AKADEMI AL-QURAN AMALILAH (AKMAL) TEKAD MELAHIRKAN 3 RIBU HUFFAZ MENJELANG 2027

Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) sudah tidak asing lagi dalam pengajian Tahfiz di Malaysia. Visi serta Misi AKMAL yang jelas telah menjadikan AKMAL semakin dikenali sebagai sebagai sebuah pusat Tahfiz yang komited untuk melahirkan seramai 3 ribu Hafiz menjelang 2027.

Bersandarkan strategi yang menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, kajian pelajar secara bersasar serta kaedah pengurusan psikologi, AKMAL sekaligus membuktikan sistem yang dirangka bukan sahaja tertumpu kepada proses hafalan Al-Quran dalam tempoh yang singkat malah turut mementingkan kepada kaedah penjagaan hafalan Al-Quran yang berkualiti.

Pendekatan Speed Tahfiz Program yang diterajui oleh AKMAL telah mengubah landskap pendidikan tahfiz negara. Dengan berbekalkan tekad, usaha dan komitmen yang tinggi seluruh warga AKMAL, maka AKMAL sedang mengorak langkah untuk mencapai 3 ribu hafiz menjelang 2027 dan membantu para huffaz untuk mencapai impian mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh yang singkat iaitu tidak lebih satu tahun.

Akmal telah berjaya membuktikan dengan melahirkan huffaz dalam waktu yang singkat bukanlah perkara yang mustahil untuk dicapai. Sepanjang awal penubuhan Akmal sejak tahun 2018 sehingga kini, Akmal telah melahirkan seramai 373 orang Al-Hafiz dan 17 orang Syahadah.

AKMAL KLIA – NUR FATIN SAHIRA BINTI SHAHFAME AL-HAFIZAH VERJAYA HAFIZ 30 JUZUK AL-QURAN DALAM TEMPOH 2 BULAN 15 HARI

PRIMA BERUNTUNG – UWAYS BIN MOHD KHAIRUL NIZAM BERJAYA HAFIZ 30 JUZUK AL-QURAN DALAM TEMPOH 2 BULAN 29 HARI

SHAH ALAM – AINUL WAFA BINTI ZULKIFLI BERJAYA HAFFAZ 30 JUZUK AL-QURAN DALAM TEMPOH 5 BULAN 14 HARI

TAHFIZ ONLINE – NAUFAL NIRWAN BIN ABDUL HADI BERJAYA HAFIZ 30 JUZUK AL-QURAN DALAM TEMPOH 7 BULAN

BATU PAHAT – ALEESYA UMAIRAH BINTI SODAKAH AHMAD BERJAYA HAFIZ 30 JUZUK AL-QURAN DALAM TEMPOH 10 BULAN 26 HARI

HQ TERENGGANU – FARIES AMZAR BIN MOHD NORDI BERJAYA HAFIZ 30 JUZUK AL-QURAN DALAM TEMPOH 11 BULAN 14 HARI

Seiring dengan pencapaian AKMAL dalam melahirkan huffaz yang berkualiti, justeru itu AKMAL sentiasa mengalu-alukan para ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak untuk mengikuti Speed Tahfiz Program di AKMAL. Oleh itu, pendaftaran kemasukan ke AKMAL sentiasa dibuka sepanjang tahun. Untuk info yang lebih lanjut, boleh melayari laman sesawang yang tertera. https://hafizsetahun.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *