 September.

#AKMAL
#Misi3000HuffazSetahun
#MisiHafizBerjaya
#SetahunMenempaSejarah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *