Hafiz Al-Quran Kurang Setahun? Retorik Atau Realiti?

 

Pada tanggal 28 Mac 2024, pihak AKMAL telah ditemubual secara eksklusif dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran secara langsung di saluran TV9. Temubual ini telah mendedahkan berkenaan pencapaian pelajar Akademi Al-Quran Amalillah yang mengambil masa hanya kurang setahun untuk mengkhatamkan hafalan Al-Quran.

Ia bermula daripada cara fikir mindset pelajar itu sendiri. Tapi Alhamdulillah kami di AKMAL, perkara asas yang diterapkan dalam jiwa para pelajar bahawa hafal Al-Quran itu adalah senang -Ustaz Saifullah Hussin, CEO AKMAL

Itulah jawapan bagi soalan yang ditanya oleh pengacara Barr & Saree pada awal temubual berkenaan. Penerapan mindset yang positif kepada pelajar AKMAL telah menjadikan target hafiz dalam masa kurang setahun bukanlah satu impian yang kosong malah ianya adalah suatu realiti yang terbukti. Fokus yang baik serta meletakkan target yang betul merupakan formula ajaib bagi melahirkan hafiz Al-Quran dalam tempoh yang singkat.

Sudah pasti setiap kejayaan yang hebat pasti terdapat pelbagai persediaan yang disusun rapi. Persediaan utama adalah persediaan yang dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri. AKMAL sentiasa memastikan ibu bapa adalah peranan dan contoh yang terbaik kepada anak- anak untuk menghafal Al-Quran kerana hati anak-anak yang masih bersih dan suci sudah pasti dahulunya dicorakkan oleh ibu bapa dan akkhirnya memberi kesan dan mudah untuk menerima hafalan Al-Quran.

Untuk menjadi Hafiz Al-Quran, yang pertamanya adalah mindset kena jelas daripada awal, target juga mesti jelas daripada awal. Kalau kita masuk nak hafal Al-Quran tanpa ada target, plan dan mentor maka jalan itu tidak mudah. Kami di AKMAL menggunakan istilah Murabbi sebagai mentor dan Murabbi di AKMAL berpengalaman dan ada ilmu yang cukup untuk memandu anak-anak menghafal Al-Quran. -Ustaz Fakhrurrazi Hussin, COO AKMAL

AKMAL meletakkan sasaran kepada para pelajar untuk Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun ataupun kurang kerana melihatkan kepada realiti sekarang di mana ibu bapa amat minat untuk melihat anak-anak mereka menghafal Al-Quran. Sesuai dengan visi AKMAL iaitu melahirkan 3 ribu Hafiz Al-Quran dalam tempoh setahun atau kurang menjelang tahun 2027. Oleh itu dalam tekad bagi mencapai misi dan visi tersebut, AKMAL juga perlukan penyertaan dan sokongan dengan pelbagai pihak bagi menjayakan hasrat dan impian yang besar ini.

Kalau AKMAL sahaja nak buat pasti ada cabarannya. Tapi kalau kita berkolaborasi dengan ramai pihak dapat bantuan, sumbangan dan sebagainya, Inn Shaa Allah kita boleh capai misi ini dengan kita boleh bayang 10 tahun 20 tahun kehadapan, landskap akhlak anak-anak muda di negara kita pasti akan berubah. -COO AKMAL

AKMAL membuka seluas- luasnya peluang kepada semua pihak di luar sana untuk mengenali AKMAL lebih lanjut atau yang ingin membuat pendaftaran boleh terus melayari website rasmi AKMAL iaitu hafizsetahun.com atau boleh klik link yang tertera.

https://hafizsetahun.com/ .

https://tahfizonline.com/ – AKMAL Online

AKMAL juga membuka peluang kepada yang berminat dengan infaq bagi pembangunan AKMAL, boleh layari laman web yang tertera,

https://hafizsetahun.com/infaq/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *